Results 1 to 5 of 5
-
20-03-2012, 11:53 AM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Oct 2009
- Location
- "What U Give U Get Back"
- Posts
- 19,058
- Mentioned
- 4 Post(s)
Pemain Tempatan Ungguli Senarai Penjaring Liga Super
Sebanyak 127 gol sudah dihasilkan sepanjang perlawanan Liga Super 2012 setakat ini dan persaingan untuk penjaring terbanyak liga masih di dominasi pemain tempatan.
Daripada sejumlah 127 gol itu, 86 gol dihasilkan oleh pemain tempatan manakala 41 gol dijaringkan pemain import.
Takala setiap pasukan bergantung dengan pemain import untuk menjaringkan gol ternyata kelibat pemain tempatan lebih menonjol daripada pemain import sedia ada. Sememangnya terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kualiti pemain import kerana ada di antara mereka baru beraksi 2 atau 3 perlawanan.

Kapten pasukan PBDKT T-Team FC, Zairo Anuar Zalani kini penjaring terbanyak Liga Super dengan 8 gol.
Zairo Anuar Zalani dari pasukan T-Team mengisi tangga teratas senarai penjaring terbanyak liga ketika ini dengan menghasilkan 8 gol, walaupun dia mengisi posisi perancang pasukan kendalian Yunus Alif itu.
Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pula mengisi tempat kedua terbanyak dengan 5 gol dan berkongsi di kedudukan yang sama ialah pemain import Negeri Sembilan, Effa Owana.
Setakat ini hanya Effa menjadi pemain import paling menonjol dengan sumbangannya bukan sahaja membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Sumbangsih malah menjadi pemain import terbaik setakat ini.
Forkey Doe yang pertama kali bersama Tertengganu pada perlawanan menentang Sarawak turut menjaringkan 5 gol serta ia memberikan persaingan dengan Effa ketika ini.
Keserasian Ahmad Shakir Ali dengan Effa turut meletakan Shakir sebagai penjaring paling konsisten dalam pasukan dengan 4 gol berjaya disumbangkan. Dengan liga yang akan bersambung pada 2 Mac ini pastinya setiap pemain sama ada pemain tempatan mahupun pemain import bersaing untuk memburu Kasut Emas musim ini. - Astro Arena
Latest Entries
- Selangor akhiri badi keputusan seri
- Bookie bola sepak makin ganas
- Bekas pemain jadi pemusnah
- Irfan tuntut aksi lebih agresif
- 'Jangan bermain api'
- Kelantan berdepan misi sukar
- Penyu tanpa tonggak import
- Kelantan mahu rantai penggempur Johor DT
- Pemain Liga M diancam bunuh
- Kepenatan punca Selangor tewas
Positive Attitude In
Negative Situation
-
20-03-2012 11:53 AM # ADS
-
20-03-2012, 01:14 PM #2
-
21-03-2012, 05:09 PM #3
-
21-03-2012, 06:09 PM #4
-
21-03-2012, 06:38 PM #5
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Syahz
Quote







Bookmarks