Close
Login to Your Account


Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    Status
    Offline
    alexx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    5,470
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Kecoh ikan gergasi masuk kampung




    BALING - Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.


    Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdeka-tan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.


    Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.


    Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.


    “Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.


    Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.


    “Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.


    Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh mengakibatkan pencemaran bau.


    “Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk,” katanya.


    Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan beriku-tan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap.


    Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu.




    sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ampung-1.69750


    Last edited by alexx; 24-07-2012 at 10:16 PM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    GAME_ON's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Sep 2010
    Location
    Penduduk Tak Tetap
    Posts
    2,530
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    dorng ni kene tgk lg river monster..br leh tau sebesar mane lg ikan sungai ni bole membesar
    Hi Si Newbie,Sile Tekan Link Yang Ade Kat Signature Aku Tentang Peraturan2 Yang Ade Kat Gempak.org Ni Ok?
    [GAME_ON]---- Hidden Content ----[GAME_ON]

  4. #3
    Status
    Offline
    qusairi's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    305
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    pergghhhh..kalu sentap batang joran nie..baru syokk...hahaha


  5. #4
    Status
    Offline
    alexx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    5,470
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    selalu gak tengok river monster, besar giler ikannya....ni salah satu dari specisnya,tapi sayang ikan ni dah mati pulak.

  6. #5
    Status
    Offline
    xrizalide's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Nov 2010
    Posts
    489
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    arapaima ni salah satu jenis ikan karnivor ganas seperti toman.. malahan lebih ganas.. dipercayai boleh menyerang manusia... eee... teringat aku kes yang tangan masuk dlm mulut ikan ni xlama dulu... casib baik da mati.. kalox bahaya ni...
    Aku bukan superstar, kaya dan terkenal, bukan saudagar yang punya banyak kapal, ku hanyalah orang yang ingin tutttttttttt.....

  7. #6
    Status
    Offline
    ZAINUHAL's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    46
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Tanam je nanti bau busuk pula...jangan makan benda dah mati 2 hari.

  8. #7
    Status
    Offline
    sambalbelok's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Feb 2012
    Location
    area Malaysia
    Age
    22
    Posts
    238
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @xrizalide View Post
    arapaima ni salah satu jenis ikan karnivor ganas seperti toman.. malahan lebih ganas.. dipercayai boleh menyerang manusia... eee... teringat aku kes yang tangan masuk dlm mulut ikan ni xlama dulu... casib baik da mati.. kalox bahaya ni...
    huyooo ade gmbarnye x die mkn tgn org..nak tgk...

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •