Close
Login to Your Account


Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    Status
    Offline
    TechnOveruleZ's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Luar Dari Bimasakti
    Posts
    3,260
    Mentioned
    11 Post(s)

    Default Nyaris dipenjara kerana nafsu berbelanja

    KUALA LUMPUR: Akibat ketagih membeli-belah, seorang eksekutif jualan hampir meringkuk dalam penjara kira-kira dua tahun lalu apabila perbuatannya mencuri wang rakan baik sendiri sebelum membelanjakannya untuk membeli pakaian dan kasut baru dapat dihidu rakannya itu.

    Hanya mahu dikenali sebagai Arina, 23, dia kini begitu menyesali perbuatannya kerana selain kehilangan teman rapat yang sudah dikenali sejak hampir 10 tahun, rakan lain juga seolah-olah menghindarkan diri daripadanya, malah hampir dibuang kolej kerana rakannya itu membuat laporan polis.

    Bagaimanapun, katanya, rakannya menarik semula laporan berkenaan dipercayai disebabkan persahabatan yang sudah terjalin sekian lama selain atas rasa belas kasihan.

    Mengimbau semula kisah silamnya, Arina berkata, dia tidak begitu bijak menguruskan kewangan memandangkan ketika itu masih belajar di sebuah kolej swasta.

    Katanya, disebabkan kebanyakan rakan lain memakai barang berjenama serta hidup mewah walaupun masih belajar, dia juga berkeinginan memiliki kehidupan serupa.

    Arina yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan agak bernasib baik kerana rakan sejak zaman persekolahannya juga menuntut di kolej sama dan mereka membuat keputusan menyewa rumah berhampiran kolej dan berkongsi bilik.

    “Saya tidak menyalahkan sesiapa selain diri sendiri serta hasutan syaitan yang begitu kuat ketika itu. Mana tidaknya, saya begitu berani mengambil kad ATM dari dompet rakan baik secara diam-diam sebelum mengeluarkan wang dari akaun terbabit sebanyak RM1,000 yang saya gunakan untuk berbelanja.

    “Kad terbabit kemudiannya saya letakkan kembali dalam dompetnya dan selang beberapa hari selepas itu, dia (rakan baik) mengajak saya ke balai polis untuk membuat laporan kehilangan wang berkenaan, namun saya berdolak-dalik kerana sedar itu perbuatan saya,” katanya.

    Arina berkata, dia diberitahu seorang lagi rakan, laporan polis itu ditarik semula sebaik rakannya mengetahui dialah angkaranya.

    Menurutnya, kejadian itu menyedarkannya betapa tabiat ‘shopping’ yang teruk pada dirinya perlu diubah dan kini dia hanya berbelanja ketika mempunyai lebihan wang serta mengelak daripada berhutang.

    “Saya begitu menyesal. Hanya kerana gilakan ‘shopping’, saya sanggup mencuri dan paling teruk, mangsanya adalah rakan baik saya sendiri. Diharap kisah saya dapat dijadikan pengajaran kepada mereka yang gemar membeli-belah supaya dapat mengawal tabiat terbabit sebelum ia memakan diri sendiri,” katanya





    Hidden Content
    Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!

    Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Syahz's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,120
    Mentioned
    5 Post(s)

    Default

    ni la kawan makan kawan...biat pape ase bergaye
    Positive Attitude In
    Negative Situation

  4. #3
    Status
    Offline
    Muhdfie3's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2011
    Location
    Penang
    Age
    20
    Posts
    1,396
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    nsb la dh insaf...tp kwn yg bek ssh nk crik...

  5. #4
    Status
    Offline
    gaitzpaly's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    bilik gelap
    Age
    22
    Posts
    1,987
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @Joe View Post
    ni la kawan makan kawan...biat pape ase bergaye
    stuju2
    Hidden Content
    ~ I'm Gempakrian ~

  6. #5
    Status
    Offline
    syahimran69's Avatar
    Banned
    Join Date
    Nov 2011
    Posts
    729
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @Muhdfie3 View Post
    nsb la dh insaf...tp kwn yg bek ssh nk crik...
    Pasal tertangkap ler kononnya menyesal..kalau tak..xkan menyesal punya.....nama jer pelajar..tapi bod0h tahap gaban xbole gunakan akal yg waras...sedar ler awak org susah...lagak hidup nak mcm org kaya...dasar melayu susah yg tak sedar diri..nasib baik dah sdar diri, kalau buat lagi..sumbat ajer dlm penjara

  7. #6
    Status
    Offline
    kaito_kid91's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    sandakan sabah
    Posts
    23
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bguslah kalau dya menyedari kesalahannya :)

  8. #7
    Status
    Offline
    zlywise's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Sekadar Menumpang Dibumi Allah
    Posts
    1,506
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Patutnya jangan tarik laporan tu. Cuma si pengadu berhak meminta polis/mahkamah mengenakan hukuman minima =x

  9. #8
    Status
    Offline
    silentY_U5's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Aug 2011
    Posts
    360
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @syahimran69 View Post
    Pasal tertangkap ler kononnya menyesal..kalau tak..xkan menyesal punya.....nama jer pelajar..tapi bod0h tahap gaban xbole gunakan akal yg waras...sedar ler awak org susah...lagak hidup nak mcm org kaya...dasar melayu susah yg tak sedar diri..nasib baik dah sdar diri, kalau buat lagi..sumbat ajer dlm penjara
    nasihat lebih baek dari mengata....peace

  10. #9
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,419
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kwan pun klau dh amik brg xgtau sape bley sabar...
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  11. #10
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,322
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default

    ehe..kadang2 nk kene berlaku sesuatu baru ley insaf..tp klau dengan cara yang elok lagi baik...

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •