Close
Login to Your Account


Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Awal Ashaari ganti Dira Abu Zahar



    Awal Ashaari disahkan akan menjadi pengganti Dira Abu Zahar bagi program popular terbitan TV3 'Melodi' bersama Zizan Abdul Razak bermula bulan Jun nanti.

    Info tersebut disahkan sendiri oleh penerbit 'Melodi' iaitu Azman Abdul Ghafar dimana dia memberitahu keputusan tersebut diambil setelah pihak Dira sendiri memberitahu mahu mengundurkan diri kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan juga perniagaan yang dijalankan sekarang.

    "Sebelum kami membuat keputusan, kami terlebih dahulu telah melakukan perbincangan bersama Dira, dia yang memberitahu kekangan masa untuk membahagikan masa diantara kerja dan juga pelajaran yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk undur diri dari mengacara Melodi.

    "Kami menghormati keputusan dia kerana dia merupakan seorang yang berbakat dalam bidang pengacaraan malahan lakonan juga.

    "Di kesempatan ini juga kami warga kerja Melodi ingin berterima kasih kepada Dira yang amat komited dengan kerjanya bersama kami dari Mac tahun lalu hingga penghujung Mei tahun ini,"katanya.

    Selepas perbincangan dalam sesi pemilihan calon yang sesuai. Akhirnya Awal Ashaari dipilih kerana dia mempunyai kriteria yang dikehendaki oleh penerbit.

    "Awal Ashaari merupakan calon yang paling sesuai untuk menggantikan Dira bersama Zizan. Pada saya kombinasi mereka amat sesuai kerana masing-masing pernah bekerjasama sebelum ini dan Awal Ashaari sememangnya merupakan antara pengacara berpengalaman."

    Tambah Azman lagi, dia berharap agar pihak di luar sana terutama sekali penonton setia 'Melodi' tidak menganggap bahawa perubahan ini adalah disebabkan kontroversi yang tercetus seblum ini.

    "Anggap sahaja transformasi ini sebagai pembaharuan dalam program Melodi khususnya. Selain daripada itu, perubahan pengacara memang kami lakukan sejak dulu lagi."

    Program 'Melodi' yang telah ke udara lebih 20 tahun sebelum ini masih kekal mengungguli carta program infotainment nombor satu negara. Antara selebriti yang pernah mengacara 'Melodi' sebelum ini adalah Fauziah Ahmad Daud, Datuk Mahadzir Lokman, Aznil Hj. Nawawi, Azwan Hj. Ali, Raja Azura bersama Wahid dan juga Fara Fauzana.





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    realmeli's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    991
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    hentikanlah jer rancangan mengarut tu..dah x relevant lagi

  4. #3
    Status
    Offline
    wazirgila's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    May 2010
    Location
    ლ(ಠ益ಠლ) Y U WANT MY LOCATION?
    Posts
    1,496
    Mentioned
    3 Post(s)

    Default

    Dulu dlm program Fuhh!!... Sekarang dlm program Melodi pula...
    I'm just a little schizophrenic, nothing to worry about. 'Who said that?'
    Hidden Content : super_waz





  5. #4
    Status
    Offline
    darkthrone99's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Dari Alam Lain
    Posts
    362
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ok lar kot drpd dira..


  6. #5
    Status
    Offline
    zonan's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    negeri pesisir pantai
    Posts
    175
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    alasan je tu kekangan masa..
    Tell me, I will forget. Show me, I may remember. Involve me, I will understand.


  7. #6
    Status
    Offline
    ahoyhoi's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    nevada
    Posts
    6,519
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bosan la xde pmpuan jdi hos

  8. #7
    Status
    Offline
    Mrgochekyaye Jr's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Nov 2011
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    300
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    yela.....pg jela gosip artis tu.....korang tengok kan duet kat bank masok bulan2.....mari2...hahahhahaha

  9. #8
    Status
    Offline
    anthon's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jan 2012
    Location
    Earth
    Posts
    2,377
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    .....melodi ni makin lama makin xbest,,

  10. #9
    Status
    Offline
    Dantemus's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    Sacred Garden
    Posts
    816
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @realmeli View Post
    hentikanlah jer rancangan mengarut tu..dah x relevant lagi
    Btol2.... watpe la tgk Melodi ni, tgk org bergaduh sesama sendiri, dgn mendedahkan keaiban org, (mendedahkan keaiban ni, kalo betul - jadi mengumpat, kalo tak betul - jadi fitnah, penyudahnya dua2 pun haram) yg menonton pun SAMA dpt dosa sekali, TAK KURANG ckit pun....

  11. #10
    Status
    Offline
    alchemist_mude's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Sep 2009
    Posts
    634
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @zonan View Post
    alasan je tu kekangan masa..
    tau xpa............................................... .

Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  

hit counter code