Results 1 to 2 of 2
Thread: Siapa pilihan Kim Swee?
-
16-06-2012, 07:49 AM #1
Siapa pilihan Kim Swee?
Siapa pilihan Kim Swee?

KIM SWEE (kanan) akan mengugurkan empat pemain yang akan dibawa ke Myanmar bagi mengharungi aksi kelayakan Piala AFC B-22 yang akan bermula pada 21 Jun ini.
SIAPA yang bakal tercicir ke Myanmar?
Persoalan itu bakal terjawab selepas aksi persahabatan antara Harimau Muda dan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Qatar di Stadium Shah Alam petang esok.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, hanya 23 pemain berbanding 27 pelatih ketika ini akan dibawa ke di Myanmar bagi mengharungi kelayakan Piala AFC B-22 yang bakal membuka tirainya pada 21 Jun ini.
"Buat masa ini, saya masih belum membuat keputusan mengenai senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke Myanmar.
"Ia hanya akan diketahui selepas aksi menentang Qatar (petang esok)," katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Harimau Muda diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Filipina, Taiwan, Vietnam dan juga tuan rumah, Myanmar.
Terdapat 41 pasukan yang dibahagikan kepada tujuh kumpulan dalam aksi yang julung kali diadakan itu.
Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan bakal mara ke pusingan akhir yang dijadualkan bermula tahun depan.
Arkitek berbakat negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor bakal memperkuatkan Harimau Muda sepanjang di Myanmar sebelum berlepas ke Portugal bagi memulakan tugas bersama kelabnya, SC Beira-Mar sementara Wan Zack Haikal Wan Nor dijangka akan disenaraikan Kim Swee meskipun hanya boleh beraksi dalam dua perlawanan terakhir gara-gara penggantungan tiga perlawanan.
Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu, beliau akan membariskan skuad yang terbaik semasa menentang Qatar petang esok sebagai penilaian terakhir sebelum berlepas ke Myanmar minggu depan.
Dalam pada itu, Kim Swee juga belum mahu menekan 'butang panik' meskipun terpaksa melupakan khidmat tonggak pertahanan, Mohd. Fadhli Shas pada aksi pembuka tirai Kumpulan G menentang Korea Selatan pada 23 Jun depan.
"Ketiadaan Mohd. Fadhli yang digantung satu perlawanan dijangka diisi oleh Fandi Othman bersama Syahrul Saad kerana Mohammad Amer Saidin masih tercedera.
"Saya juga masih memiliki beberapa pilihan seperti Nazirul Naim Che Hashim, Ashri Chuchu, Mohd. Aminuddin Mohd. Noor dan Shazwan Tajuddin bagi posisi bek kiri dan kanan," katanya.
Latest Entries
- Penyu tanpa tonggak import
- Kelantan mahu rantai penggempur Johor DT
- Pemain Liga M diancam bunuh
- Kepenatan punca Selangor tewas
- Aksi terakhir Kubala, Chrappan
- Johor belum menyerah
- Suku akhir jadi sasaran
- Harimau Muda semakin luka
- Persatuan sukan perlu lebih terbuka - Annuar
- Nazmi suntik nafas baharu buat PKNS
-
16-06-2012 07:49 AM # ADS
-
16-06-2012, 02:16 PM #2
tak kira lah sape pon yg masuk... jnji perlawanan diberikan dgn penuh sensasi
Info: KLIK DI SINI
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote






Hulk vs Superman