Close
Login to Your Account


Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Mahu benam Korea


    NAZMI bakal mengemudi jentera tengah Harimau Muda.


    ATAS kertas, perbezaan antara skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dan Korea Selatan barangkali boleh diibaratkan seperti langit dan bumi.

    Namun, ia sedikit pun tidak menghadirkan rasa gentar pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi pembukaan Kumpulan G kelayakan Piala AFC B-22 di Stadium Thuwunna (Pusat Latihan Belia) Yangon, Myanmar petang ini.

    Meskipun dilihat sedikit tempang tanpa kehadiran dua tonggak negara, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Mohd. Fadhli Mohd. Shas yang terpaksa diketepikan gara-gara digantung perlawanan, Kim Swee kekal optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya melakar kejutan.

    Sedangkan Sepanyol juga sekadar seri dengan Itali pada aksi pembuka tirai Euro 2012, Kim Swee melihat aksi petang ini memberikan peluang sama rata kepada kedua-dua pasukan.

    "Secara realistik, kredibiliti Korea Selatan sememangnya tidak boleh dipertikai. Jadi, sasaran kita sudah tentu untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata.

    "Cuma, ia pasti lebih bermakna jika kita berjaya melakar kejutan, sekali gus mengurangkan tekanan dalam perlawanan-perlawanan lain," kata Kim Swee.

    Petang ini, 'arkitek' berbakat negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor dijangka mengemudi jentera tengah Harimau Muda bersama kapten, Mohd. Irfan Fazail, manakala Ahmad Hazwan Bakri dan Thamil Arasu dijangka menggalas tugas menggempur kubu Korea Selatan.

    Namun, ia pastinya bukan satu tugas mudah buat skuad muda negara memandangkan Korea Selatan yang dikendalikan Kim Tae Young juga dijangka mempertaruhkan skuad terbaik, termasuk penyerang, Ji Dong-Won yang kini beraksi dengan kelab England, Sunderland.

    Kim Swee memberitahu, terdapat sedikit rombakan dalam benteng pertahanan ketika menentang Korea Selatan nanti ekoran ketiadaan Mohd. Fadhli.

    "Saya mungkin menggandingkan Syahrul Saad bersama Fandi Othman ataupun Mohammad Amer Saidin, manakala posisi asal Fandi di bek kiri mungkin diisi oleh Nazirul Naim Che Hashim," katanya.

    Selepas Korea Selatan, Harimau Muda bakal berdepan Filipina, Isnin ini sebelum melayan cabaran Taiwan tiga hari kemudian.

    Mereka kemudiannya menentang Vietnam (30 Jun) sebelum aksi terakhir berdepan pasukan tuan rumah, Myanmar pada 3 Julai.

    Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung tahun depan. Turut layak ialah pasukan ketiga terbaik daripada tujuh kumpulan peringkat kelayakan.

    Dalam pada itu, penjaga gol muda negara, Mohd. Izham Tarmizi Roslan bersedia memikul tanggungjawab besar buat kali pertama menggantikan Khairul Fahmi Che Mat yang tidak turut serta ke Myanmar kali ini kerana melebihi usia.

    "Ini peluang saya membuktikan sesuatu, tambahan pula pengalaman beraksi dalam saingan Liga Singapura pastinya akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

    "Saya juga yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan bagi menjamin slot layak ke pusingan akhir," katanya.





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Muhdfie3's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2011
    Location
    Penang
    Age
    20
    Posts
    1,382
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    trus maju harimau muda

  4. #3
    Status
    Offline
    Syahz's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,058
    Mentioned
    3 Post(s)

    Default

    petang ni 430 bersama selamanya with harimau muda
    Positive Attitude In
    Negative Situation

  5. #4
    Status
    Offline
    luq_haqem's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    May 2010
    Posts
    14,948
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    harap2 trus maju n truskan kekalkan kejuaraan tuh
    Ok Ok Ok saya tahu saya lelaki yang kacak, Terima Kasih sebab bukak signature nih

  6. #5
    Status
    Offline
    Syahz's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,058
    Mentioned
    3 Post(s)

    Default

    alamak salah parking ni
    WARNING
    THREAD MOVE
    Positive Attitude In
    Negative Situation

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •