Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Status
    Offline
    nagase's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Johor
    Posts
    910
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Fungsi dan Peranan Anggota Badan

    Fungsi dan peranan anggota-anggota tubuh badan manusia dan keistimewaannya.

    Kejadian seseorang manusia adalah amat bergangtung kepada gabungan darah diantara kedua-dua ibu bapanya. Sekiranya baik maka baiklah anak yang bakal dilahirkan itu. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sepotong hadis baginda yang berbunyi:

    Maksudnya : Ingatlah bahawa sesungguhnya di dalam rongga tubuh seseorang manusia itu terdapat segumpal darah beku, jika darah itu baik maka seluruh tubuh itu akan menjadi baik, dan jika ia rosak, maka seluruh tubuh itu akan menjadi rosak pula. Ingatlah , ia itulah “hati”


    Dijadikan kepala seorang manusia berbentuk bulat. Di bahagian kepala itu ditebuk beberapa lubang yang dinamakan mata,telinga ,hidung dan mulut. Kesemua kejadian tersebut mempunyai pranan dan keistimewaan masing-masing.


    Rambut di kepala secara tidak langsung akan mengindahkan lagi paras wajah seseorang dan ianya adalah berhubung dengan kecantikan seorang lelaki. Kemudian lihatlah kepada mulut dan lidah,termasuklah dua ulas bibir yang terletak di bahagian mulut yang merupakan pintu untuk menta’birkan apa yang terlintas di dalam hati kecil dan ketika lidah itu membalik-balikkan makanan untuk dikunyah oleh gigi-gigi geraham dan dijadikan juga gigi-gigi untuk memberikan manfaat dan mengindahkan paras rupa.


    Oleh itu jagalah keputihan gigi anda selalu supaya ia bersesuaian dengan warna merah yang berada di sekelilingnya.


    Allah s.w.t ketika menjadikan Sayyidina Adam dan isterinya Hawa alaihimus-salam, maka dijadikanNya bunyi suara di antara keduanya berlainan, suara Saiyyidina Adam dijadikanNya garau dan lantang sedangkan suara Saiyyidatina Hawa pula halus dan sering. Begitulah seterusnya manusia itu berbeza bunyi dan rentak suaranya antara seorang dengan yang lain meskipun mereka itu terdiri dari saudara-saudara kandung yang seibu sebapa, ini disebabkan bentuk dan sifat anak tekak adalah berbeza antara seseorang.


    Kemudian perhatikan pula kejadian dua tangan yang kegunaannya untuk memegang sesuatu benda dan juga untuk mempertahankan diri daripada sesuatu bahaya yang mengancam. Di bahagian bawah tubuh manusia pula terdapat sepasang kaki dan sepasang betis yang dijulurkan dari pangkal peha di mana dua batang kaki yang dijadikan Allah itu memainkan peranan yang penting sekali bagi seseorang manusia. Dengan menggunakan dua batang kaki itulah manusia berusaha dan bekerja meneroka ke seluruh pelusuk alam sejagat ini untuk mencari rezeki bagi menutup sara hidup yang mereka perlukan pada setiap hari.


    Akhir sekali , perhatikanlah bagaimana Allah telah menjadikan organ-organ kecil yang terdapat pada tubuh seseorang manusia itu sendiri. Kesemua kejadian yang amat mengajaibkan ini adalah berpunca dari setitik air mani yang sangat hina yang kemudiannya diproses menjadi segumpal darah beku, kemudian bertukar menjadi seketul daging dan tulang-tulang yang berselerak di dalam tubuh manusia. Kemudian tulang-tulang itu lalu dibalut pula dengan daging-daging yang akhirnya menjadi sebuah lembaga manusia yang bersifat lengkap dan sempurna merupakan sebatang tubuh yang kuat dan gagah.


    Perhatikanlah bagaimana Allah s.w.t. telah menjadikan itu semua hanya berpunca daripada setitik air benih yang berlendir kotor. Kesemua kejadian anggota tubuh manusia itu berseimbang dengan bentuk tubuh itu. Kesemua organ-organ asli yang dijadikan Allah adalah terlalu penting dan sekiranya salah satu daripadanya hilang, nescaya kehidupan mereka akan jadi pincang dan tidak sempurna. Jika dilihat dari aspek zahir dan batinnya, maka didapati ianya diciptakan dengan penuh teliti dengan hikmah dan keajaiban. Justeru itu,lihatlah pula peringkat pemberian akal fikiran kepada seseorang. Allah telah memberikan akal fikiran tersebut secara beransur-ansur dari kanak-kanak hingga dia boleh membezakan sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada dirinya, sehinggalah kepada usia kanak-kanak itu sampai kepada peringkat baligh, seterusnya lihat dan renungkanlah rahsia kejadiannya.


    Dengan ini , maka terbuktilah kekuasaanNya dan tiada apa-apapun perkara yang sebegini rupa dan sahlah yang Allah itu adalah Maha Pencipta.


    Secara umumnya, kesemua kajian-kajian yang telah dilakukan untuk memperolehi jawapan yang tepat tentang asal usul kejadian manusia. Walau bagaimanapun, jawapan yang memuaskan hanya mampu diperolehi dengan dikaitkan ilmu falsafah dan keagamaan. Teori-teori yang dihujah oleh para saujana sebelum ini tidak memuaskan. Hujah-hujah yang mantap lagi tepat telah diperolehi dari teori agama khususnya Islam dan telah memberi jawapan yang begitu meyakinkan.


    Dengan ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian dan makluk yang paling istimewa di sisi Allah. Di samping itu juga, Isalm telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah satu agama yang benar kepada manusia untuk diikuti sebagai panduan hidup dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

    AMIN..






  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •