DAFTAR
Close
Login to Your Account
Results 1 to 4 of 4
  1. D.
    King Of Gempak D.'s Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    May 2009
    Location
    In Your Face!!
    Age
    20
    Posts
    5,162
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    44 Post(s)
    #1
    Rata2 kita mengalami masalah yg sama.. mengenai celah peha kehitaman.. ada yg cakap sebab puncanya si suami selalu buat oral kepada isteri.. benar atau tidak mari kita kongsikan disini..


    Kelangkang hitam, Apa patut buat?




    Kelangkang hitam ni dah jadi masalah yang tak asing lagi, tapi ramai yang malu nak tanya cara nak hilangkan. Masalah ini menjadi keserabutan bila kad undangan perkahwinan dah mula tersebar. Nak kahwin, tapi kelangkang warna hitam. Apa kaitan kahwin dengan kelangkang hitam? Haha mestilah berkaitan.





    Ok relax. Hitam-hitam di kelangkang ni sebenarnya normal untuk orang Asia Tenggara. Kita namakan dia Mongolian spot. Atau nama lebih canggih, hiperpigmentation. Sini, aku jelaskan sikit macam mana boleh jadi hitam.


    -Pertama, genetik. Yang itu memang tak boleh nak buat apa . Takkan nak gali kubur, salahkan nenek moyang kita?

    -Kedua, perubahan hormon. Ini menjadi masalah untuk perempuan lah biasanya. Untuk mereka yang menggunakan pil perancang kehamilan, uneven skin color atau daerah-daerah hitam di celah celah tertentu memang effect biasa.

    -Yang ketiga ,kebersihan. Bila “tut” kita tak bersih, kita akan rasa gatal. Bila gatal, kita garu. Bila garu, kegatalan makin melarat. Garu dan terus garu sehingga ke kelengkang kita. Lama-lama boleh sebabkan luka di kulit. Maka terjadilah kehitaman. Lepas itu, kita kena pastikan kawasan “tut tut” kita tak lembab selalu. Sebab kelembapan itu akan membuatkan kulit kita lemas tak boleh bernafas. Jadi make sure lepas cuci “tut tut” , lap pakai towel dulu. Jangan pakai seluar dalam anda waktu basah-basah. Okay?

    -Yang ke empat kerana gesekan antara kulit. Selalu terjadi untuk yang bertubuh besar la, yang kurus tapi peha besar pon ade je..

    Cukup dengan jaga kebersihan dan kelembapan boleh elakkan masalah kelangkang hitam ni. Tapi untuk yang dah terlambat, dah kebetulan jadi hitam sangat dan rasa malu untuk menjadi pengantin baru, jom tengok apa yang korang boleh buat.

    1. Yang paling selamat adalah dengan melakukan scrubing, dua hari sekali. Sebab scrubing ni dapat mengeluarkan sel mati dan sekaligus memudarkan warna hitam. Eh. nak 100% hilang tu tak dapatlah. Cuma dapat memudarkan je.

    2. Dari segi perubatan bolehlah pakai ubat yang mengandungi hydroquinone 2-4% tapi jangan beli % tinggi-tinggi. Sapu ubat ni dekat daerah yang hitam, sebelum tidur.Ingat, jangan sapu cream ini kalau ada luka, kulit lembab and bernanah. Kalau pregnant atau menyusukan anak, pon jangan sapu jugak.







    Boleh try cari kat farmasi. Banyak lagi brand lain yang mengandungi hydrocortisone 2%. Pakai setiap hari, dalam 3 bulan InsyaAllah nampak perubahan. Kalau dah berkurang, boleh stop pemakaian. Kalau pergi dekat pakar kulit hospital memang ada melanox ni.

    Lepas ni yang dah nak kahwin tu boleh la sapu bagai nak gila dengan harapan masalah boleh setel before malam pertama

    ini info dari selangor2u. tapi ada lagi cara lain sebenarnya.. mari kita tgk info dari bengkung moden pulakkk




    Tips hilangkan hitam dicelah peha


    Assalamualaikum,

    Saya sering menerima sms dan panggilan dari pelanggan yang bertanyakan soalan yang hampir sama… “macam mana nak hilangkan hitam kat celah paha”

    Sebenarnya masalah hitam dicelah paha sering terjadi terutama bagi mereka yang baru saja lepas bersalin. Dah tu susah nak hilang pulak tu. Memang tak best betul rasanya.

    He..he… sebenarnya caranya amat mudah sekali. Jika anda juga menghadapi masalah yang sama, mungkin tips ni boleh membantu anda.



    Caranya ialah dengan menyapu losyen bayi (tak kisahlah losyen brand apa pun) di bahagian yang mengalami masalah hitam dengan kerap. Seeloknya losyen disapu setiap kali selepas mandi sebab lepas mandi kulit masih lembut. Jadi cepat lah sikit losyen nak menyerap. Amalkan menyapu losyen ini setiap hari. Insya allah lepas beberapa minggu anda akan mula nampak hasilnya.

    Bagi langkah pencegahan pula, cara ini sesuai dilakukan sewaktu anda sedang hamil.

    Cara-caranya :

    Sapu scrub di celah peha setiap kali anda mandi. Apa-apa scrub pun boleh… Kalau nak cari yang murah kat Mydin ada jual scrub susu (milk scrub). Harga bawah RM5.00 je.
    Selepas mandi pula, sapu losyen di celah paha.
    Kalau ada bahagian badan anda yang lain yang turut mengalami masalah hitam ni, anda boleh buat cara yang sama juga.
    Bagi mereka yang dah bersalin, cara diatas juga masih boleh digunakan.

    Mudah saja kan? Cuma kena rajin sikitlah. Kalau diri sendiri tak jaga badan, siapa lagi nak tolong jagakan. Ye tak…?



    Sumber : s2u.my ›
    "Kepala Hotak Kamu"
    "Kepala Bana Kamu"
    "Kepala Hotak Kamu Kemballi"

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Age
    2010
    Posts
    Many
     

  3. Gempak Hardcore Apple's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    Cybertron...
    Posts
    1,862
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #2
    'Atau nama lebih canggih, hiperpigmentation'....

  4. Gempak Hardcore rock6087's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    Klate(negeri yg indah)
    Posts
    1,268
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #3
    nasib baek yg aku putih...
    any way..nice share big bos...

  5. Gempak Hardcore PyanceZ's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2010
    Location
    east blue
    Posts
    1,387
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #4
    nice share....

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List