Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Status
    Offline
    alexx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    5,491
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Keputusan permohonan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 diketahui Jumaat

    KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini.


    Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai pukul 12 tengah hari.


    "Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


    Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.


    Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada sebarang tarikh dinyatakan.


    Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa menafikan berlakunya kelewatan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA.


    "Keputusan bukan lambat. Memang 13 Julai telah ditetapkan. Keputusan belum boleh disemak, belum dimasukkan ke dalam sistem. Pemilihan akhir oleh universiti sedang berlangsung," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.



    sumber:http://matematik4u.blogspot.com/2012...ipta-sesi.html



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •