Results 1 to 10 of 17
Thread: Saiful Apek Lepas Bebas
-
25-06-2012, 04:33 PM #1
Saiful Apek Lepas Bebas

Saiful Apek bersama peguam, Mohd Fadly.
PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan menggunakan dadah, dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff.
Saiful Apek dan tiga rakannya didakwa menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Ahmad Solihin membebaskan Saiful Apek dengan mengemukakan lima alasan utama penghakiman.
Menurutnya, pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengemukakan isu berkenaan percanggahan tarikh di label botol sampel air kencing; penyimpanan sampel yang terlalu lama; mempunyai dua borang ujian pengesanan air kencing serta gagal membuktikan elemen kalibrasi dan kawalan kualiti dalam ujian pengesanan.
Mahkamah juga mendapati kegagalan pendakwaan mengemukakan botol sampel air kencing telah melonggarkan kes pendakwaan.
"Pendakwaan dengan ini gagal membuktikan kes (prima facie). Tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.
Sementara itu, Saiful Apek ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa terharu terhadap keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai bukti bahawa dia di pihak yang benar.
Beliau berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan.
"Saya percaya kepada undang-undang dan perlembagaan. syukur rezeki tetap ada," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
Latest Entries
- Pencuri malang teruk dibelasah
- Ibu pinjam ah long, anak akan dirogol
- Dikelar kerana langgar bahu
- Jangka hayat kaum lelaki pendek
- Padah memandu tanpa lesen
- Lelaki maut selepas mencuri
- Punca orang Kelantan obesiti
- Cubaan kedua curi kibas gagal
- Umcedel: BR1M penyumbang kemenangan BN
- Maut digilis treler 22 tan
"If I come to the US I will get so sued that I won't get out of the US for quite a while."
-
25-06-2012 04:33 PM # ADS
-
25-06-2012, 04:47 PM #2
-
25-06-2012, 04:51 PM #3Status
- Offline
-
Banned
- Join Date
- Nov 2011
- Posts
- 729
- Mentioned
- 0 Post(s)
hahahahahhaha undang malaysia....dah sah msa cite ni 2 tahun lepas dia kena tangkap positif dadah...hairan mcmana bole lepas.....Mlalaysia Boleh................
..Apapun tahniah apek...ko bebas sebab bukti tak kukuh kononnya.......tahniah5x
-
25-06-2012, 05:50 PM #4Status
- Offline
-
Gempak Newbie
- Join Date
- Dec 2010
- Posts
- 45
- Mentioned
- 0 Post(s)
-
25-06-2012, 06:09 PM #5
-
25-06-2012, 06:26 PM #6
-
25-06-2012, 07:25 PM #7Status
- Offline
-
Respected Members
- Join Date
- Sep 2010
- Location
- Paka Jaya Ranau Sabah
- Posts
- 2,664
- Mentioned
- 0 Post(s)
dah begitu keputusan mahkamah, bukti tak kukuh.. pendakwaraya boleh memainkan peranan sekiranya ada kenyataan yg bercanggah.. artis tak artis, ameng spring pun dah merengkok dlm penjara..
-
25-06-2012, 07:27 PM #8Status
- Offline
-
Gempak Lover
- Join Date
- Aug 2011
- Posts
- 360
- Mentioned
- 0 Post(s)
-
25-06-2012, 07:31 PM #9Status
- Offline
-
Banned
- Join Date
- Nov 2011
- Posts
- 729
- Mentioned
- 0 Post(s)
Aku tak pernah dengki dgn apek atau sesiapa jer artis ...bagi aku artis bukan ler sebaik idola..kebanyakkannya adalah perosak generasi dgn hal2 daadah, maksiat, botol arak , zina dan sebagainya..pasal dia artis ler aku komen mcm tu....xde istilah dengki dlm hidup aku..aku dah masak sgt dgn artis sejak zaman, 80an, 90an, 2000 dan sekarang
-
25-06-2012, 07:58 PM #10Status
- Offline
-
Gempak SuperStar
- Join Date
- Aug 2010
- Location
- sungai petani
- Posts
- 725
- Mentioned
- 0 Post(s)
biasa lew tue...kalau ad duit negara pon boleh beli....
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Jack Sparrow
Quote

fenim2...da lame da citer ni,dlu positif tp lepas lak






Image google