Close
Login to Your Account


Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    Status
    Offline
    TechnOveruleZ's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Luar Dari Bimasakti
    Posts
    3,206
    Mentioned
    10 Post(s)

    Default Orang hidup didakwa mati

    PETALING JAYA: Cubaan seorang kakitangan sebuah syarikat pengurusan unit amanah mengebas RM400,000 dengan memalsukan sijil kematian dua peserta gagal apabila perbuatan pecah amanah itu berjaya dihidu pihak pengurusan.
    Kakitangan wanita berusia 36 tahun itu dikesan membuat pengeluaran wang daripada polisi kumpulan jangka hayat seorang peserta pada 20 Mac lalu.

    Wang RM200,000 itu dikeluarkan melalui syarikat pengurusan unit amanah cawangan Bandar Sri Damansara sebelum dibayar kepada seorang penama berikutan peserta berkenaan sudah meninggal dunia.
    Menurut sumber, wang ratusan ribu ringgit itu dibenarkan pengeluarannya berdasarkan beberapa pensijilan seperti salinan laporan kematian dan kenyataan doktor yang disahkan kakitangan terbabit.

    “Bagaimanapun pihak pengurusan yang menjalankan siasatan lanjut dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati tiada rekod mengenai kematian peserta berkenaan.

    “Lebih mengejutkan, peserta berkenaan masih hidup menyebabkan syarikat pengurusan unit amanah itu terpaksa menanggung kerugian RM200,000 kerana wang itu sudah dibayar,” katanya.


    Sumber berkata, susulan kejadian itu pihak pengurusan menjalankan siasatan lanjut sebelum menemui satu lagi cubaan penipuan daripada kakitangan sama bernilai RM200,000.

    “Kakitangan terbabit dikesan cuba menguruskan pengeluaran wang syarikat daripada polisi kumpulan jangka hayat seorang peserta yang didakwa sudah meninggal dunia.

    “Namun pemeriksaan dengan JPN mendapati tarikh kematian peserta itu diubah kepada setahun lebih awal daripada tarikh sebenar,” katanya.

    Katanya, pihak pengurusan segera membatalkan pembayaran wang kepada penama selepas salinan sijil kematian itu didapati disahkan oleh kakitangan terbabit untuk meluluskan tuntutan. “Mujur cubaan kali kedua kakitangan terbabit berjaya dihidu pihak pengurusan dan mereka membuat tindakan pencegahan bagi mengelak kerugian.

    “Pihak pengurusan turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes masih disiasat.




    Hidden Content
    Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!

    Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    nbtmdaro1976's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    79
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    .. cam tak caya plk.
    Perniagaan internet boleh menjana sehingga RM37,000 dengan hanya duduk di rumah
    NAK BUKTI???
    MASUK SINI : Hidden Content
    Hidden Content







  4. #3
    Status
    Offline
    Muhdfie3's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2011
    Location
    Penang
    Age
    20
    Posts
    1,382
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ske aty jer nk kebas duit org...dh le nme pengurusan unit amanah tp lngsung ta amanah

  5. #4
    Status
    Offline
    anizahra06's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Pasir Puteh, Kelantan
    Age
    27
    Posts
    580
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    harapkan pagar, pagar makan padi.... citttt, x boleh diharap langsung!

  6. #5
    Status
    Offline
    luq_haqem's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    May 2010
    Posts
    14,948
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    nie kes2 tak amanah ler nih...
    Ok Ok Ok saya tahu saya lelaki yang kacak, Terima Kasih sebab bukak signature nih

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •