Results 1 to 10 of 17
-
10-06-2012, 07:35 PM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- May 2009
- Location
- In Your Face!!
- Age
- 19
- Posts
- 5,066
- Mentioned
- 18 Post(s)
Toyota 86 Dilancarkan Dengan Rasminya Di Malaysia
Toyota 86 dilancarkan dengan rasminya di Malaysia : RM243K – RM249K



Tidak perlu diperkenalkan lagi, kebangkitan model legenda Toyota AE 86 melalui generasi terbaharu yang dikenali dengan nama Toyota 86 telah menjadi fenomena di pasaran global sejak beberapa bulan yang lepas.
Pasaran Malaysia juga turut merasa bahangnya apabila model 86 telah dilancarkan secara rasminya minggu lalu.
Berkenaan harga, ianya ditawarkan pada paras premium apabila pengedar rasminya UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. telah meletakkan harganya bermula dari RM243,000.00 untuk versi manual enam kelajuan, dan meningkat sehingga RM249,000.00 untuk versi automatik enam kelajuan dengan ‘paddle shift’ (harga atas jalan termasuk insuran).
Toyota 86 dikuasakan enjin Boxer empat silinder dengan sesaran 2.0 liter, dengan hamburan kuasa kuda dan tork maksimum sebanyak 200ps@7,000rpm dan 205Nm@6,400 – 6,600rpm.
Menurut tuner di luar negara yang telah melakukan modifikasi terhadap enjin tersebut, potensinya amat luas apabila jumlah kuasa yang berjaya dihasilkan boleh meningkat sehingga ke tahap ekstrem.
Toyota 86 Semangat Hachi-roku

PARA peminat kereta sport sebenar perlu berterima kasih kepada Akio Toyoda. Ini kerana Presiden Toyota Motor Corporation itulah yang bertanggungjawab memperkenalkan kembali DNA “Fun to Drive” ke dalam produk Toyota.
Toyota sebelum ini cukup terkenal sebagai pengeluar kereta sport mampu milik dan berbeza dengan jentera sport Eropah. Keunikan dan kemampuan yang ada padanya membuatkan kereta sport keluaran Toyota pantas mencetus fenomena serta terus diingati hingga ke hari ini.
Namun, macam biasa detik-detik indah itu tidak kekal lama. Sedia maklum bahawa demi mendapatkan skala ekonomi dalam penghasilan sesebuah model, banyak aspek yang perlu diambil kira. Model untuk massa dan boleh dijual dalam volum yang tinggi diberi perhatian. Sementara produk untuk segelintir peminat pasti mudah dilupakan.
Jadi tidak hairanlah jika Toyota sudah lama tidak membina kereta-kereta sport murah seperti Celica, Supra atau Levin sebagaimana yang pernah dilakukannya pada tahun 1980-an. Segmen itu dibiarkan vakum begitu lama tanpa diisi oleh mana-mana produk yang mampu merangsang selera peminat sebenar kereta untuk membeli sebuah Toyota.
Initial D
Mujurlah sejak cucu kepada pengasas Toyota itu mengambil-alih syarikat, hala tujunya sudah berubah. Model-model konsep yang kembali memberi perhatian kepada aspek keseronokan dan dinamik pemanduan kembali dibina. Perubahan itu nyata berjaya membuatkan dunia kembali memandang ke arah Toyota.
Contoh paling ketara pastinya model konsep Toyota FT86 yang membuat debut pada Tokyo Motor Show 2009. Sejak itu, peminat sudah seakan-akan tidak sabar lagi hendak menunggu produk akhirnya. Penantian itu terjawab apabila Toyota memperkenalkan Toyota 86 secara rasmi pada Tokyo Motor Show 2011.
Untuk membina 86 yang juga dikenali sebagai hachi-roku dalam bahasa Jepun itu, tiga model sport Toyota sebelum ini dijadikan rujukan. 86 sebenarnya diinspirasikan daripada legasi kejayaan model Toyota AE86 Levin/Trueno yang dibina pada tahun 1980-an.
Kemasyuran AE86 banyak dibantu oleh siri komik, animasi dan filem Initial-D. Jadi, permintaan terhadap jentera itu bukan main-main. Jangan terkejut kalau anda terpaksa mengeluarkan wang mencecah RM40,000 untuk kereta tahun 1980-an. Itulah harga untuk sebuah kereta yang sudah sampai ke tahap legenda.

INILAH produk hasil kolaborasi di antara Toyota dan Subaru.
Selain AE86, DNA 86 turut mengadun karakteristik dua lagi model sport ikonik Toyota iaitu Toyota Sports 800 dan Toyota 2000GT. Daripada Toyota Sports 800, dinamik pemanduan formula FR (enjin hadapan-pacuan roda belakang) dan enjin Boxer diaplikasikan kepada 86. Sementara Toyota 2000GT pula lebih kepada aspek penggayaan, terutama profail tingkap dan reka bentuk sebuah coupe.
Pembangunan 86 merupakan hasil kolaborasi Toyota dengan Subaru (satu divisyen Fuji Heavy Industries, FHI) yang memang mahir dalam penghasilan sedan sport berprestasi tinggi. Versi 86 untuk Subaru ialah BRZ. Antara perbezaan di antara kedua-duanya ialah suspensi hadapan BRZ dikatakan lebih keras berbanding 86.
Bagi memastikan pengendalian 86 benar-benar bagus, ujian-ujian ekstensif telah dijalankan di Jepun, Eropah dan Amerika Utara. Malah, bukan sedikit masa yang dihabiskan oleh pasukan jurutera Toyota di litar Nurburgring, Jerman bagi memastikan jentera tersebut menawarkan kualiti pemanduan dan pengendalian gred A.
86 dibina di atas platform baharu yang rendah dan aerodinamik. Ia menggunakan konsep aerodinamik yang dipanggil “Konsep Sandwich”. Maksudnya, kereta itu ditekan ke atas jalan raya dari arah atas, bawah dan sisinya. Ini sekali gus memberikan 86 tahap kestabilan yang cukup tinggi.
Kerjasama di antara Toyota dan Subaru juga dipanjangkan ke dalam pembinaan enjin untuk 86. Enjin Boxer aspirasi biasa (Naturally Aspirated) itu adalah hasil daripada pengetahuan Toyota dan Subaru dalam penghasilan kereta sport. Kali terakhir kereta Toyota menggunakan enjin Boxer dengan reka bentuk flat four itu ialah pada model Toyota Sports 800.
Enjin Boxer dipilih kerana ia mampu menawarkan kuasa low end torque yang kuat dan janaan kuasa lebih linear. Kedudukan enjin Boxer juga rendah. Ia sekali gus menyumbang kepada titik graviti yang rendah, faktor penting untuk pengendalian dan kestabilan.
Saya sempat menguji jentara idaman ramai itu untuk tiga pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sehari sebelum pelancaran rasminya diadakan.
Tayar mesra alam
Apa yang boleh saya beritahu, 86 boleh membuatkan anda tidak kisah untuk memecut di litar sehari suntuk. Kuasa enjin dan dinamik pengendaliannya betul-betul boleh menjadikan sesiapa sahaja ketagih untuk meneroka setiap selekoh yang ada di SIC

DINAMIK pemanduan 86 membuatkan pengalaman memandu di litar amat mengasyikkan.
Apa yang menarik tentang 86 ialah jentera tersebut tidak memerlukan tayar berprestasi tinggi untuk menyerlahkan prestasinya. Malah, tugas itu boleh diserahkan kepada tayar mesra alam bersaiz 215/45R17 tanpa sebarang masalah.
Bagi memenuhi kehendak bakal pembeli yang berbeza, UMW Toyota Motor menawarkan 86 dengan varian manual dan automatik enam kelajuan.
86 tidak berkompromi dengan tahap keselamatan. Secara pasifnya, pemandu dan penumpang 86 dilindungi oleh tujuh beg udara. Tidak cukup dengan itu, kolum stereng dan pedalnya juga akan ‘terlipat’ sekiranya berlaku kemalangan.
86 juga dipasang dengan pelbagai sistem keselamatan kenderaan terkini termasuklah ABS pada keempat-empat roda, selain Electronic Brake-force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Traction Control (TRC) dan Vehicle Stability Control (VSC). Mode VSC boleh diubah mengikut kemahuan pemandu dan kondisi pemanduan.
Jurutera Toyota cuba sedaya upaya untuk menjadikan kabin 86 sebagai sebuah kokpit kereta sport yang sebenar. Bentuk dan kedudukan semua butang kawalannya mengutamakan fungsi serta mudah digunakan. Pendek kata, di dalam kabin sporty berwarna hitam tersebut, jentera dan pemandunya bersatu.
86 mengetengahkan konfigurasi tempat duduk 2+2. Pemandu dan penumpang hadapan dialu-alukan oleh sepasang tempat duduk jenis semi-bucket yang menyokong tubuh dengan selesa apabila kenderaan itu meluncur di atas jalan raya.
Anda juga tidak akan terlupa sedang memandu sebuah 86 kerana logo nombor 86 yang ditempa di atas dua omboh itu ada di mana-mana. Ia ada di tengah-tengah stereng, corong pendingin hawa, jahitan pada tempat duduk dan gelung meter.

