Close
Login to Your Account


Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    Status
    Offline
    najiy91's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    Pahang
    Posts
    414
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

    Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang


    Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.


    Kelayakan Memohon


    1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut

    a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    b. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
    c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.

    2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.

    3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

    4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT mengikut kategori berikut:

    PERINGKAT SARJANA & PHD


    1. Mendapat tawaran di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
    2. Pengajian di luar negara hanya bagi kursus-kursus selektif & kritikal sahaja yang tidak terdapat di negara ini.
    3. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan atau mempunyai kelulusan di peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di peringkat Pengurusan dengan mendapat pengesahan daripada majikan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma.

    PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI IPTA DAN IPTS


    1. Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Elektrik Kuasa, Diploma Teknologi Komputer dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej PSDC.
    2. Sijil/Diploma di Politeknik.
    3. Diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).
    4. Diploma/Ijazah Sarjana Muda di UniKL bagi kursus-kursus selektif dan kritikal yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.
    5. Sijil Profesional Kejuruteraan Senggaraan Pesawat (LWTR) di Malaysian Aviation Training Academy (MATA) Sdn Bhd.
    6. Sijil Penilaian Harta Tanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN).
    7. Diploma/Ijazah Sarjana Muda Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Kursus Luar Kampus (KLK) dan Program Pembelajaran Fleksibel (FLP) anjuran IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
    8. Ijazah Sarjana Muda Bagi Mengikuti Pengajian Dalam Bidang-Bidang Selektif & Kritikal (tahun pertama) bagi Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP bagi bidang-bidang pengajian seperti berikut:

    -Perubatan/Pergigian/Farmasi/Jururawat
    -Kejuruteraan
    -Sains Komputer
    -Ekonomi
    -Sains & Teknologi
    -Perbankan Islam
    -Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
    -TESL

    PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI KOLEJ ANTARABANGSA IKIP

    1. Ijazah Sarjana Muda IKIP-UUM
    2. Diploma IKIP-UTM
    3. Diploma dan Pra Diploma IKIP-UiTM
    4. Diploma IKIP-Inhouse
    5. Sijil Kemahiran Perhotelan IKIP-HIAS Tahap 1, 2, 3 & 4
    6. Sijil Kemahiran IKIP-MLVK Tahap 1,2, 3 & 4

    PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI TIMUR TENGAH ( MESIR, MAGHRIBI DAN JORDAN)


    1. Universiti-universiti di Mesir dalam bidang Perubatan, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dan Takhasus Qiraat
    2. Universiti-universiti di Maghribi dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
    3. Program Berkembar IKIP-Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam)
    4. Bagi kategori ini, calon-calon yang layak perlu mengikuti Kursus Insentif Bahasa Arab (KIBA) anjuran YP selama 4 bulan sebagai persediaan sebelum ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Iklan akan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan SPM/STAM diumumkan mengikut tahun semasa.




    ()",()




  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    sueraya_86's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Mar 2011
    Location
    kuantan, pahang
    Age
    26
    Posts
    145
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    alamak...loan YP tak bayar lg bulan ni...nasib baik pak cik tolong ingatkan

  4. #3
    Status
    Offline
    najiy91's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    Pahang
    Posts
    414
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @sueraya_86 View Post
    alamak...loan YP tak bayar lg bulan ni...nasib baik pak cik tolong ingatkan
    hah..masuk jail kang takut !

  5. #4
    Status
    Offline
    sueraya_86's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Mar 2011
    Location
    kuantan, pahang
    Age
    26
    Posts
    145
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    esok la g yp....jom pak cik....hahahahaa

  6. #5
    Status
    Offline
    najiy91's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2011
    Location
    Pahang
    Posts
    414
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    Quote @sueraya_86 View Post
    esok la g yp....jom pak cik....hahahahaa
    tunggu saye dapat keje tetap, gaji tetap dulu yep

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •