Close
Login to Your Account


Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,322
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default Butler ucap ‘selamat tinggal’

    KETUA jurulatih Kelantan, Peter James Butler akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan penyokong The Red Warriors apabila kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama selepas mesyuarat khas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam.

    Menurut Butler, beliau terkejut apabila Kafa memutuskan menamatkan kontraknya, namun demi kebaikan semua pihak, menerimanya dengan hati terbuka.


    Bekas pemain tengah West Ham United itu belum menetapkan hala tujunya selepas ini namun tidak menolak kemungkinan akan terus menjadi jurulatih tidak kira di mana khidmatnya diperlukan.

    “Saya terkejut dengan keputusan yang dibuat, namun saya dapat menerimanya kerana kami berbincang dengan baik malah Kafa berhak membuat sebarang keputusan demi kebaikan pasukan.


    “Kelantan sentiasa dekat di hati saya dan berharap pasukan ini akan menjadi lebih baik,” katanya selepas menandatangani perjanjian tamat kontrak di Kelantan Trade Centre, (KTC), di Kota Bharu, semalam.


    Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden Kafa, Datuk Afandi Hamzah dan Setiausaha Agung Kafa merangkap pengurus pasukan, Azman Ibrahim.

    Ditanya khabar angin beliau kembali menyertai bekas pasukannya, Persiba Balikpapan, Indonesia, Butler enggan mengulas lanjut.


    “Saya sedia untuk ke mana saja selagi khidmat diperlukan dan saya perlu menjaga kerjaya saya,” katanya yang kembali ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan jam 4 petang, semalam.

    Sementara itu, Afandi berkata, kontrak Butler berakhir semalam tetapi enggan mengulas punca kontrak itu ditamatkan.


    Beliau tidak menolak kemungkinan Bojan Hodak akan menggantikan tempat Butler.


    “Hodak dan beberapa jurulatih tempatan lain kini dalam perhatian, namun kita belum buat keputusan. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkannya,” katanya.





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Syahz's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,120
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default

    good bye butler,welcome bohjanto liga M
    Positive Attitude In
    Negative Situation

  4. #3
    Status
    Offline
    jasrina2701's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    364
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    good bye... see you...

  5. #4
    Status
    Offline
    Wea_Anonymous's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Mar 2011
    Location
    WE ARE ANONYMOUS, WE ARE LEGION, WE DO NOT FORGIVE, WE DO NOT FORGET. EXPECT US. by Wea_Anonymous
    Age
    55
    Posts
    513
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Butler wait me, i like u

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •