Close
Login to Your Account


Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    Status
    Offline
    Heliza's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Nothing Hill
    Posts
    6,138
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    45 Post(s)

    Default Cara membuang virus shortcut di dalam pendrive dan external hard disk

    aku nak berkongsi 1 tutorial yang mungkin berguna untuk korang yang ade masalah file menjadi shortcut akibat virus...



    Sekarang ramai betul orang kena virus shortcut nie. Bila dah infected, semua file dalam pendrive ataupun external hardisk akan jadi shortcut dan file asal tidak lagi kelihatan. Tidak kurang juga, virus shortcut ini menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage dan disable task manager, regedit atau sebagainya.
    Ada orang terus format, tapi akibatnya file akan hilang dan rugi banyak benda. Jom saya tunjukkan cara membuang virus shortcut ini tanpa perlu format balik pendrive atau external hard disk.

    1. Gunakan Antivirus yang berkesan

    Laptop kawan saya pernah kena virus ini dan dia pakai avast antivirus. Dah pakai latest definition tapi malangnya bila scan satu habuk tak jumpa pun virus. Jadi pastikan pakai antivirus yang reliable.
    Saya cadangkan pakai Microsoft Security Essential (link) + Super Antispyware (link) untuk perlindungan kepada sistem windows anda. Dua-dua perisian tu percuma.

    2. Buat selective scan/custom scan


    Selective scan bermaksud scan guna antivirus hanya pada drive yang infected ataupun scan running processes/memory. Ini bertujuan untuk menghapuskan proses virus yang sedang aktif dalam background, serta menghapuskan file2 virus dalam pendrive atau shortcut dengan lebih pantas.
    Kalau buat full scan lama sangat masa yang perlu diambil.

    3. Unhide hidden file
    Lepas scan dengan MSE patutnya virus shortcut dalam pendrive semua dah kena delete. Jika ada shortcut2 lagi yang tertinggal anda boleh control + A kemudian delete shortcut tersebut.
    Sebenarnya, file2 dalam pendrive anda bukannya musnah dan menjadi shortcut, tetapi virus tersebut telah membuat semua file dalam pendrive anda menjadi superhidden. Shortcut2 tu sebagai taktik untuk mengelirukan mangsa supaya salah sangka file2 mereka telah musnah dan mereka harus format pendrive untuk mengembalikan kepada asal.

    - Cara manual,

    -Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.

    -Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:*.* /d /s -h -r -s

    -Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:*.* /d /s -h -r -s

    -Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

    - Cara mudah

    Gunakan software Hidden file Tool : Download Hidden File Tool. Kemudian run, dan ikut langkah berikut.


    Ok, pada bahagian open path buka direktori pendrive atau external hard disk anda. Contohnya J:. Dan pada bahagian filter delete *.* dan biarkan kosong. Pada bahagian attributes click pada Hidden dan System. Kemudian tekan scan dan file2 anda yang hilang akan dijumpai, dan anda boleh lihat attribute bagi file2 yang hilang ini ialah HSA membawa maksud superhidden.
    Superhidden file tidak boleh dilihat dengan mudah seperti anda show/hide hidden file dalam folder options.


    Untuk restore file2 yang superhidden, tekan shift dan highlight semua file yang hendak direstore. Kemudian tekan change, dan tunggu sebentar file2 tersebut akan direstore kembali.
    Cuba periksa pendrive atau external hardisk anda, kalau dah berjaya restore tahniah diucapkan.

    4. Periksa kehadiran malware/spyware lain dalam komputer anda

    Mungkin dalam komputer anda masih ada saki-baki malware lain yang tertinggal? Jadi menggunakan perisian seperti superantispyware anda boleh scan dan jika jumpa terus hapuskan malware tersebut.

    5. Buat full scan antivirus + antispyware

    Jika anda ada masa baru buat full scan pada windows anda. Sebab saya tak nasihatkan anda buat full scan pada awal2 lagi sebab full scan biasanya mengambil masa sangat lama. Anda hanya perlu hapuskan file2 tertentu sahaja.

    6. Buat scan dalam safe mode

    Jika perlu, atau mungkin virus tidak dapat didelete dalam windows biasa, anda mungkin terpaksa membuat full scan menggunakan windows dalam safe mode. Caranya, tekan f8 masa windows start.
    Selamat mencuba, guide nak unhide hidden folder tu dah lama saya tulis sejak 2009 lagi tapi nampaknya masih relevan lagi sekarang.


    kredit : jomPHP.com



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Online
    luq_haqem's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    May 2010
    Posts
    16,355
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default

    terbaek nih..byk da aku kne cma nih...
    Ok Ok Ok saya tahu saya lelaki yang kacak, Terima Kasih sebab bukak signature nih

  4. #3
    Status
    Offline
    khalid8912's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Dec 2010
    Posts
    1
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    TERIMA KASIH BANYAK. SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA. WASALLAM

  5. #4
    Status
    Offline
    nurmustaqim's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Feb 2011
    Posts
    93
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kalau anti virus korang xleh detect ataw x dapat nak sttle kan mslh korang,korang boleh guna cara ni..cara paling simple yang aku buat..



    Korang taip file:/// di my computer yang letak anak panah tu...Lepas tu taip apa jenis huruf external@pendrive korang,contohnya dalam bulatan merah yang aku buat tu.. pastu korang sambung semua........contohnya akan jadi macam ni...file:///h:/ ....lepas tu tekan enter..pas tu akan kluar apa yang korang simpan dala pndrive korang...trai dulu...insyaallah menjadi...selamat mencuba..
    Last edited by nurmustaqim; 30-03-2011 at 06:32 PM.

  6. #5
    Status
    Offline
    bravoquery's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    May 2010
    Location
    kedai mamak yg ade wifi
    Posts
    130
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    very useful tut... thanks bro ...

  7. #6
    Status
    Offline
    Ame
    Ame's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Sep 2009
    Posts
    562
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    aku pernah kene mcm ni...
    aku langsung takleh nak buang virus tu...
    zpharaoh.exe n Tazebama.dll...
    aku delete jek file tu pastu die ade balik.
    sume folder die wat shortcut.
    ape care terbaik n mudah??
    aku dah wat dalam safe mode (n disable sys restore) pun tak jadi.
    korang ade idea tak???

  8. #7
    Status
    Offline
    mrehman's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Mar 2011
    Posts
    80
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    thanks....sangat sangat membantu

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •