Results 1 to 10 of 15
-
13-06-2009, 10:34 AM #1
KOSMO arini.. 13 Jun 2009..
PADA satu persidangan kemanusiaan yang diadakan beberapa minggu lalu, salah satu topik yang dibincangkan ialah mengenai hobi golongan belia yang gemar bertukar-tukar gambar bogel mereka melalui telefon bimbit. Hobi yang dikenali sebagai sexting ini menurut para penceramah tidak seharusnya dikenakan hukuman pornografi kanak-kanak seperti di Amerika Syarikat (AS).
Peter Cumming seorang profesor madya di Universiti York di Toronto, Kanada telah mempersembahkan satu kertas kerja mengenai Seksualiti kanak-kanak di Kongres Sains Kemanusiaan dan Sosial yang ke-78 mempertahankan amalan tersebut sebagai variasi moden permainan doktor atau spin-the-bottle iaitu satu bentuk permainan di parti-parti remaja. :bising:
"Teknologi tidak mengubah keadaan dan kesannya sangat serius.
"Tetapi ia mengaburi fakta di mana kanak-kanak dan golongan muda merupakan makhluk seksual yang telah mendalami seksualiti mereka pada setiap masa dalam semua budaya dan tempat," kata Cumming.
Persidangan tahunan yang diadakan kali ini di Universiti Carleton Ottawa telah menghimpunkan 8,000 penyelidik dari seluruh dunia bagi membincangkan trend sosial terbaru.
Sexting iaitu kombinasi perkataan seks dan teks telah menjadi tajuk-tajuk utama awal tahun ini selepas para pelajar di beberapa buah negeri di AS didakwa atas tuduhan pornografi. Mereka dikatakan berkongsi gambar-gambar bogel dan separa bogel bersama rakan-rakan mereka.
Pada bulan Mac lalu, tiga remaja perempuan telah menyaman seorang pendakwa raya Pennsylvania. Pendakwa raya tersebut telah menuduh mereka menjaja pornografi kanak-kanak selepas seorang guru menemui imej dari pinggang ke atas dua gadis
Menurut sepucuk surat yang dihantar kepada ibu bapa gadis-gadis tersebut, Pendakwa raya George Skumanik telah menasihati gadis-gadis itu supaya menjalani kursus tingkah laku selama lima minggu dan menjalani ujian dadah atau berhadapan dengan dakwaan.
Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika, penandatangan bersama aduan tersebut berkata, ugutan yang dilakukan Skumanik adalah tidak berperlembagaan dan dakwaan mahkamah boleh menyebabkan gadis-gadis tersebut dalam senarai berdaftar pesalah seks.
Langkah tersebut boleh melenyapkan sebarang prospek pekerjaan pada masa depan.
Pada kes-kes lain, seorang remaja lelaki Florida yang 'kebosanan' telah didakwa kerana menghantar gambar kemaluannya kepada seorang rakan wanita sekelasnya.
Sementara itu, seorang lagi telah disenaraikan sebagai pesalah seks kerana menghantar e-mel gambar bogel teman wanitanya yang berusia 16 tahun kepada keluarga gadis itu selepas satu pertelingkahan.
Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh sebuah organisasi perancangan keluarga AS yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, 20 peratus remaja Amerika telah memaklumkan bahawa mereka telah mengambil bahagian dalam sexting.
Cumming berkata, pertimbangan untuk melabel seorang remaja sebagai pesalah seks kerana insiden sexting iaitu satu label yang kekal seumur hidup adalah tidak logik.
"Adalah sukar untuk melihat puluhan berita yang mengumumkan kanak-kanak ditangkap bermain spin-the-bottle, doktor atau poker bogel.
"Namun kebanyakan kes yang ditonjolkan mempunyai aras yang sama pengalaman aktiviti tersebut."
Dalam kata lain, ujar Cumming, kanak-kanak ini bermain spin-the-bottle secara talian.
Beliau menegaskan, aktiviti secara talian seumpama itu adalah lebih selamat daripada permainan seksual tradisional. Ini kerana ia tidak melibatkan hubungan fizikal yang meningkatkan risiko kehamilan atau gejala jangkitan akibat seks (STD).
Latest Entries
- Tiga Suspek Dera Isteri Ditahan
- Ketua Samun Upah Gula-gula
- Meninggal Dalam Lokap Lepas Mengadu Sakit Dada
- Tak Sanggup Lihat Jenazah
- Nenek 7 Cucu Ditahan Dipercayai Edar Dadah
- Pengawal Landasan Digilis Kereta Api
- RON97 Turun 20 Sen Mulai Malam Tadi
- Azizan: Reda Kaki Dipotong
- Pegawai Kanan Tabung Haji Dicekup Khalwat
- Lampias Nafsu Dalam Kereta
-
13-06-2009 10:34 AM # ADS
-
13-06-2009, 12:02 PM #2Status
- Offline
-
Gempak Lover
- Join Date
- Jun 2009
- Location
- penang dowh....
- Posts
- 347
- Mentioned
- 0 Post(s)
wat ever... da jd mcm perkara yg biasa kpd ank muda skng...
-
13-06-2009, 01:09 PM #3Status
- Offline
-
Gempak Lover
- Join Date
- Jun 2009
- Location
- Royal Town Of Selangor
- Age
- 23
- Posts
- 331
- Mentioned
- 0 Post(s)
teknologi menelan zman....ssh nk kt ckp sbb bkn salah kt sbb ni smua bergantung pada individu masing2...
-
13-06-2009, 01:56 PM #4Status
- Offline
-
Gempak Senior
- Join Date
- Jun 2009
- Posts
- 122
- Mentioned
- 0 Post(s)
smakin pelik skunk........:sorak:
-
13-06-2009, 05:41 PM #5
hu hu tak tau la budak skrg ni tak tau ke kiamat dah dekat ngn kita bertaubatlah
-
15-06-2009, 05:10 PM #6Status
- Offline
-
Gempak Senior
- Join Date
- Jun 2009
- Location
- Seremban,N.9
- Age
- 25
- Posts
- 195
- Mentioned
- 0 Post(s)
kite nak menyekat... pekara ni dari berleluasa tapi... seolah2 dah jadi trend... simpan porn dalam hp.. termasuk adegan sendiri.... sebab diorang rasa gah... bile ad koleksi yang banyak...
-
15-06-2009, 07:20 PM #7
dunia akhir zaman dah
-
15-06-2009, 09:07 PM #8Status
- Offline
-
Gempak Senior
- Join Date
- Jun 2009
- Posts
- 122
- Mentioned
- 0 Post(s)
btol tu henry..aku sokong...manusia skung nih dh xde tamadun dh..hehe...:perli:
-
15-06-2009, 09:24 PM #9
semakin canggih teknologi semakin hanyut manusia dan alpa huk huk:malu:
-
15-06-2009, 10:16 PM #10Status
- Offline
-
Gempak Lover
- Join Date
- Jun 2009
- Location
- Royal Town Of Selangor
- Age
- 23
- Posts
- 331
- Mentioned
- 0 Post(s)
ala biasa la tu baru permulaan esok 3g da mura kt xtaw lg..mcm2 le jadi mungkin lg hebat dari ni..
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote

Pirates





Bookmarks