Results 1 to 10 of 14
-
19-07-2012, 01:07 PM #1
Anak dicabul, ibu tunggal dakwa dihalau guru besar

SHAH ALAM – Seorang ibu tunggal mendakwa bukan hanya dimarahi malah dihalau guru besar ketika dia cuba mendapatkan penjelasan berhubung kejadian cabul melibatkan anaknya, baru-baru ini.
Wanita yang mempunyai tiga anak itu, dikenali Maryam, 32, dihalau guru besar di sebuah sekolah agama di sini, kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.
Maryam mendakwa, guru besar sekolah tersebut memarahi dan menghalaunya kerana dia membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku terhadap anak perempuannya yang berusia 9 tahun itu.
Menurut Maryam, kejadian cabul itu berlaku ketika anaknya berada di sekolah pada 8 Mei lalu.
“Apabila pulang daripada sekolah dia (anak) menceritakan rakan sekelasnya sering usik payu dara dan kemaluannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Maryam yang juga kerani Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu berkata, keesokannya dia bertemu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dan menceritakan kejadian itu.
Menurutnya, dia diarahkan mengisi borang aduan salah laku murid dan PKHEM berjanji akan merujuk perkara tersebut dengan guru disiplin serta guru besar.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mendapat sebarang berita berhubung aduan yang dibuat.
“Sekali lagi saya bertemu dengan PKHEM iaitu tiga minggu selepas aduan dibuat, tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan.
“Setelah berfikir dan mendapatkan nasihat, saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis lalu,” katanya.
Maryam mendakwa, dia yang bekerja di pejabat PIBG di sekolah tersebut bagaimanapun diarahkan keluar daripada sekolah selepas laporan polis itu diketahui oleh guru besar.
“Dia (guru besar) kata sekiranya saya tidak berpuas hati dan ada masalah, saya perlu keluar serta membawa semua barang di dalam pejabat,” dakwanya.
Menurutnya, disebabkan itu, dia membuat satu lagi laporan polis di IPD Shah Alam, kelmarin.
Katanya, dia juga sudah membuat aduan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga.
“Saya terkilan dengan apa yang berlaku. Saya mahu menuntut keadilan bagi anak saya tetapi tidak disangka diri saya turut menjadi mangsa,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...-besar-1.67998
Latest Entries
- Tiga Suspek Dera Isteri Ditahan
- Ketua Samun Upah Gula-gula
- Meninggal Dalam Lokap Lepas Mengadu Sakit Dada
- Tak Sanggup Lihat Jenazah
- Nenek 7 Cucu Ditahan Dipercayai Edar Dadah
- Pengawal Landasan Digilis Kereta Api
- RON97 Turun 20 Sen Mulai Malam Tadi
- Azizan: Reda Kaki Dipotong
- Pegawai Kanan Tabung Haji Dicekup Khalwat
- Lampias Nafsu Dalam Kereta
-
19-07-2012 01:07 PM # ADS
-
19-07-2012, 01:19 PM #2
-
19-07-2012, 01:22 PM #3
sepatutnya masaalah begini diselesaikan secara baik....ini sebaliknya berlaku, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
-
19-07-2012, 01:42 PM #4Status
- Offline
-
Gempak Newbie
- Join Date
- Jun 2012
- Posts
- 34
- Mentioned
- 0 Post(s)
bUduh puya guru besar nma skola agame tp xbtgjwb...ptot ny slasiikn la..nie halau org buang je la pngkt sbgi guru bsar..xgune
-
19-07-2012, 02:35 PM #5
-
19-07-2012, 03:52 PM #6
-
19-07-2012, 03:58 PM #7
mak 2 mcm lawa jer....
-
19-07-2012, 05:09 PM #8Status
- Offline
-
Gempak Junior
- Join Date
- Jun 2011
- Location
- Sebelah Rumah M.NASIR
- Posts
- 77
- Mentioned
- 0 Post(s)
guru besar macam ni p0n ada ???
-
19-07-2012, 05:46 PM #9Status
- Offline
-
Gempak SuperStar
- Join Date
- Mar 2010
- Posts
- 562
- Mentioned
- 0 Post(s)
betul n layak ker guru besar tu dpt jawatan..kadang2 aku mmg menyampah bila ada sikitilmu agama..dier guna tuk kpntngan sndri..kalo aku sbg bapa...dpt tau..mmg berdarah perut dier....xde tgjawab lnsng...
-
19-07-2012, 05:56 PM #10
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote
...bgi hentam je itu budak lg






Bookmarks