Close
Login to Your Account


Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    Status
    Offline
    ~[ BeBy ]~'s Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    ☠ ☃ ❦ ☠ ☃ ❦
    Posts
    9,847
    Mentioned
    17 Post(s)

    Default Kemalangan jalan raya 4 artis terkenal (1990)




    Apabila mengimbas kembali kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan artis terkenal pada 1990, nama Zaiton Sameon yang akan muncul dahulu kerana kesan yang menimpa beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini.

    Oleh kerana itu tidak ramai orang yang mengingati kisah-kisah 'kemalangan popular' lain yang berlaku pada tahun yang sama.


    Pada 18 Jun 1990 berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, Selangor. Salah sebuah kereta dinaiki oleh pemain gitar terkenal, Man Kidal, daripada kumpulan rock Lefthanded.

    Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan kematian anak bongsu Man Kidal iaitu Syafida yang berusia 18 bulan. Kereta yang mereka naiki ketika itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak, yang mengalami cedera ringan.

    Penumpang lain dalam kereta tersebut ialah 3 ahli keluarga Man Kidal iaitu isterinya, anak sulungnya (Farah) dan adik iparnya. Kesemua mereka mengalami kecederaan kecil.





    Keesokan harinya, pada 19 Jun 1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyiAzmeer (kini pencipta lagu) dan Ramlah Ram.

    Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama Hamdan Harun.

    Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam.

    Akibat kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan cedera serius di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.





    Azmeer dibawa ke wad kecemasan Hospital Universiti pada pukul 12.33 tengah malam. "Menurut keterangan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Universiti, Dr. Gurmukh Singh, bahagian muka Azmeer dipenuhi kaca ketika dibawa ke wad kecemasan hospital tersebut".

    Pada awal pagi 20 Jun itu Azmeer terus menjalani pembedahan pertama yang tamat pada pukul 3.30 pagi. Pada petang hari yang sama keluarga Azmeer yang berasal dari Singapura telah mendapat kebenaran daripada Hospital Universiti untuk memindahkan Azmeer ke Hospital Besar Singapura.

    Azmeer dibawa keluar dari Hospital Universiti dengan kawalan rapi oleh ahli keluarganya yang menghalang para jurugambar daripada merakamkan wajah Azmeer secara dekat. Untuk pengetahuan, kemalangan tersebut bukanlah yang pertama buat Azmeer kerana beliau "pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat"





    Kedua-dua kemalangan tersebut sememangnya tidak dapat 'menandingi' tragedi yang berlaku lebih awal pada21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012.

    Penyanyi popular 1980-an itu cedera parahdi bahagian kepala setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali. Kecederaan Zaiton dikatakan telah melemahkan daya ingatannya hingga memusnahkan terus kegemilangan yang pernah dikecapinya sebagai penyanyi suatu masa dahulu.

    Lebih menambahkan kesengsaraan ialah apabila anak tunggal Zaiton, Azirwan Abu Bakar, meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori dalam kemalangan dahsyat itu (ada digambarkan dalam filem). Seorang lagi yang meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.


    Di bawah ialah gambar-gambar Zaiton Sameon semasa dirawat di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada sekitar April 1990, iaitu semasa musim Hari Raya Aidilfitri:











    Zaiton Sameon terlantar di Wad ICU & Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 14 Mei 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

    Masih kelihatan jelas kesan parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh ahli keluarganya.








    Menurut cerita kakak Zaiton iaitu Lily Sameon, sejurus selepas kemalangan berlaku Zaiton dibawa ke Wad ICU dalam keadaan koma, mukanya bengkak serta patah kaki kiri.

    Melihat keadaan Zaiton ketika itu, doktor yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk hidup. Menurut Lily lagi, dalam proses rawatan selanjutnya semasa di hospital selepas itu, Zaiton sering meracau dan tidak dapat tidur.

    Keluarnya Zaiton dari hospital dalam keadaan selamat telah menidakkan ramalan awal doktor. Zaiton mungkin dilihat tidak sembuh sepenuhnya seperti keadaan asal semasa beliau bergelar penyanyi popular dahulu, tetapi pada ahli keluarganya Zaiton Sameon telah "hidup semula"





    Last edited by ~[ BeBy ]~; 05-05-2012 at 01:34 PM.
    Hidden Content | sampah | scammer
    sebarkan

  2. The Following User Says Thank You to ~[ BeBy ]~ For This Useful Post:


  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  4. #2
    Status
    Offline
    luq_haqem's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    May 2010
    Posts
    14,948
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    tahun aku lahir tuh.....
    Ok Ok Ok saya tahu saya lelaki yang kacak, Terima Kasih sebab bukak signature nih

  5. #3
    Status
    Offline
    Lock's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    celoh tiok mok
    Posts
    4,407
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    langsung tak kenal diorang semua ni
    ~My noob RIG~ : Intel® Core™ i5-2500K 3.30GHz || ASUS Maximus IV Gene-Z/Gen3 || CM Xtreme 500W || Corsair Vengeance 8GB 1600Mhz || Sapphire HD6850 1GB || Samsung F3 1TB + Samsung F3 1.5TB || CM Hyper 212+ || Samsung B2330H || AL VS4121 || Logitech MX3200 || CM Enforcer

  6. #4
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    penah dengar kes diorang nie...tragis sungguh..

  7. #5
    Status
    Offline
    sharil_genzo's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Nov 2009
    Posts
    503
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Azmeer Xccident rupenye.....

  8. #6
    Status
    Offline
    Fou_Lu's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Mount Terror
    Posts
    4,195
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Patutla azmeer ni sentiasa pakai spek
    Meatball Beam! Meow!

  9. #7
    Status
    Offline
    Eman2013's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Mar 2011
    Location
    iApples@Gempak.Org
    Posts
    1,461
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Aku rajin dengar

  10. #8
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,367
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    xpnah lagi tgk mata azmeer tu..pkai spek hitam jep...
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  11. #9
    Status
    Offline
    telunjuklurus's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    7
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @Fou_Lu View Post
    Patutla azmeer ni sentiasa pakai spek
    dan tangannya yg cacat sentiasa dalam poket jaket

  12. #10
    Status
    Offline
    Dahlieya's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    Kangar - Shah Alam
    Posts
    3,831
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    taun dilahirkn....
    Lia at Gempak.org

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •