Close
Login to Your Account


Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12

Thread: Sesat Di Hutan

  1. #1
    Status
    Offline
    TheLimaPutih's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Oct 2011
    Posts
    539
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Sesat Di Hutan

    [KISAH INI DIAMBIL DARIPADA BLOG MJ12, BUKAN PENGALAMAN SENDIRI TT. SEKADAR UNTUK MEMERIAHKAN BOD INI]


    Nama saya Rid dan saya ingin berkongsi pengalaman misteri saya ketika sedang menjalani perkhidmatan negara pada tahun 2000 di SISPEC. Ketika itu saya dan teman saya Joe sedang menjalani latihan navigasi (NAVEX) di hutan Mandai. Dua orang berada di dalam setiap pasukan dan membawa barangan keperluan seperti peta, parang, kompas, senarai pusat pemeriksaan, alat komunikasi dan satu NVS (night vision scope) selain senapang, topi keledar tentera and alat SBO.

    Kami telah berada di hutan Mandai sejak 10 pagi. Banyak pusat pemeriksaan telah pun kami jumpa mengikut senarai. Keadaan malam sungguh gelap gelita, tiada sinaran bulan dan kami berjalan mengunakan NVS. Dan malam itu pula malam Jumaat! Selepas pusat pemeriksaan yang terakhir, kami pun terus berjalan menuju ke garis penamat. Kalau mengikut peta kami akan sampai ke garis penamat sekitar dua puluh minit dan jam menunjukkan 10.30 malam. Di dalam hati terdetik "ada peluang balik kem siang". Kami pun teruskan perjalanan. Joe bertanya berapa jauh lagi. Saya menjawab, "Dalam 200 meter dah sampai dah..." tetapi tak sampai-sampai ke tempat yang dituju itu. Kami telah berjalan selama dua jam dan kami dapat merasakan yang kami pernah lalu tempat yang sama. Kami seperti berjalan dalam bulatan. Nak kata kompas rosak, kelihatan ok. Jam di tangan menunjukkan sudah 12.30 pagi dan kami telah SESAT!

    Kami dapat mendengar dari alat komunikasi yang banyak pasukan lain sudah sampai ke garis penamat dan telah balik ke kem. Saya pun berkata kepada teman saya, "Joe kita rehat dahululah. Aku nak periksa kenapa kita tak sampai-sampai ni..." Saya pun melihat peta sambil melihat sekeliling mengunakan NVS. Sedang saya melihat-lihat, tiba-tiba saya terlihat ada benda tersangatlah putih dalam NVS. ***Untuk pengetahuan: Dalam gelap bila menggunakan NVS, benda-benda seperti pokok dan daun-daun nampak jelas berwarna hijau terang. Dan yang di belakang pokok itu ada benda tersangatlah putih. Benda putih itu berdiri di belakang sebatang pokok yang besar dan sedang bergoyang. Saya tersentak, "Apa benda yang putih tu eh?" Saya lihat lagi dalam NVS untuk kepastian. Jauhnya kira-kira 15 meter dari kami. "Alamak!!! Ada lagilah sedang bergoyang, macam sedang main 'chak chak'!"

    Nak tahu apa yang saya nampak??? Gula-Gula!!! Bentuknya dalam NVS sungguh jelas sekali. Saya dah tak tahu nak buat apa lagi!!! Dahlah penat, lapar dan bekalan air dah nak habis, dalam keadaan sesat, tambah lagi ada Gula-Gula pula yang berdekatan dengan kami. Saya lihat lagi, masih ada lagi. Saya rasa gementar bercampur takut bercampur marah. Saya baca "Bismillah..." terus mengeluarkan parang dan terus lari meluru ke arah pokok besar itu dengan menjerit "Allahu Akbar!!!" (dalam hati berkata sebelum kau serang aku, aku serang kau dulu!!!) Dengan sekelip mata, Gula-Gula terus hilang dari penglihatan. Joe terperanjat dengan apa yang telah berlaku dan bertanya apa yang terjadi. Saya menjawab, "Takde apa-apa... Aku stres aje!!! Cepat, kita jalan dari sini..." Saya tidak memberitahu Joe apa yang saya nampak tadi. Beberapa minit kemudian kami dapat mendengar bunyi lori tentera berdekatan. Kami terus bergegas ke arah bunyi itu dan kami nampak garis penamat seperti yang tertera di dalam peta.

    Pertanyaan yang bermain di dalam benak fikiran saya hingga kini, adakah kami sesat kerana Gula-Gula itu? Itulah satu pengalaman misteri yang saya lalui... Terima kasih...




  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    KiuT-MiuT's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    10,833
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    69 Post(s)

    Default

    joe?? gula-gula??

    lama dah x dgr MJ12 sejak dia gedik asek cuti

  4. #3
    Status
    Offline
    sara 8087's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    petaling jaya
    Posts
    9,497
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    31 Post(s)

    Default

    adakah joe gempak.org?

    gula2 hilang kna serang...adakah hantu?
    subhanallah...alhamdulillah..Allahuakbar.....

  5. #4
    Status
    Offline
    amirul2003's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    sungai petani
    Posts
    730
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    alah kes nie pnah trjadi jgk dpn mata bdak2 pelatih plkn xjmpa jalan turun bukit last2 turun kt tmpt lain..group pertama trun diorg cerita bila mlm nmpk cm bebola api smpai lunyai jgk lew huhuhu memg bahaya hutan sbb kita xtau kot2 alam lain pon ado kt situ hehehe

  6. #5
    Status
    Offline
    EnFik's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Anywhere
    Age
    23
    Posts
    9,805
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    24 Post(s)

    Default

    hutan memang merbahaya..

  7. #6
    Status
    Offline
    bon13's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Jun 2011
    Location
    Kedah, Malaysia
    Age
    23
    Posts
    588
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    gula-gula....

  8. #7
    Status
    Offline
    15TEEN's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Oct 2010
    Location
    Malaysia!
    Posts
    3,781
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    30 Post(s)

    Default

    Quote @~[ BeBy ]~ View Post
    joe?? gula-gula??

    lama dah x dgr MJ12 sejak dia gedik asek cuti
    dh kawin kot tu yg cuti bebyk.. tp org lain pun kawin gak... tp xde la cuti byk2
    www.nattawat.org Download is my thing!

  9. #8
    Status
    Offline
    bataruncik's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    56
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    untuk yang tak tau, hantu gula-gula ialah pocong.

  10. #9
    Status
    Offline
    Izar87's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2010
    Age
    26
    Posts
    2,139
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default

    0o... pocong
    <-Jom la msuk sini... jom...->

    Buat duit tanpa keluar modal jom msuk sini ...


  11. #10
    Status
    Offline
    EmO
    EmO's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    (_)/ Rahsia
    Age
    14
    Posts
    14,599
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default

    aku panggil bantal golek
    dalam hutan biasa la..tempat dia..

    >Anime Yang Sedang Ditonton<
    WARNING
    Aku Bukan Otai/Pro/Master, Yang Hebat Sangat Tu Kentut Busuk Jugak
    Aku Tak Kacau Korang, Tak Payah Kacau Aku
    Takde Sape Sakit Hati, Semua Happy


Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •