Close
Login to Your Account


Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    Status
    Offline
    gomen's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    19
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik

    Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang digelar sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh pihak British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik.



    Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang senang. Ini kerana ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada tahap yang tersendiri. Prosedur pemilihanya merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu bergelar pegawai PTD harus menempuhi 3 tahap ujian yang bertujuan menguji kemahiran dan ilmu yang dimiliki.


    Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin wujud ‘kepincangan’ kelulusan akademik anda. Jika lulus dan layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan pengetahuan yang secukupnya kerana exam ptd memerlukan pemahaman dan kesedaran tentang kepentingan maklumat dan berilmu pengetahuan yang jitu. Dalam erti kata lain, anda perlu peka dengan sebarang isu semasa dalam / luar negera dan perlu banyak membaca bagi memantapkan ilmu pengetahuan. Itulah persediaan utuh dalam laluan menggapai jawatan yang digelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik.


    Last edited by gomen; 14-02-2013 at 05:19 AM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    gomen's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    19
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Terdapat ramai tokoh terkemuka negara terdiri dari kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
    Mereka terkenal kerana sumbangan dalam bidang baik pengurusan dan pentadbiran mahupun
    yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan juga politik. Antara tokoh PTD yang
    memberikan sumbangan besar kepada negara adalah seperti :

    Tan Sri Abdullah Salleh
    Tan Sri Ahmad Sarji b Abd Hamid
    Tan Sri Halim Ali
    Tan Sri Samsudin Osman
    Dato’ Seri Shahidan Kasim
    Tan Sri Razali Ismail


    info dari :

    SPA8 Online dot com

  4. #3
    Status
    Offline
    kyrull82's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Oct 2010
    Posts
    864
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) nie Bagus kerana die orang semua berilmu...Gaji pun cantik ye la, nak dapat pun seksa....bukan macam jawatan lain sekali temuduga dah leh tau dapat ke x......peluang naik pangkat pun usah dikenang la.......Ye la Jawatan M41 boleh naik sampai KSU tu...paling koman pun pencen M54, berbeza dengan kakitangan awam biasa, kalau masuk S/J/N/B 17, belum tentu pencen pada gred 27.

    Tapi, PTD ni aku menyampah pasal dalam kursus die orang di ajar supaya agak keras (berlagak) dengan orang bawahan dalam satu2 kementerian / jabatan. Tau la jawatan die orang bermula M41, pastu paling tidak pencen M54, nasib2 baik pencen KSU. aku harap lepas nie. pesan2 la kat PTD baru, baik2 la sikit ngan orang bawah, korang kerja atas perlaksanaan orang bawah. jangan mengarah je. pandai2 la nak jaga orang bawah, bukan kami nak duit PTD pun.

    Kes SBPA yang kakitangan awam di paksa untuk cepat2 tandatangan stuju terima SBPA pasal nak bayar gaji puak2 PTD yang dah naik ke JUSA nie la...gaji golong bawah nie naik ratus2 je...JUSA naik ribu2, golongan ni memang cari peluang time semakan semula kenaikan gaji. die orang akan ambik kesempatan, dan seboleh2 CEUPAC x akan di panggil, pasal CEUPAC nie semua wakil2 orang bawah je..Presiden Dato Omar tu bukan orang besar dalam kerajaan. jawatan bawah je....tetapi keberanian die untuk bercakap, ilmu die ada, pemahaman die tinggi, so die la leh lawan puak2 JUSA ni.

    Orang ramai pulak kate kakitangan awam beruntung....bukan semua, yang untung besar JUSA, kalau nak kire pencen,dapat pulak die naik KSN, sah2 9ribu sebulan pencen die..macam kami ni...usaha macam2 nak stabil kan hidup ngan gaji.

  5. #4
    Status
    Offline
    gomen's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    19
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    alam 1Malaysia buat semua warga forum,


    Pihak SPA telah pun mengumumkan calon
    yang layak untuk menduduki peperiksaan
    bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik
    Gred M41
    .



    Semakan layak exam PTD boleh dibuat melalui
    Portal SPA :

    SEMAKAN LAYAK EXAM PTD 2012


    Tahniah pada yang layak.


    Exam PTD dijadualkan berlangsung pada 12.05.2012.


    Good Luck buat semua calon yang layak.


