DAFTAR
Close
Login to Your Account
Page 1 of 2 12 Last
Results 1 to 10 of 14
  1. King Of Gempak alexx's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    6,311
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    3 Post(s)
    #1

    Kakitangan awam menghadiri satu majlis di Kota Bharu baru-baru ini. Hari ini kakitangan awam menanti 'berita baik' daripada perdana menteri. - Foto hiasan Sinar Harian




    SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk elaun perumahan dan isu gaji maksimum.


    Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin akan ada dua pengumuman penting berkenaan dengan elaun perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.


    "Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara," kata pemimpin kanan Cuepacs.


    Bagaimanapun kata pemimpin, "saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji dibuat tahun lalu."


    Oleh itu katanya, "berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun sepertu elaun perumahan dan elaun sara hidup (Cola)."


    Seorang lagi pemimpin kanan Cuepacs yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kajian semula kaedah gaji maksimum dilihat antara perkara penting diumumkan oleh perdana menteri.


    "Perkara ini menjadi penantian ramai khususnya sekitar 20,000 kakitangan awam... kemungkinan pelaksanaan dikuatkuasakan mulai 1 Januari.


    "Walaupun kesan pelaksanaan melibatkan 20,000 orang pada masa sekarang, tetapi dalam jangka panjang ia akan melibatka kepentingan keseluruhan kakitangan awam," katanya.


    Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan hasil kajian awal Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.


    Suruhanjaya itu yang dibentuk Mac 2012 dan bergerak sejak Jun lalu diberi masa enam bulan untuk membuat kajian.


    Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.


    Ia dibentuk susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.


    Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.


    Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.


    Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.


    Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada hari ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.


    "Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.


    "Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.


    Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.


    Pemimpin-pemimpin Cuepacs juga menjangkakan pengumuman menarik mengambil kira pemberian insentif kepada kakitangan Kastam Diraja Malaysia, yang diumumkan akhir Januari lalu.


    Warga agensi itu akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.


    "Keseluruhan nampak ada kelainan kali ini. Jadi, kakitangan agensi lain juga mengharapkan sesuatu... kajian semula elaun ini antara yang penting," katanya.


    Cuepacs memohon agar kerajaan menyeragamkan kadar Cola tidak kira zon. Begitu juga elaun perumahan yang dilihat rendah mengambil kira kos hidup dan kadar sewa rumah yang semakin meningkat.






    SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/nasion...-naik-1.138352



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. King Of Gempak sirvand8ta's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    13,507
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    11 Post(s)
    #2
    hmm elaun rumah naik tp dalam masa yg sama, harga umah naik...baik xyah naik...sengal...

  4. Gempak Hardcore Izar87's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jun 2010
    Age
    26
    Posts
    2,145
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    2 Post(s)
    #3
    btol tuh. baik tk pyah naik klu hrga umah pn naik.
    <-Jom la msuk sini... jom...->

    Buat duit tanpa keluar modal jom msuk sini ...


  5. King Of Gempak Ken.Jiez's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2011
    Location
    Di Bumi Allah Yang Indah Ini
    Posts
    8,318
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    32 Post(s)
    #4
    Quote @sirvand8ta View Post
    hmm elaun rumah naik tp dalam masa yg sama, harga umah naik...baik xyah naik...sengal...
    bukan harga umah je pasni.. harga barang pn turut naik
    <a href=http://i.imgur.com/kwvo2JC.gif target=_blank>http://i.imgur.com/kwvo2JC.gif</a>

  6. Gempak Hardcore realmeli's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    1,210
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    2 Post(s)
    #5
    berita baiklah sangatttttttttttttttttttttttttt...baik utk kroni2 kerajaan jer & sebagai umpan PRU...
    Last edited by realmeli; 11-03-2013 at 09:15 AM.

  7. King Of Gempak
    Status
    Offline
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    petaling jaya
    Posts
    9,497
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    31 Post(s)
    #6
    kerajaan je...swasta xde pon sedangkan sektor swasta pon menyumbang kpd ekonomi ngara jugak
    subhanallah...alhamdulillah..Allahuakbar.....

  8. King Of Gempak KiuT-MiuT's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    10,838
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    69 Post(s)
    #7
    cop... koka kola

  9. Gempak Hardcore フェザル's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Federal Territory
    Posts
    2,167
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #8
    Quote @realmeli View Post
    berita baiklah sangatttttttttttttttttttttttttt...baik utk kroni2 kerajaan jer & sebagai umpan PRU...
    mung apply jah kejo kerajaan...baru rasa mcm mana ...
    ore loni baik pekerja kerajaan atau swasta..cerdik blako dah...kerajaan nak wi gak...ambik lah...
    jange igt ore kejo kerajaan tu smua pro BN....50-50 weiii....

    YNWA [You'll Never Win Anything]

  10. Gempak Hardcore フェザル's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Federal Territory
    Posts
    2,167
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #9
    Quote @sara 8087 View Post
    kerajaan je...swasta xde pon sedangkan sektor swasta pon menyumbang kpd ekonomi ngara jugak
    gini la sara8087...

    perumpamaan mudoh laa...awok kejo kat kompeni A...
    sayo kejo kat kompeni B...

    tibo2..sayo tgk gaji awok lg besar dari gaji sayo....sayo pon suruh bos awok naikkan gaji sayo..
    sedangkan sayo kejo kat kompeni B...

    logik x?

    Tok Najib hanya jadi pengantara jah dalam isu gaji2 swasta ni...kalu majikan tak sanggup...set2 pekerja wat demo je lah...mogok ker...

    YNWA [You'll Never Win Anything]

  11. Gempak Hardcore anthon's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jan 2012
    Location
    Location Uncensored
    Posts
    2,453
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #10
    ...semua nya pasti naik ,,
    ***Buat 65K Tahun Ini Dari Laman Web Automatik!***
    ******
    Rahsia Lulus Muet******


Page 1 of 2 12 Last

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List