Results 1 to 10 of 18
-
26-04-2012, 03:17 PM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Nov 2010
- Location
- (¬_¬)/¯ Rahsia
- Age
- 13
- Posts
- 14,726
- Mentioned
- 4 Post(s)
Hattan Terima Darjah Kebesaran Pahang & Membawa Gelaran Datuk
Sebagai pesanan manja, logik tidak di’perlukan untuk anda menerima beita ini bulat bulat. Penyanyi popular sekitar tahun 90′an dan kini popular dengan kontroversi, Hattan kini bergelar Datuk Hattan. See, no logic required. Na’ah.
Awal pagi tadi, Hattan atau nama sebenar beliau Mohd Sukri Shahabudin telah di’kurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan.
Kami kehabisan perkataan untuk di’tulis dan editor kami kini mula bercita cita untuk mendapat gelaran yang sama. Eh. Gambar penuh dari laporan asal Berita Harian selepas ini. Sekalung tahniah buat Datuk Hattan.

PEKAN - Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Mendahului senarai penerima ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Panching Datuk Mohd Zaili Besar.
Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Poziah Abd Rahman, anggota DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.
Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah, Setiausaha Eksekutif Kepada Menteri Pertahanan Datuk Rosiah Osman, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mat Yusof Yaakup, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Irmohizam Ibrahim.
Penerima lain -- Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia, Ketua Automotif 7 Pertahanan Sektor DRB-Hicom Berhad Datuk Abdul Harith Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohamed Suffian Awang.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Karim Mustafa, Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Mustapa Long dan Datuk Ahmad Jaafar.
Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen) kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Habibah Mohd Yusof.
Baginda turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 18 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) (20 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)(18), Ahli Mahkota Pahang (AMP)(38), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)(22), Pingat Kelakuan Terpuji(PKT)(34) dan Pingat Jasa Kebaktian(PJK)(36).- Bernama
Latest Entries
- Walau Bertudung Hetty Sarlene di Kecam Peminat
- Sharifah Sakinah Menjawab Pasal Video Panasnya
- Tomb Raider - Lara Croft
- Elfira Loy - Ape kene ney??
- Lagi Video ****h Sharifah Shakinah
- Artis manakah yang pandai buat Gwiyomi?
- Sharifah Sakinah (xkenal pon) Meroyan
- Lana Nordin VS Stephanie Liah
- Rozita Che Wan dalam Miss South East Asia Queen (1992)
- Aeril Zafrel Guna Isu Agama Untuk Perdaya David Teo
Last edited by EmO; 26-04-2012 at 06:22 PM.
-
26-04-2012 03:17 PM # ADS
-
26-04-2012, 04:17 PM #2
-
26-04-2012, 04:17 PM #3
mcm mana caranya nk dpt pangkat dato' ni yer?
-
26-04-2012, 04:21 PM #4Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2009
- Location
- ☠ ☃ ❦ ☠ ☃ ❦
- Posts
- 9,876
- Mentioned
- 22 Post(s)
dapat datuk tp miskin pon ramai.. yg beli title datuk tu kaye la

aku penah bace title datuk dari Johor & Kelantan je yg di iktiraf dgn Britain..
ntah btol ntah x
Hidden Content | sampah | scammer
sebarkan
-
26-04-2012, 04:31 PM #5
nk kne ade cicit la.. dptla jadi datuk... sape nak iktiraf aku nanti..
-
26-04-2012, 09:23 PM #6Status
- Offline
-
Gempak SuperStar
- Join Date
- Oct 2011
- Location
- Johor Bahru
- Posts
- 719
- Mentioned
- 0 Post(s)
tahniah...semoga gelaran tu benar2 membawa makna..
-
26-04-2012, 09:31 PM #7
-
26-04-2012, 09:38 PM #8Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,327
- Mentioned
- 1 Post(s)
bila la aku nk dapat datuk jugak nie..
-
26-04-2012, 11:52 PM #9Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- Pasir Mas,Kelantan
- Posts
- 8,409
- Mentioned
- 0 Post(s)
snang sgt je nk bg pgkat datuk kt org...bg la kt tok guru agama ke,cikgu2 skolah ke..kn byk pngorbanan mereka...bkn bley bwak mati pn smua tu...
Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.
-
27-04-2012, 12:08 AM #10
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote
H-S






Bookmarks