Close
Login to Your Account


Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    SOL BADGUY
    SOL BADGUY's Avatar

    Default Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows

    Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backupkepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restoresahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.
    Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.
    Anda boleh mendapatkan Norton Ghost versi percubaan di sini. Namun saya sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket yang anda boleh perolehi dari mana-mana kedai yang berhampiran :p
    Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:

    Buat Backup Ghost Pada Partition

    1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
    2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
    3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
    4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.
    5. Pilih partition yang anda hendak backup.
    6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
    7. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.
    Restore Fail Ghost Kepada Partition

    1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
    2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
    3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
    4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.
    5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.
    6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.
    7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.
    8. Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.





  2. The Following 2 Users Say Thank You to SOL BADGUY For This Useful Post:


  3. # ADS
    Circuit advertisement
     

  4. #2
    Status
    Offline
    Fou_Lu's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Mount Terror
    Posts
    4,200
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Ini rupanya kegunaan Norton Ghost ni, backup, install ke pc lain lagi cepat

    thanks SOL
    Meatball Beam! Meow!

  5. #3
    Status
    Offline
    Eman2013's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Mar 2011
    Location
    iApples@Gempak.Org
    Age
    13
    Posts
    1,461
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Link download for premium please..

  6. #4
    Status
    Offline
    Neo
    Neo's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    Hatnyai Jual Body
    Age
    20
    Posts
    958
    Mentioned
    4 Post(s)

    Default

    Quote @iApples View Post
    Link download for premium please..
    cari sendiri please, google kan ade
    Hidden Content
    Hidden Content style="font-family: comic sans ms">



  7. #5
    Status
    Offline
    Eman2013's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Mar 2011
    Location
    iApples@Gempak.Org
    Age
    13
    Posts
    1,461
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @Neo View Post
    cari sendiri please, google kan ade

    Dah usaha dah.. Tak jumpe.. Susah ! Kalau bleh, nak yang CD / USB Flashdrive version punyer.. Sekali dgn tutorial..

  8. #6
    Status
    Offline
    faizuldin zaid's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Marang,Terengganu Darul Iman
    Age
    25
    Posts
    820
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bergunanya info ni

  9. #7
    Status
    Offline
    Avenged's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    May 2011
    Location
    Langkawi
    Posts
    2,286
    Mentioned
    3 Post(s)

    Default

    Guru, Nice Sharing, jasamu takkan ku lupakan

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •