Close
Login to Your Account


Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    Status
    Offline
    gxdex's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    96
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default AC Mizal Tubuh Barisan Artis Nasional

    Selepas dilantik menjadi Duta Pelancongan Perak, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal telah berjaya menubuhkan persatuan Barisan Artis Nasional (BAN) untuk sama-sama membantunya mempromosikan pelancongan di negeri itu.

    Sebagai Presiden BAN, AC Mizal berkata selain menyokong sektor pelancongan di Perak secara terancang dan konsisten, persatuan yang telah pun disertai oleh 30 orang artis itu ditubuhkan bagi membantu artis menjana pendapatan.




    "Usul saya untuk menubuhkan persatuan ini diterima kerana Tourism Perak percaya bahawa golongan artis adalah salah satu komponen penting di dalam usaha mempromosi pelangcongan Perak ke serata negeri. "Mereka juga percaya artis-artis yang berbakat ini berkemahiran dalam bidang interaksi dan komnunikasi selain mempunyai kewibawaan mempengaruhi dan menjadi contoh kepada masyarakat.




    "Sebenarnya, pada saya pula artis-artsi boleh menjana pendapatan mereka melalui aktiviti yang akan dijanalankan oleh persatuan bersama Tourism Perak. "Saya akan pastikan ada banyak program dan projek seperti persembahan atau konsert dan juga aktiviti sukan untuk artis-artis terlibat untuk mereka jana pendapatan sampingan," katanya selepas pelancaran BAN di Ipoh Perak, kemarin.




    Majlis pelancaran BAN turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, dan penaungnya Dato' Hamidah Osman Antara artis lain yang hadir terlibat pada aktiviti pertama BAN di Ipoh Perak, Jumaat lalu adalah Adlin Aman Ramli, Datin Emylia Rosnaida, Emelda Rosmila, Ery Putra, Isma AF, Angeline Tan, Maya Matahari dan ramai lagi.



    Sebelum malam hari pelancaran tersebut artis lelaki turut mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak antara Pasukan MB Perak dan pasukan Barisan Artis Malaysia yang mana turut disertai Menteri Besar Perak sendiri.



    Sementara itu, menurut AC Mizal lagi, dia akan memastikan persatuan BAN tersebut tidak akan terhenti selepas tamatnya kempen Tahun Melawat Perak tahun ini, sebaliknya akan terus aktif dengan persatuan tersebut.




    "Selepas Tahun Melawat Perak, saya akan pastikan persatuan ini akan terus berjalan dengan pelbagai projek dan aktiviti sebagai sumber pendapatan ahli dan artis-artis di Negara ini. "Persatuan ini akan berjalan seperti persatuan lain supaya nasib artis terbela dan terjaga," jelasnya lagi.



    Dalam perkembangan lain, pengasas sosial media, Mface ini bakal memulakan rakaman untuk program Sejuta Money Drop terbitan Astro tidak lama lagi.

    Sumber




  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,361
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    nma pn BAN dah..hrap2 jgn di"ban" la ngn org rmai...
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  4. #3
    Status
    Offline
    lanzmania's Avatar
    Respected Members
    Join Date
    Sep 2010
    Location
    Paka Jaya Ranau Sabah
    Posts
    2,664
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    terbaekk juga!~ boleh menambah pendapatan.. sokonngg
    Hidden Content
    Come & Join Us, Please LIKE Hidden Content Official Page



  5. #4
    Status
    Offline
    darkthrone99's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Dari Alam Lain
    Posts
    362
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    nak join la.. tp bkn artis pulok..


  6. #5
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    klau untuk manfaat bersama okey la..

  7. #6
    Status
    Offline
    Dahlieya's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    Kangar - Shah Alam
    Posts
    3,831
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    asal "ban"..huhu
    Lia at Gempak.org

  8. #7
    Status
    Offline
    mohamedhidayat's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    18
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ...dan ramai lagi? ye ke...sape la agknya yg rmai lg tu?

  9. #8
    Status
    Offline
    siviva's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    5
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    AC mizal macam2 dia nak buat.. tapi banyak copy dari yang orang lain dah buat.. cipta mface lah (facebook).. sekarang dah ada ala2 nama satu persatuan politik lak kat malaysia ni.... adoi...

  10. #9
    Status
    Online
    shahtsuki's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Sebelah rumah jiran anda
    Posts
    1,255
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ban...ban..

  11. #10
    Status
    Offline
    sirvand8ta's Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    12,351
    Mentioned
    4 Post(s)

    Default

    hehe...byk2 nama nak gune BAN juga...hehe...

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  

hit counter code