    Artikel tentang format & contoh soalan boleh rujuk sini :

    Format & Contoh Soalan Exam PTD
    Last edited by gomen; 30-03-2013 at 02:28 AM.

  6. #5
    Status
    Offline
    gomen's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    19
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    pada yg dipanggil exam PTD pada 12 Mei 2012, tahniah diucapkan..

    yg belum check layak menduduki exam ni bleh check kat portal SPA

    ==> SEMAKAN LAYAK EXAM PTD 2012

    ada masa lebih kurang 10 hari lagi sebelum exam PTD berlangsung..

    pada yg layak boleh gunakan masa yg ada utk buat persediaan..

    kat sini saya listkan secara ringkas format exam PTD ...


    Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.

    Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

    Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.

    Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.

    Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.


    penjelasan lengkap beserta contoh soalan setiap seksyen boleh rujuk pada laman blog SPA8Online

    ==> Format & Contoh Soalan PTD
    Last edited by gomen; 30-03-2013 at 02:29 AM.

  7. #6
    Status
    Offline
    gomen's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    19
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Salam buat semua,

    Pihak SPA telah pun mengumumkan keputusan
    temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir &
    Diplomatik M41
    .

    Semakan Keputusan Temuduga boleh dibuat
    di Portal SPA :

    ==> http://domino.spa.gov.my/online/keputusan_temuduga.php

    Tahniah pada calon yang layak.

    Buat yang tidak berjaya, usah bersedih.
    Teruskan berusaha tanpa jemu.

    Insya-allah.


    ==========================================

    Untuk calon exam PTD pada 12 Mei 2012,
    masa yang ada bolehlah digunakan untuk
    melakukan persediaan agar dapat
    meningkatkan peluang untuk LULUS
    exam PTD.


    Untuk info serta format / contoh soalan boleh rujuk
    laman blog jawatankerajaan.com.my
    Last edited by gomen; 30-03-2013 at 02:30 AM.

  8. #7
    Status
    Offline
    gomen's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    19
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Salam 1Malaysia..

    Di sini saya kongsikan tips persediaan bagi menjawab
    seksyen E - Bahasa Inggeris yang bakal dihadapi oleh
    calon-calon exam PTD pada 12 Mei 2012 ini..

    Di sini saya kongsikan tips persediaan untuk
    menjawab Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
    Kebanyakan rakan-rakan saya yang pernah ke
    exam ini tidaklah menguasai sepenuhnya bahasa
    Inggeris, tetapi masih mampu melepasinya dengan
    membuat persediaan untuk menjawab soalan di
    seksyen E. Ramai juga calon yang ‘tersangkut’ di
    seksyen E ini.

    Untuk Seksyen E – Ada 3 soalan dan calon perlu
    menjawab 1 soalan. Peruntukan masa untuk menjawab
    soalan ini adalah 1 jam.


    =======================================
    PANDUAN ESEI BAHASA INGGERIS
    =======================================


    Panduan bagi menjawab soalan esei bahasa Inggeris
    adalah seperti berikut :

    1-Calon perlu menghasilkan esei bahasa Inggeris yang
    disusun kemas, jelas dan teratur. Pastikan esei tersebut
    mudah difahami.
    2-Kapasiti esei anda haruslah sekitar 200-300 patah
    perkataan..
    3-Esei anda janganlah terlalu panjang dan berjela-jela.
    Pada masa yang sama pastikan pengurusan dan peruntukan
    masa yang tepat untuk menyelesaikan jawapan di seksyen E ini.
    4-Pastikan esei anda mempunyai format yang tersusun dan mudah
    difahami. Perlu ada pengenalan, isi, huraian, contoh serta
    kesimpulan / penutup.

    Rujukan contoh karangan PMR atau SPM pun berguna untuk
    mengetahui struktur dan format bagi penulisan esei. Untuk
    seksyen ini sebanyak 20 markah diperuntukan. Jadi jangan
    biarkan 20 markah itu ‘hilang’ dari genggaman anda. Teruskan
    berusaha memperbaiki apa jua kelemahan menjelang seisi exam
    PTD pada 12 Mei nanti.

    Untuk lain-lain info berkenaan format + contoh soalan
    exam PTD boleh rujuk jawatankerajaan.com.my
    Last edited by gomen; 30-03-2013 at 02:31 AM.

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •