DAFTAR
Close
Login to Your Account
Results 1 to 10 of 10
  1. King Of Gempak KiuT-MiuT's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    10,838
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    69 Post(s)
    #1
    untuk yg selalu komplen Ubuntu xder downloader IDM, DownThemAll boleh jadi download manager yg build in dgn Firefox

    windows user pon boleh guna.. fungsi sama mcm IDM or FDM or DAP

    ini di kopi pes sejibik dari belog org lain

    Siapa yang terbiasa menggunakan Firefox sebagai pelayar web harian pasti tahu ia tidak mempunyai pemuat turun lalai yang bagus terbina dalamnya. Oleh itu kita terpaksa menggunakan sumber luar dan antaranya ialah Addon DownThemAll (Download Them All) atau singkatannya DTA. Popularitinya meningkat dengan begitu cepat dan hebat sekali kerana yang pertamanya, ia adalah Addon sumber terbuka dan kedua ia 100% percuma.

    DTA dikatakan dapat membantu mengakselarasi kelajuan muat turun sehingga 400%. Ia angka yang sangat tinggi. Namun sejauh mana kebenarannya? Senang saja. Jika kelajuan internet anda lemau kurang dari 1mbps, janganlah berharap ia akan laju seperti 1gbps.


    Tapi jika anda mahu melakukan sedikit 'tweak' untuk menambah baik DownThemAll, anda boleh cuba tips dari Mr.Hac ini.

    1. Pertama sekali pasangkan Addon DownThemAll di sini -> DTA

    2. Buka tetapan DTA melalui Tools -> Add-ons. Tidak banyak yang dapat kita tweak melalui ruang tetapan ini tetapi anda boleh cuba buka dan ubah satu demi satu. Contohnya seperti paparan skrin di bawah.

    i) Di bahagian 'Network', jika anda mempunyai kelajuan 1mbps ke bawah, lebih baik biarkan ia kepada tetapan asal. Tetapi jika anda mempunyai kelajuan atas dari itu antara 4-5mbps hinggalah kepada 1gbps, anda boleh ubah Concurrent Downloads sehingga kepada angka 16, dan Downloads Per Server kepada 8-10.


    ii) Di bahagian 'Advance', di bawahnya ada tetapan 'Advance download control'. Dari angka 5, ubah ia kepada nilai antara 7 hingga 10.


    iii) Di bahagian Miscellaneous tukarkannya kepada 'Fast - As queued'.


    3. Setelah itu, sila pasangkan Addon FireDownload 2.0 di sini -> FireDownload 2.0

    Jika anda menggunakan Firefox versi 4 ke atas, ia tidak serasi (compatible) untuk dipasangkan. Oleh itu, sila gunakan Addon Compatibilty Reporter untuk mematikan fungsi 'compatibility check'. Bagi Firefox versi 8, kalau tak silap ia tidak perlu lagi dipasang kerana fungsi itu sudah dimatikan secara lalai.

    Setiap kali anda mahu memuat turun sesuatu fail dari internet, apabila keluar kekotak seperti di bawah, sila tandakan sekali pada kotak 'Accelerate with FireDownload'. seperti contoh pada paparan skrin di bawah.


    Hasilnya kelajuan muat turun anda akan bertambah sedikit. Seperti pada paparan skrin di bawah (143.2kbps), untuk pakej internet berkelajuan 1mbps yang Mr.Hac gunakan sekarang, paling tinggi DownThemAll boleh mencecah sehingga 200kbps, tetapi tak lama la! (Kejap-kejap je). Kira ok la tu kan?
    Ok. Jangan lupa kongsikan tips ini dengan kawan-kawan!


    dari 124.7kbps naik sikit ke 143.2 kbps

    kalau internet laju mcm ni.. x tweak pape pon dah puas hati




  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. Gempak Junior
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2010
    Posts
    56
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #2
    nice tip....

  4. Gempak Hardcore Ahmad Waci's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Sep 2010
    Location
    The State of Kelantan
    Posts
    2,371
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #3
    good tutorial..

    Awak ni rajin la . Thanks sebab baca signature saya . Kbye . ^_^




  5. Gempak Hardcore
    Status
    Offline
    Join Date
    Jul 2011
    Posts
    1,233
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #4
    wow.best ni aku mmg pki downthemall tu.tp xthu plak boleh tweak lg pki firedownload.thx bro

  6. Gempak Lover Eqhwan Sotsot's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2011
    Location
    Depan LaptOp
    Posts
    456
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #5
    nice share .

  7. Gempak Lover betelguese's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Dec 2011
    Posts
    359
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #6
    ambe x gune ubuntu..haha..pengikut setia windows...kalau nk guna linux, ambe hanye gune ntuk cracking wifi password ngn OS backtrack 4....kah3...

  8. Gempak Hardcore heavenmeetearth's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2010
    Posts
    1,844
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    1 Post(s)
    #7
    this 1 better than idm?

  9. King Of Gempak ahoyhoi's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    nevada
    Posts
    6,581
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #8
    nape firefox ak xsupport ???

  10. King Of Gempak BuDak Geek's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    May 2010
    Location
    Qlate
    Posts
    4,596
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #9
    firefox 10 x support firedownload... hrp maklum


  11. King Of Gempak ahoyhoi's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    nevada
    Posts
    6,581
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #10
    Quote @BuDak Geek View Post
    firefox 10 x support firedownload... hrp maklum

    la gitu ke...version bpe leh support?

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List