DAFTAR
Close
Login to Your Account
Results 1 to 8 of 8
  1. King Of Gempak alexx's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    6,311
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    3 Post(s)
    #1

    Penguatkuasa MBSA menunujukkan beberapa aspek pengabaian dalam pengendalian makanan.







    Pekerja restoran makanan segera membersihkan bahagian lantai dapur premis yang kotor dan berminyak ketika serbuan.
    < 2 / 2 >
    PADAN muka! Itu kata-kata lebih sesuai untuk pengusaha kedai makan yang diambil tindakan kerana tidak mematuhi tahap kebersihan di premis mereka. Walaupun hampir setiap hari media melaporkan kegiatan operasi penguatkuasa terhadap premis-premis makanan yang kotor, namun masih ramai yang tidak endahkannya.


    Di bahagian depan, hidangan mereka nampak lazat tetapi penyediaan makanan di bahagian dapur menjijikkan! Serbuan penguatkuasa di Kuala lumpur dan Selangor dilakukan bagi membanteras premis makanan yang tidak menjaga kebersihan.


    Pekerja cuba tutup kesalahan


    Seorang kakitangan sebuah restoran makanan segera tergesa-gesa membersihkan bahagian dapur sebaik sedar kehadiran anggota penguatkuasa kesihatan, ketika serbuan di sekitar Brickfields, malam kelmarin.


    Tindakan itu bagaimanapun tidak dapat menutup kekotoran yang ada apabila bahagian penyediaan makanan didapati tidak teratur apabila tepung untuk menggoreng ayam bertaburan, lantai berminyak, malah hasil pemeriksaan mendapati saluran longkang ditutup dengan batu-bata menyekat aliran.


    Sementara itu, serbuan ke atas sebuah restoran makanan India mendapati bahagian dapur tercemar dengan najis tikus dan lipas dan beberapa bahagian penyediaan makanan tidak teratur membawa kepada tindakan arahan tutup untuk kerja-kerja pembersihan.


    Itu antara keadaan premis hasil serbuan ke atas 20 restoran dalam Operasi Kebersihan Premis Makanan dilaksanakan oleh kira-kira 40 anggota penguatkusa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam kelmarin.


    Pengarahnya, Dr. Hayati Abdullah, berkata, empat premis diarah tutup kerana dicemari najis tikus dan lipas, serta susun atur makanan tidak mengikut spesifikasi.


    Menurutnya, 16 lagi restoran dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan.


    “Premis yang diarah ditutup diberi tempoh seminggu untuk pembersihan dan kita akan pantau, jika berpuas hati kita akan benarkan premis beroperasi kembali.


    “Ini selaras dengan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan UUK21B Undang-undang Kecil Pelesenan Establisyemen Makanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1985,” katanya.


    Tambahnya, operasi itu merupakan kali ke empat dilaksanakan sejak Mei selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mahukan tempat makan di ibu negara bersih.


    “Aduan premis kotor meningkat sejak tahun lalu dari 83 ke 271 sehingga Ogos tahun ini, namun kita mengambil kesan positif di mana ia menunjukkan kepekaan dan keprihatinan pelanggan terhadap kebersihan semakin meningkat,” katanya.


    Tiga kedai diarah tutup


    Di Shah Alam, sebanyak tiga daripada 43 premis makanan sekitar Setia Alam diarah tutup setelah didapati tidak bersih oleh Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) dalam Operasi Kebersihan Bersepadu, semalam.


    Operasi yang diketuai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar, Dr Roslan Fadzil itu memantau pengendali makanan dan pembantu mereka supaya mementingkan aspek kebersihan secara menyeluruh.


    “Pemeriksaan yang dilakukan termasuk tempat penyediaan makanan, peralatan makanan, ruang penyimpanan, kebersihan tandas dan tong sampah.


    “Selain itu, pemeriksaan juga dilakukan terhadap pengendali dan juga pembantunya bagi memastikan mereka mempunyai suntikan anti tifoid (ty2), kebersihan diri (berkasut, kuku pendek, pemakaian apron dan topi,” katanya.


    Menurut Dr Roslan, didapati pemilik premis tidak mengambil berat kebersihan premis dan tidak mematuhi peraturan semasa penyediaan makanan seperti membuang sisa makanan terus ke dalam longkang sehingga menyebabkan longkang berbau dan tersumbat.


    “Serbuan mendapati premis makanan kebanyakannya tidak pratikkan amalan kebersihan seperti membiarkan pembiakan tikus, lipas dan lalat di premis makanan mereka.


    “Premis yang kotor ini diarahkan tutup maksimum 14 hari supaya pengusaha dan pembantunya dapat bergotong royong membersihkan premis dan menjaga kebersihan mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya.


    Beliau memaklumkan dalam tinjauan berkenaan sebanyak enam notis amaran dikeluarkan manakala 32 kompaun dikenakan kepada pengendali makanan yang tidak patuh arahan.


    Kesalahan itu di bawah peruntukan dan peraturan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Establishmen Makanan (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian, (MBSA) 2007.








    sumber:Kedai makan jijik - Semasa - Sinar Harian



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. Gempak Super Hardcore TechnOveruleZ's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    Luar Dari Bimasakti
    Posts
    3,783
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    16 Post(s)
    #2
    Kat Kota Damansara lagi banyak kedai makan yg lebih kotor dari dlm report ni, dah banyak kali report tapi MBPJ dan jabatan kesihatan lebih suka goyang montot dari buat spotcheck kat kedai makan.


  4. Gempak SuperStar
    Status
    Offline
    Join Date
    Mar 2011
    Posts
    508
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #3
    dekat klang pon berlambak kedai2 yang macam itu...siap pengusaha dia paling best..belakang longkang kotor gila...siap ada bau..leh sentai goreng pisang...perghhh
    ku pilih agama dari dunia...
    tapi di dunia jua la kena kumpulkn amal utk akhirat kelak....

  5. Gempak Lover Bulan's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    May 2012
    Posts
    318
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    1 Post(s)
    #4
    kedai mamak biasanya yg kotor, tp yg ni kedai rakyat tempatan

  6. King Of Gempak -Mus-'s Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    May 2012
    Location
    syurga yang dinantikan
    Posts
    5,218
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    24 Post(s)
    #5
    kedai kotor mkanan kotor
    ForeVer ALoNEz

  7. ~POU~
    Guest
    #6
    heee yerrkkkk, psni tgk dapur dlu bru leh psn mknn

  8. Gempak SuperStar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jul 2011
    Posts
    510
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #7
    aku lagi suka makan kat rumah ..

  9. Gempak Newbie donpapachino's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Sep 2013
    Posts
    22
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #8
    kotor tu yang buat makanan jadi sedap tu.

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List