ENJIN Boxer dengan sistem D-4S yang berupaya menghamburkan kuasa sehingga 200PS.
Pada harga RM243,000 (automatik) dan RM249,000 untuk transmisi manual, 86 bukan untuk semua orang sebagaimana sepatutnya. Malah, tidak kurang yang berpendapat bahawa model itu sebenarnya overprice.
Biarpun begitu, 30 unit 86 sudah ada pemiliknya. UMW Toyota Motor meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 140 unit 86 bagi tempoh suku kedua tahun ini. Saya tidak nampak itu satu masalah yang besar pun. Silap-silap, angka itu boleh dicapai dalam masa yang singkat.
Bagi mereka yang tidak mampu membelinya sekarang, jangan sedih dahulu. Sebabnya, Ketua Jurutera projek Toyota 86, Tetsuya Tada memberitahu 86 ialah kereta sport pertengahan. Maksudnya, akan ada kereta sport entry level dan premium daripada Toyota






Info : http://www.toyota.com.my/toyota-86
Latest Entries
- [Pertanyaan] Mengapa Kereta Tidak Bergerak Walaupun Sudah Tekan...
- Got strange at the parking lot
- [Pertanyaan] Saga FLX & Saga FLX SE
- Pertanyaan Proton & Perodua
- Bugatti Gangloff
- [Ask] Hendak Bertanya Mengenai Perbezaan Vios Dari Tahun 2003...
- Kereta Terpantas Di Dunia
- [Pertanyaan] No Plat Kereta
- LaFerrari - Kereta terpantas Ferrari.
- [Pertanyaan] Wira 1.3
"Kepala Hotak Kamu"
"Kepala Bana Kamu"
"Kepala Hotak Kamu Kemballi"
-
10-06-2012 07:35 PM # ADS
-
10-06-2012, 07:42 PM #2
-
10-06-2012, 07:54 PM #3
kumpul duit manyak2 nak bli
-
10-06-2012, 07:55 PM #4
Aku lbh rela bli original 86 drpd yg ni...
Hahaha...
-
10-06-2012, 07:56 PM #5Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,327
- Mentioned
- 1 Post(s)
manual lagi mahal dari auto..
-
10-06-2012, 08:19 PM #6Status
- Offline
-
Gempak Senior
- Join Date
- Oct 2010
- Location
- In Your Heart
- Age
- 23
- Posts
- 260
- Mentioned
- 0 Post(s)
masuk one milion money drop la nak beli kete ni.. ahaha - itupun kalo dapat bawak balik duit
-
10-06-2012, 08:25 PM #7
-
10-06-2012, 08:26 PM #8
ha....apasal la Proton x penah nak kluarkan keta dengan pacuan roda belakang...aku memang suke keta2 pacuan belakang......walaupun x jimat minyak, tapi layan leh Drift
-
10-06-2012, 08:29 PM #9
-
10-06-2012, 08:35 PM #10Status
- Offline
-
Gempak Hardcore
- Join Date
- Feb 2010
- Location
- kat rumah la pe lagi?
- Posts
- 2,439
- Mentioned
- 0 Post(s)
style gler la. aku da la suka ae86. ni initial d punya pasal la nie
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
-JACK-
Quote

PrincekayL






Bookmarks