Close
Login to Your Account


Results 1 to 9 of 9
  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,322
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default Kemaruk ikan keli goreng


    IKAN keli goreng bersama nasi putih dihidang dalam keadaan masih panas menjadi makanan kegemaran pemain import dari Sierra Leone yang kini beraksi bagi pasukan Perlis, Lamin Conteh Junior (gambar), 36, sejak dia berada di negara ini.

    Lamin yang kini beraksi semula bersama pasukan Singa Utara dan menyarung jersi nombor 10 itu sudah biasa dengan hidangan itu serta beberapa hidangan lazat lain sejak pertama kali berhijrah ke negeri itu, kira-kira 10 tahun lalu.


    Dia yang mempunyai seorang cahaya mata dan kini tinggal bersama ibu bapa mentuanya di Kedah, juga semakin petah bertutur dalam bahasa Melayu.

    Katanya, bukan itu saja, dia juga menggemari hidangan lain seperti masakan kampung untuk makan tengah hari mahupun malam.


    “Saya sudah lama berada di negara Asia dan hidangan di sini juga tidak banyak bezanya dengan apa yang didapati di negara kelahiran saya.


    “Bahkan saya sebelum ini juga pernah beraksi di Perlis sebelum berpindah ke Indonesia bersama Pelita Jaya dan kembali beraksi semula di negara ini bersama skuad Negeri Sembilan sebelum kembali ke pangkuan Singa Utara,” katanya.

    Menurutnya, selepas menamatkan kontrak bersama Pelita Jaya di Indonesia, dia mengambil keputusan untuk bersara daripada bola sepak sebelum kembali semula ke negara asalnya.


    Namun, Lamin berkata, belum sempat bercadang untuk bersara, dia dihubungi pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang mahu mendapatkan khidmatnya dalam pasukan itu.

    “Saya tidak bercadang untuk menghampakan permintaan mereka, namun niat untuk bersara dan menjadi ejen kepada pemain import yang mahu beraksi di luar negara terpaksa dilupakan buat seketika.


    “Ini semua kerana kemahuan PFA yang terpaksa dihormati dan dipersetujui demi menjulang kembali pasukan Singa Utara yang pada satu ketika digeruni lawan,” katanya.


    Menurutnya, bermula awal minggu lalu, pasukan Perlis perlu menjalani latihan intensif di pusat latihan Muay Thai bagi menambah stamina mereka di samping menguatkan minda dan fizikal.


    “Jika dibandingkan dengan corak permainan antara kelab di Indonesia dan Malaysia, di negara ini, pengurus lebih menggunakan strategi dalam memenangi perlawanan berbanding di negara jiran yang gemar menggunakan kelebihan fizikal.


    “Taktikal dan strategi lebih diutamakan dalam skuad Perlis yang dapat memberi kelebihan kepada mereka,” katanya.


    Lamin yang kini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai kapten Perlis berkata, dia memahami situasi kewangan yang dialami skuad Singa Utara menjadi antara faktor kemerosotan pasukan itu.





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Jirou's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    203
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bagi die makan sambal belacan pulak tengok..baru die tau..

  4. #3
    Status
    Offline
    ustaz30's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Oct 2010
    Posts
    83
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bg dia rasa cencalok plak cmne..

  5. #4
    Status
    Offline
    fajar's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    May 2011
    Location
    Kg Raja, Besut
    Age
    25
    Posts
    3,644
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Bagi dia rase budu pulak camner..
    Bersyukurlah dengan apa yang ada..

  6. #5
    Status
    Offline
    luq_haqem's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    May 2010
    Posts
    15,078
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @fajar View Post
    Bagi dia rase budu pulak camner..
    kalu kne hok tuh tok sir kelik rumoh asal boh hahahha
    Ok Ok Ok saya tahu saya lelaki yang kacak, Terima Kasih sebab bukak signature nih

  7. #6
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,419
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ikang keli boh...
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  8. #7
    Status
    Offline
    RaiNs DrOpe's's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2011
    Location
    Ketereh, Kota Bharu, Kelantan
    Age
    17
    Posts
    1,436
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @luq_haqem View Post
    kalu kne hok tuh tok sir kelik rumoh asal boh hahahha
    Kalu n0k kekal di M'sia. . makan la Budu, Cincalok , Blacan , Tempoyok ,. .

  9. #8
    Status
    Offline
    betelguese's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Dec 2011
    Posts
    359
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    malaysia kaya ngn beraneka jenis mskn turun temurun..

  10. #9
    Status
    Offline
    mim_dean's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Oct 2010
    Location
    Bilik Member Depan....
    Posts
    1,702
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    die ni mnt sm la ngan aku.....hihihihi

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •