DAFTAR
Close
Login to Your Account
Results 1 to 5 of 5
  1. King Of Gempak SchzPutra's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,536
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    24 Post(s)
    #1

    ….السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Perbincangan mengenai kejadian Hawa amat meluas. Sebahagian ulama berpendapat, Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas”

    (Bukhari & Muslim)
    Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibn Munzir, ibn Humaid dan ramai lagi.

    Manakala Imam Al-Qurtubi menyatakan didalam kitab Dalilul Falihin :

    “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk”


    Dapat kita fahami bahawa wanita bukan dicipta daripada tulang rusuk. Ianya berbentuk kiasan iaitu tulang rusuk itu berbentuk bengkok berbeza dengan tulang lain yang berbentuk lurus sebagaimana keadaan kaum wanita berbeza dengan keadaan kaum lelaki.

    Pendapat ini juga boleh dikaikan dengan sambungan lafaz hadith diatas yang bermaksud :

    “Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)”


    Sambungan hadith membawa maksud tulang rusuk ini tidak boleh dicaci kerana keadaannya yang sedia bengkok kerana tanpanya jasad manusia pasti bermasalah.

    Begitu juga dengan wanita. Tanpa mereka kehidupan lelaki tidak sempurna. Kaum lelaki perlu memahami keadaan mereka dan jangan bersikap keras terhadap mereka. Berhemahlah dalam menghadapi kaum wanita.

    Apabila dirujuk di Al-quran tentang perkara ini,
    Allah menyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 1 :

    “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah
    menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak”

    Ayat ini tidak mengaitkan kejadian Hawa dengan tulang rusuk Nabi Adam.

    Dr Hamka dalam Tafsir al-azhar menyatakan : “Ahli-ahli ijtihad tidak membantah hadith yang sahih ini (hadith yang mengatakan bahawa wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki), namun ia tidak boleh menjadikan alasan yang tepat bagi mengatakan Hawa terjadi daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam. Yang jelas sekali, kaum wanita kesemuanya bukan terjadi daripada tulang rusuk suaminya. Yang menjadi pertikaian adalah mengenai Hawa (samada ia terjadi daripada tulang rusuk Nabi Adam atau tidak). Oleh kerana islam adalah agama yang memberi kebebasan berijtihad mereka yang ahli (mampu). Maka tidak salah sekiranya terdapat perbezaan pendapat (dalam hal ini).

    Justeru itu, tidak dihukum keluar daripada Islam sekiranya seseorang berkeyakina
    n, berdasarkan penyelidikannya, bahawa Hawa tidak terjadi daripada tulang rusuk Nabi Adam. Tidak ada salahnya sekiranya umat islam turut memberikan perhatian bagi menyelidiki teori-teori yang berkaitan (dengan persoalan ini) berapa tahunkah manusia sudah berada didunia ini”

    Maka lakukan kajian selagi terdaya sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 20 : “Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya”


    http://3.bp.blogspot.com/-Issgg51LEpc/UPDeXfqpiRI/AAAAAAAABr0/gitAf6kEkIk/s320/thanks.gif

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. King Of Gempak ahoyhoi's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    nevada
    Posts
    6,581
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #2

    nice info

  4. King Of Gempak ♚Lonely♚'s Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    In her heart.
    Posts
    14,895
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    2 Post(s)
    #3
    Begitu juga dengan wanita. Tanpa mereka kehidupan lelaki tidak sempurna. Kaum lelaki perlu memahami keadaan mereka dan jangan bersikap keras terhadap mereka. Berhemahlah dalam menghadapi kaum wanita.
    aku suka ayat ni.. joe, jangan buat kasar kt bini mg

    Imam Syafie berkata:
    "Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".

  5. Gempak Senior N_(enn)'s Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    May 2011
    Location
    dlm tin sardin.
    Posts
    295
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #4
    bertambah jga ilmu. nice info..

  6. Gempak SuperStar J-Rock's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    Di Bumi Yg Nyata
    Posts
    897
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #5
    nice info~~ alhamdulillah.. betambah lagi ilmu..

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List