Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Status
    Offline
    are_naz's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    151
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Keuntungan Di Bulan Yang Mulia Penuh Barakah

    Selalunya semasa tibanya Bulan Ramadhan di Malaysia di mana semua umat Islam berpuasa, akan menjadi agak sukar untuk menjana keuntungan yang baik sebagai seorang usahawan internet.

    Barang-barang atau produk-produk yang laris pada bulan-bulan lain, akan mendapat permintaan dan pembelian yang kurang apabila tibanya bulan Ramadhan.

    Ini adalah kerana sebilangan besar daripada pembeli di pasaran Malaysia beragama Islam dan mereka lebih menumpukan masa dan fikiran mereka di dalam menjalani ibadah Puasa dan juga melakukan ibadah-ibadah lain pada masa tersebut. Mereka tidak akan terfikir untuk membeli barangan atau produk-produk yang mungkin mereka akan berminat untuk membeli pada bulan-bulan lain.

    Jadi adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi cabaran kekurangan keuntungan pada waktu tersebut?

    Adakah anda telah menyusun strategi lain untuk menjana wang daripada keadaan tersebut?

    Jika belum, di dalam artikel pada kali ini saya ingin berkongsi strategi mudah yang boleh membantu anda untuk menjana wang semasa Bulan Ramadhan ini.

    Walaupun barangan dan produk-produk biasa tidak akan laku pada masa tersebut, masih terdapat barangan dan produk-produk yang PASTI akan mendapat permintaan iaitu yangberkaitan dengan perayaan Hari Raya yang akan tiba selepas Bulan Ramadhan nanti!

    Di samping umat Islam semua menjalani ibadah puasa, sudah pasti mereka juga akan mula bersedia untuk menyambut tibanya Hari Raya Aidilfitri. Ini merupakan peluang terbaik anda untuk menjana keuntungan pada bulan yang berkat ini.


    Berikut saya senaraikan beberapa idea barangan yang boleh anda jual secara online semasa tibanya Bulan Ramadhan nanti:

    1. Kuih Raya

    Ini merupakan di antara barangan yang paling laris terjual semasa bulan puasa. Sebilangan besar kaum wanita akan mula mencari-cari bekalan kuih raya untuk dibeli sebagai persiapan untuk menjamu tetamu semasa Hari Raya nanti. Oleh itu, anda boleh mengambil peluang mudah daripada permintaan pasaran pada masa itu.

    2. Baju Raya

    Ini juga merupakan salah satu barang yang laris semasa Bulan Ramadhan nanti. Sudah pasti semua orang tidak mengira tua atau muda, lelaki atau wanita akan mula mencari baju raya yang akan mereka pakai apabila tibanya Hari Raya nanti. Baju raya yang saya maksudkan ini tidak semestinya baju melayu atau baju kurung sahaja. Sebarang pakaian seperti T-Shirt, kemeja atau baju lain juga akan mendapat permintaan sekiranya ia mempunyai rekaan yang menarik dan sesuai untuk pergi "beraya".

    3. Kad Raya

    Di sini terdapat dua peluang yang boleh anda perolehi iaitu menjual kad raya dalam bentuk fizikal atau menjual kad raya dalam bentuk elektronik. Kad raya fizikal merupakan kad raya biasa yang boleh kita poskan kepada orang lain. Walaupun pada zaman sekarang teknologi sudah canggih, masih terdapat ramai lagi orang yang masih suka menghantar kad raya dalam bentuk fizikal. Mereka menganggap menghantar kad raya dalam bentuk fizikal mempunyai lebih personal touchberbanding menghantarnya secara elektronik. Namun demikian, terdapat golongan yang lebih technology savvy, mereka lebih suka menghantar kad raya dalam versi elektronik. Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang grafik, anda boleh menghasilkan kad raya elektronik khas yang boleh anda jual kepada orang lain. Dengan cara ini, reputasi anda akan meningkat kerana anda menghasilkan kad raya elektronik yang lebih menarik berbanding kad raya fizikal biasa.

    4. Sampul Duit Raya

    Apabila tibanya Hari Raya, perkara yang wajib disediakan adalah sampul duit raya. Apabila kanak-kanak tiba di rumah anda untuk beraya, maka sebagai tuan rumah kita perlu menghulurkan duit raya. Oleh itu, ia merupakan satu barang yang menarik dan pasti laris dijual pada Bulan Ramadhan ini. Kita selalu melihat syarikat-syarikat besar menggeluarkan sampul-sampul duit raya mereka yang selalunya nampak biasa saja. Apa kata jika anda menghasilkan sampul duit raya yang lain dari yang lain dengan rekaan yang lebih menarik dan hebat? Sudah pasti ramai orang ingin mendapatkan sampul duit raya yang anda jual. Jika anda mampu memberikan kebebasan kepada si pembeli untuk memilih rekaan atau susunan di atas sampul duit raya mereka sendiri, maka ia akan meningkatkan permintaan terhadap sampul duit raya anda itu.


    http://tinyurl.com/sepakanduit-11



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •