Results 1 to 7 of 7
Thread: Perak dapat sentuhan 'ala Korea'
-
30-07-2012, 08:34 AM #1
Perak dapat sentuhan 'ala Korea'
Perak dapat sentuhan 'ala Korea'

JANG JUNG (tengah) mengendali latihan skuad Perak di Stadium Perak, Ipoh minggu lalu. Perak dapat sentuhan 'ala Korea'
SELEPAS 20 tahun akhirnya Jang Jung kembali ke Perak. Jang Jung kini dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Perak bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bulan depan. “Saya tidak menyangka dapat bersama-sama Perak semula selepas 20 tahun berlalu dan kini saya kembali sebagai jurulatih pula.
“Saya gembira berada di Ipoh yang mana saya anggap sebagai rumah kedua,” kata Jang Jung dalam sidang media yang pertamanya di Ipoh baru-baru ini sejak dipilih menerajui skuad Seladang pada 16 Julai lalu.
Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) memilih Jang Jung bagi menggantikan Norizan Bakar yang mengambil cuti mengejut selepas Perak kalah mengejut 0-6 kepada Kelantan pada aksi Liga Super, 7 Julai lalu.
Difahamkan, Jang Jung yang akan dibantu oleh Chong Yee Fatt dan jurulatih skuad Piala Presiden Perak, Abu Bakar Fadzim mula mengendalikan latihan skuad Seladang di Stadium Perak, Ipoh minggu lalu.
Mengenai kempen Piala Malaysia, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, beliau hanya mempunyai antara 20 hingga 30 hari bagi membentuk skuad yang mantap.
“Berdasarkan pemerhatian saya, para pemain Perak mempunyai kelebihan tersendiri dan saya akan cuba memperbaiki beberapa kelemahan dalam usaha memantapkan persembahan pasukan,” katanya yang menyarung jersi Perak pada 1990 dan 1991.
Bagaimanapun, Jang Jung, 48, berkata, beliau tidak akan melakukan banyak perubahan kerana para pemain sudah serasi dengan corak permainan yang diterapkan Norizan.
“Jika mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk pegawai dan pemain, saya percaya Perak mampu mencapai hasrat beraksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia,” jelasnya.
Latest Entries
- Kepenatan punca Selangor tewas
- Aksi terakhir Kubala, Chrappan
- Johor belum menyerah
- Suku akhir jadi sasaran
- Harimau Muda semakin luka
- Persatuan sukan perlu lebih terbuka - Annuar
- Nazmi suntik nafas baharu buat PKNS
- Tunku Ismail lahir rasa dukacita
- Semangat berpasukan bantu kejayaan ATM
- PDRM mahu akhiri saingan dalam kelompok tiga teratas
-
30-07-2012 08:34 AM # ADS
-
30-07-2012, 02:34 PM #2
-
30-07-2012, 04:42 PM #3Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,326
- Mentioned
- 1 Post(s)
kejor yob kejor...
-
30-07-2012, 05:03 PM #4
-
30-07-2012, 05:11 PM #5
kejo yeop kejo...... selogan kami...!!
-
05-08-2012, 02:48 PM #6
-
05-08-2012, 03:04 PM #7
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote








Satu lagi masalah