Results 1 to 2 of 2
-
26-04-2012, 12:55 AM #1
Filem 29 Februari - Antara Anugerah & Sumpahan 'Remy Ishak'

Filem Stereoscopic 3D Pertama di Malaysia berjudul 29 Februari mengisahkan kehidupan Budi lakonan Remy Ishak yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka. Budi dilihat tidak lekang dengan usia akibat didakwa faktor tarikh lahir beliau yang hanya wujud 4 tahun sekali.
Malah beliau masih hidup pada era 1990an dan memiliki wajah yang masih tidak berusia walaupun lahir pada 1896.
Atas faktor tersebut, Budi sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak (lakonan Izzue Islam) yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia? Saksikan lakonan mantap Remy Ishak sebagai 'Budi', pencinta sepanjang zaman yang pasti memukau dan merintih hati setiap yang menonton 29 Februari di pawagam mulai 30hb Ogos 2012.
Filem ini turut menampilkan barisan Pelakon Terbaik termasuklah Pemenang Anugerah Pelakon Popular (Kategori Drama) ABP 2012 Fizz Fairuz. Anda sudah pasti tidak sabar menanti tayangan filem arahan Edry Abdul Halim ini setelah menonton trailer filem ini.
Genre : Drama
Tarikh Tayangan : 30hb Ogos 2012
Produksi : KRU Studios
Pengarah : Edry Abdul Halim
Pelakon : Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Dian P.Ramlee, Namron
Latest Entries
- Request Filem Gangster And Crime
- Nantikan --- Agents Of SHIELD (TV Series)
- Crow Explode Trailer
- REQUEST - Link Citer Dash Yonkuro
- Adnan Sempit 3 promo 30sec
- Man of Steel - Official Trailer (Trailer Terbaru)
- senaraikan movie paling best penah korang tgk
- G.I. Joe Retaliation
- Mahu Bertanya: Cerita Bersiri
- Korang rasa kartun mana lagi best ??
-
26-04-2012 12:55 AM # ADS
-
26-04-2012, 09:14 AM #2
Pergghhhh..!! Jalan cite da best. Tgk2 Remy Ishak plak blakon.. Adeh. Nt la aku pk nk tgk ke x.. hmmm..
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote






Bookmarks