DAFTAR
Close
Login to Your Account
Results 1 to 1 of 1
  1. Gempak Junior Pewangi Kereta's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    91
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #1
    Hello! Hari ini saya akan sediakan satu video untuk menambahkan pengetahuan kita tentang ilmu dewasa.Ringkas sahaja bukan kelas biologi form 5 tapi sedikit perkongsian ilmu untuk kita semua.



    Apabila persetubuhan berlaku di antara suami dan isteri, suami akan mengeluarkan benihnya iaitu air mani yang mengandungi sperma ke dalam vagina isteri. Sperma tersebut akan berenang menerusi rahim si isteri dan berlaku persenyawaan dengan benih isteri(ovum) di tiup fallafio jika isteri dalam keadaan subur.

    Ia bermula apa apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia berubah menjadi manusia yang mempunyai lebih dari 2 trilion sel.

    Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. Selepas mereka bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukkan sperma yang lain.

    Terdapat juga keadaan dimana ovari mengeluarkan lebih dari satu telur dalam masa yang sama dan sekiranya kedua-dua ovum tersebut disenyawakan oleh sperma kelahiran kembar akan terjadi.

    Sperma dan ovum yang bersatu ini dipanggil ZYGOTE. Zygote mempunyai 46 chromosom. Dua puluh tiga dari isteri dan 23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu bahan genetik yang bakal menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi anda.

    Sumber :

    http://petuadewasa.blogspot.com/2011...aku.html#links
    Last edited by Pewangi Kereta; 15-12-2011 at 04:00 PM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List