Results 1 to 3 of 3
Thread: Shebby tidak lupa diri
-
21-06-2012, 09:33 AM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Nov 2009
- Location
- lupe alamat....
- Posts
- 12,442
- Mentioned
- 5 Post(s)
Shebby tidak lupa diri
Shebby tidak lupa diri
“SAYA bersedia untuk membuka peluang kepada pemain-pemain berbakat Asia terutama dari Malay- sia untuk beraksi di England.”
Demikian respons spontan Serbegeth Singh selepas dilantik menjadi Penasihat Global Kelab Bola Sepak Blackburn Rovers pada 18 Jun lalu.
Serbegeth yang turut dikenali sebagai Shebby memulakan tugas di Edwood Park semalam berkata, beliau bersedia untuk membantu pembangunan bola sepak di Asia.
Katanya, beliau sentiasa akan memantau perkembangan Liga Malaysia (Liga M) dan mahu pemain-pemain negara membuktikan kualiti sekiranya berhasrat untuk beraksi di pentas Eropah.
“Sudah tiba masa buat pemain-pemain negara kita. Sekiranya mereka berbakat, mengapa tidak diberikan peluang untuk beraksi di England?
“Kehadiran saya selaku Penasihat Global Blackburn Rovers harus dijadi- kan sebagai satu ruang untuk pemain-pemain kita beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
“Saya tidak akan menolak untuk membantu pemain berbakat negara kita mencapai matlamat tersebut.
“Meskipun saya bakal menetap di England, saya tetap menjadi penyokong No. 1 saingan Liga M yang mana saya bersedia untuk memberikan sebarang idea atau pendapat bagi terus memartabatkan industri bola sepak tempatan.
“(Pelantikan sebagai Penasihat Global Blackburn Rovers) merupakan satu pelu- ang keemasan bagi pemain-pemain kita untuk beraksi di luar negara,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di Edwood, England semalam
Ditanya berhubung tugas baharu di England, Shebby mengakui yang ia merupakan satu cabaran besar untuk membantu Blackburn menjadi salah sebuah kelab paling berjaya.
Begitupun, bekas pemain pertahanan negara itu berkata, berbekalkan ideologi dan pengalaman, beliau yakin mampu memberikan sesuatu kepada kelab yang berpangkalan di Lancashire, England.
“Sepanjang 15 tahun menjadi pengana- lisis sukan bola sepak, saya berharap ia akan dapat membantu saya melaksanakan tugas ini.
“Saya akui ia merupakan satu tanggungjawab yang begitu sukar untuk mengemudi kelab ini mencapai kejayaan lebih bermakna pada musim depan.
“Namun, sekali lagi saya mahu meng- ingatkan kepada pemain-pemain bola sepak Malaysia, saya sudah berada di Black- burn dan saya menunggu kehadiran mereka untuk beraksi di England,” kata Shebby.
Latest Entries
- Selangor akhiri badi keputusan seri
- Bookie bola sepak makin ganas
- Bekas pemain jadi pemusnah
- Irfan tuntut aksi lebih agresif
- 'Jangan bermain api'
- Kelantan berdepan misi sukar
- Penyu tanpa tonggak import
- Kelantan mahu rantai penggempur Johor DT
- Pemain Liga M diancam bunuh
- Kepenatan punca Selangor tewas
-
21-06-2012 09:33 AM # ADS
-
21-06-2012, 09:47 AM #2
-
21-06-2012, 11:01 AM #3
ehem2.. ini lah masa yg aku tunggu2
Hidden Content eluang untuk anda memulakan perniagaan Ice Blended. yeahh!
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote
Syahz
inilah masanya wahai harimau malaya






Bookmarks