Close
Login to Your Account


Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 15
  1. #1
    Status
    Offline
    EmO
    EmO's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    (¬_¬)/¯ Rahsia
    Age
    13
    Posts
    14,726
    Mentioned
    4 Post(s)

    Default Avenged Sevenfold Gegarkan Sunway Lagoon Bersama 15,000 Hadirin


    KONSERT julung-julung kali Avenged Sevenfold di Malaysia ternyata cukup sukses apabila meraih kunjungan 15,000 peminat fanatik mereka.

    Band Avenged Sevenfold dari California, Amerika Syarikat yang juga dikenali dengan nama singkatan A7X dianggotai oleh M. Shadows (vokalis), Synyster Gates (gitar utama), Zacky Vengeance (gitar) dan Johnny Christ (bass).


    Posisi pemain drum A7X, James Owen Sullivan atau nama pentasnya The Rev telah diganti oleh Arin IIejay, selepas The Rev ditemui mati di rumahnya akibat kombinasi ubat serta alkohol yang diambil secara berlebihan pada 28 Disember 2009.


    Meskipun selepas kematian The Rev, perjuangan muzik A7X diteruskan dan sebuah lagu berjudul So Far Away daripada album kelima mereka, Nightmare, dicipta khas untuk The Rev.


    Malam Ahad lalu, band yang berpaksikan genre heavy metal itu telah menggegarkan Kuala Lumpur dengan konsert julung-julung kali mereka di Surf Beach, Sunway Lagoon.


    Mereka muncul di atas pentas tepat pada pukul 9 malam dan beraksi hampir dua jam di hadapan 15,000 peminat yang hadir.


    Lautan manusia yang majoritinya memakai baju hitam bersorak gembira sambil mengangguk-angguk kepala mengikut rentak irama lagu yang didendangkan.


    Buat peminat A7X, inilah saat yang dinantikan mereka apabila dapat menyaksikan sendiri band yang tubuhkan pada tahun 1999 itu secara langsung di depan mata.




    AKSI hebat dua gitaris Avenged Sevenfold, Zacky Vengeance (kiri) dan Synster Gates.

    Ternyata vokal M. Shadows tidak mengecewakan, meskipun kebanyakan lagu A7X memerlukan dia menjerit, vokal masih kekal bertenaga daripada awal hingga ke akhir konsert.


    Suasana tapak konsert yang rancak bertukar sayu, apabila mereka mendendangkan lagu So Far Awaymalah, peminat turut mengeluarkan pemetik api sebagai simbolik memperingati The Rev.


    "Lagu ini khas untuk Jimmy (panggilan untuk The Rev), setiap kali lagu ini dinyanyikan, saya rasa seperti Jimmy sedang melihat kita semua," kata M. Shadows.


    Selain lagu So Far Away, A7X turut mendendangkan sebanyak 10 buah lagu lain daripada album pertama sehingga album terbaharu mereka.


    Lagu popular band itu seperti Bat Country, Afterlife dan juga Buried Alive turut didendangkan.


    Memulakan persembahan dengan lagu Nightmare, Critical Acclaim dan Second Heartbeat, pujian harus diberikan kepada A7X apabila mereka bermain dengan cukup kemas dan bertenaga.


    Tidak ada cacat cela yang membingitkan telinga atau aksi luar biasa yang mengejutkan khalayak. Sistem bunyi yang baik menambahkan lagi kehangatan konsert.



    KETERUJAAN yang jelas terpancar daripada wajah peminat setia Avenged Sevenfold yang membanjiri lokasi konsert.

    Vokalis AX7, M. Shadows cukup bijak mengawal penonton, apa sahaja permintaannya diturutkan sahaja oleh peminat. Sesekali, dia berbicara bersama peminat.


    "Semua sudah penat? Kami gembira berada di Malaysia buat pertama kali selepas mengadakan konsert di Singapura.

    Semua yang ada di sini harus bergembira dan menikmati malam ini," ujar M. Shadows sambil disambut dengan jeritan peminatnya.


    Sebelum konsert berakhir, A7X mendendangkan lagu Unholy Confessions, kemudian peminat dipinta oleh M. Shadows untuk melakukan gerakan pusingan di tengah-tengah tapak konsert sambil pihak A7X merakamkan aksi itu untuk dimuatkan dalam DVD konsert jelajah mereka.


    Rata-rata peminat, pulang dengan perasaan puas hati apabila A7X memberikan persembahan yang menepati piawaian mereka.


    Konsert A7X Live di Kuala Lumpur dibawakan oleh Fat Boys, Tune Talk dan JS Concert.




























    Last edited by -JACK-; 02-05-2012 at 04:59 PM.
    Hidden Content
    >Hidden Content <
    WARNING
    Aku Bukan Otai/Pro/Master, Yang Hebat Sangat Tu Kentut Busuk Jugak
    Aku Tak Kacau Korang, Tak Payah Kacau Aku
    Takde Sape Sakit Hati, Semua Happy
    Hidden Content


  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Age
    2010
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    anonymous93's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Aug 2011
    Posts
    335
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default

    bro pic ta de ?

  4. #3
    Status
    Offline
    EmO
    EmO's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    (¬_¬)/¯ Rahsia
    Age
    13
    Posts
    14,726
    Mentioned
    4 Post(s)

    Default

    Quote @anonymous93 View Post
    bro pic ta de ?
    ape bro2..aku rakyat malaysia bukan beruk
    sumber kan ade tu..
    gambar dah repair..
    Hidden Content
    >Hidden Content <
    WARNING
    Aku Bukan Otai/Pro/Master, Yang Hebat Sangat Tu Kentut Busuk Jugak
    Aku Tak Kacau Korang, Tak Payah Kacau Aku
    Takde Sape Sakit Hati, Semua Happy
    Hidden Content


  5. #4
    Status
    Offline
    hardy's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    May 2010
    Posts
    111
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Idup A7x!!!

  6. #5
    Status
    Offline
    Kertas's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Oct 2010
    Location
    Entah.
    Posts
    1,495
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default

    adessss... beh nye

    Chelsea FC (KTBFFH) | Bayern Munich ( Mia San Mia )

    Hidden Content



  7. #6
    Status
    Offline
    H-S
    H-S's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    ☠ ☃ ❦ ☠ ☃ ❦
    Posts
    9,862
    Mentioned
    21 Post(s)

    Default

    mesti byk maksiat ni
    Hidden Content | sampah | scammer
    sebarkan

  8. #7
    Status
    Offline
    Striker9's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2009
    Posts
    1,732
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Bila konsert ni? Aku tau lagu diorg Dear God je. All time fav tu.. huhuh,

  9. #8
    Status
    Offline
    taikoman's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2011
    Posts
    1,320
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    15,000 cket je tu... klo kuliah ustaz azhar 80,000.. xleh lwn..
    Hidden Content
    Sokong Bukan Kerana Bangsa, Tapi Kerana Agama
    Apa Gunanya Bangsa, Jika Agama Dipijak
    Apa Maknanya Hidup Tanpa Agama

  10. #9
    Status
    Offline
    Raja Amiruddin's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    In her heart.
    Posts
    14,745
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    xde rakaman kualiti HD ke? nk jgk tengok
    Imam Syafie berkata:
    "Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".

  11. #10
    Status
    Offline
    khai TDL's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    9
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kalau ada video concert dia..aku nak sedut...haha......

Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •