Results 1 to 3 of 3
-
01-08-2012, 03:50 PM #1Status
- Offline
-
Gempak Super Hardcore
- Join Date
- Mar 2012
- Location
- Luar Dari Bimasakti
- Posts
- 3,180
- Mentioned
- 4 Post(s)
300 kedai nasi kandar di P.Pinang tiada sijil Halal..

GEORGETOWN - Lebih 300 kedai nasi kandar di Pulau Pinang tidak mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Difahamkan, setakat ini hanya tiga kedai dan rangkaiannya memperoleh sijil halal iaitu Restoran Nashmir (Restoran Nashmir Nasi Kandar Sdn Bhd), Pelita Nasi Kandar (Pelita Samudera Pertama (M) Sdn Bhd) dan Restoran Kamalia.
Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Sihabutheen Kirudu Mohamed ketika dihubungi Sinar Harian mengakui kenyataan itu dan menganggap keadaan itu berlaku disebabkan sikap sambil lewa pengusaha terbabit.
Beliau berkata kebanyakannya memandang remeh isu pemilikan sijil halal menyebabkan mereka tidak membuat permohonan untuk mendapatkannya.
Menurutnya, walaupun Presma sudah berulang kali memberi nasihat kepada lebih 200 ahlinya dan 100 pengusaha kedai dan restoran nasi kandar lain agar mendapatkan sijil halal, namun masih ramai yang tidak menghiraukannya atau berusaha mendapatkan pengiktirafan sijil halal.
“Pelbagai alasan yang diberikan oleh segelintir pengusaha antaranya ada peniaga yang berniaga lebih 20 tahun mempersoalkan mengapa perlu mendapatkan sijil halal sedangkan sebelum ini tiada masalah yang timbul.
“Ada juga peniaga tidak mahu melalui pelbagai prosedur yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.
Beliau berkata persatuan sebelum ini kerap kali menerangkan kepada mereka mengenai kebaikan dan kelebihan memperoleh sijil halal namun mereka tidak mengendahkannya.
Sihabutheen berkata, disebabkan tidak mempunyai sijil halal, ada pengusaha nasi kandar sengaja meletakkan tulisan Jawi atau ayat al-Quran bagi memberi tanggapan bahawa premis mereka berstatus halal.
Tindakan itu, jelasnya, adalah sebagai cubaan mengelirukan pengguna terutama untuk menarik pelanggan beragama Islam datang ke premis mereka.
“Kita juga sudah memberi amaran kepada mereka ini agar tidak mengelirukan pelanggan dengan menggunakan ayat al-Quran.
“Menjual makanan yang halal bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan agama malah ia akan meyakinkan pelanggan untuk menikmati makanan yang dijual,” katanya.
Dalam pada itu Sihabutheen berkata, setakat ini lima Restoran Nasi Kandar Nashmir, 25 Restoran Nasi Kandar Pelita dan sebuah Restoran Kamalia sudah memperoleh sijil halal Jakim.
Difahamkan, empat rangkaian nasi kandar iaitu Restoran Jaya, Restoran Nasi Kandar Subaidah, Restoran Deen Baru dan Nasi Kandar Zamrud dalam proses memohon sijil halal.
Sementara itu, Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, Kerajaan Negeri amat menggalakkan pengusaha mendapatkan sijil halal yang sah dari Jakim.
Beliau berkata, pensijilan halal untuk premis makanan adalah berteraskan kebersihan, keselamatan selain servis makanan dan minuman yang bebas daripada sumber alkohol atau sumber haram yang lain.
“Dengan penjenamaan halal, pelanggan memperoleh keyakinan serta kepuasan terhadap premis dan servis makanan sekali gus dapat menjana keuntungan kepada pengusaha makanan halal.
“Demi memastikan prosedur halal dipatuhi, Unit Pengurusan Halal Pulau Pinang akan mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke atas premis makanan dari semasa ke semasa dalam usaha mendokong kualiti dan integriti halal,” katanya.
Latest Entries
- Pencuri malang teruk dibelasah
- Ibu pinjam ah long, anak akan dirogol
- Dikelar kerana langgar bahu
- Jangka hayat kaum lelaki pendek
- Padah memandu tanpa lesen
- Lelaki maut selepas mencuri
- Punca orang Kelantan obesiti
- Cubaan kedua curi kibas gagal
- Umcedel: BR1M penyumbang kemenangan BN
- Maut digilis treler 22 tan
Hidden Content
Pr3P4R3 2 B3 R3F0RM4T!!!
Lu tuduh Gua Cytroop ke hapa, lantak lu. Yg penting benda yg aku post adalah dari isi hati aku sendiri. Wa pedulik apa dengan Lu!!
-
01-08-2012 03:50 PM # ADS
-
01-08-2012, 04:03 PM #2
bukan pinang jek...ane2 negeri yg de kedai mamak ni pun xapply halal...byk jek...even kat KL pun sama gak...tmpt sir ni dah brape kene serbu JAKIM tp buka n operasi mcm biasa jek...
-
01-08-2012, 06:04 PM #3Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- Pasir Mas,Kelantan
- Posts
- 8,359
- Mentioned
- 0 Post(s)
selalu kat penang layan nasi kandar pelita jep...sbab dah msuk radio iklan dye,dyakini halal..
Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote






Image google