Close
Login to Your Account


Results 1 to 2 of 2
  1. #1
    Status
    Offline
    shiro_nakata's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Sep 2011
    Posts
    2
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default kesan dan akibat merokok

    Kesan dan Akibat Perokok Aktif dan Perokok Pasif...!!!



    Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

    Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok.

    Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini.

    Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah.

    Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru.

    Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

    Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.


    Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

    Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

    Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

    Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

    Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
    - Melahirkan bayi yang kurang berat badan
    - Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
    - Lebih terdedah kepada kanser
    - Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

    Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
    - Lebih mudah mendapat lelah
    - Mendapat jangkitan paru-paru
    - Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
    - Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


    Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
    Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

    Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


    Faedah Berhenti Merokok
    - Hidup lebih lama
    - Dapat menghindari racun
    - Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
    - Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
    - Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
    - Meningkatkan deria rasa dan bau
    - Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
    - Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


    Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
    - Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
    - Yakinkan diri
    - Buat nota peringatan
    - Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
    - Tumpukan pada hari ini
    - Sentiasa berfikiran positif
    - Dapatkan sokongan
    - Lawan keinginan untuk merokok
    - Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
    - Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok




    saya berharap kepada perokok tegar supaya berhenti lah merokok........ini amat memberi kebaikan dimasa hadapan>>>>><<<<<


    Last edited by D.; 30-01-2013 at 09:40 PM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    SchzPutra's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,534
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    24 Post(s)

    Default

    nice for sharedtapi salah parking la...MOVE THREAD dan yg penting baca rules dulu
    Last edited by SchzPutra; 28-09-2011 at 08:56 PM.

    http://3.bp.blogspot.com/-Issgg51LEpc/UPDeXfqpiRI/AAAAAAAABr0/gitAf6kEkIk/s320/thanks.gif

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •