Close
Login to Your Account


Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 20
  1. #1
    Status
    Offline
    zuleve05's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    terengganu
    Posts
    257
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    [blink]GAMBAR BANJIR DI KG GONG DUEK, HULU BESUT, TERENGGANU PADA JAM 6.30 PETANG 06 NOV 2009[/blink]


    Ahli Keluarga di dalam rumah ini terpaksa di pindahkan bagi mengelakan kemalangan jiwa berlaku.



    Kelihatan beberapa kenderaan yang terkandas kerana jalan di tutup.



    Pesta banjir... orang ramai berpesta setahun sekali pada musim tengkujuh.



    Ahli keluarga rumah ini (belakang jambatan) telah dipindahkan kerana telah ditengelami air.



    Baca je la papan tanda tu.............

    BESUT, 6 nov, Tengkujuh, telah sinonim bagi kami di pantai timur.Hhujan lebat berterusan yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di naiki air. Saya hanya sempat merakam gambar di Kg Gong Duek Hulu Besut sahaja kerana jalan di tutup kepada semua kenderaan..
    semasa tinjauan saya bersama menteri Besar Terengganu (Dato' Ahmad Said) YB Hulu Besut (YB Nawi) dan beberapa orang dari rombongan MB mendapati, beberapa kampung yang berkawasan rendah dinaiki air. 2 buah bot penyelamat hanyut di bawa arus deras dan sempat di selamatkan oleh angota bomba.

    Jalan utama dari Jertih, Besut ke Kg Pasir Akar, Besut masih ditutup kepada semua kenderaan.
    sehingga jam 7.00pm seramai 800 orang di Hulu Besut telah di pindahkan ke kawasan selamat.
    pihak JPS terpaksa membuka 3 pintu laluan air keluar bagi mengelakkan ianya pecah.

    Tinjauan saya pada jam 10.30pm td mendapati, air di Hulu Besut beransur surut. Walaubagaimanapun, kawasan hilir Besut (Kuala Besut) pula di naiki air dan menyebabkan jalan Bukit Puteri ke Kuala Besut di tutup kepada kepada kenderaan ringan.
    menurut sumber kaji cuaca, hujan lebat akan berterusan sehingga malam ini (tapi sejak jam 7.00pm hingga 10.00pm tiada hujan pun).
    Tiada kemalangan jiwa di laporkan...



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    dinsha's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    selangor
    Age
    23
    Posts
    1,869
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    bersabar je lah org terengganu.

  4. #3
    Status
    Offline
    takushi's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    Dkt2 ngn jepun
    Age
    3
    Posts
    1,596
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    harap bwk bersabar...semua ade hikmah

  5. #4
    Status
    Offline
    khailin's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    kedah
    Posts
    682
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kesiannyer...

  6. #5
    Status
    Offline
    Lakau0ste's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    FELCRA
    Age
    25
    Posts
    1,595
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    nasib bek tggi 2 je air die nek..klu tgi g xtau la..

  7. #6
    Status
    Offline
    zuleve05's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    terengganu
    Posts
    257
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    umah aku lagi tinggi air naik bro...

    air paip naik ke tangki atas rumah...
    haaaaaaaaaaaaa

  8. #7
    Status
    Offline
    zacky89's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    .:TerEnggaNu:.
    Age
    23
    Posts
    4,765
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    tinggi nyer air...bahay...harap bersabar untuk semua mangsa.:kool:
    ...SESETENGAH POSTING AKU ESPECIALLY
    KAT GAMBAR LAWAK CREDIT TO PEMILIK ASAL...

    Hidden Content

  9. #8
    Status
    Offline
    zuleve05's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    terengganu
    Posts
    257
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ni yang tebaru zul terima...
    Dua rumah yang didiami 11 orang di Kampung La, Hulu Besut dihanyutkan arus deras akibat limpahan Sungai Besut hari ini.

    Kejadian pada kira-kira pukul 4 petang itu berlaku hanya beberapa jam selepas dua keluarga yang menghuni rumah terbabit dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

    Pemilik rumah terbabit, Aziz Abas, 50-an dan Che Min Daud, 40-an, yang mencari nafkah dengan menoreh getah hanya mampu melihat dari jauh rumah papan mereka dihanyutkan arus deras.

    Aziz ketika ditemui Bernama berkata walaupun sedih, beliau bersyukur keluarganya sempat berpindah di pusat pemindahan banjir sebelum rumah mereka dihanyutkan.

    Aziz bersama isteri dan empat anaknya ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Payung.

    Menteri Besar Datuk Ahmad Said yang terpaksa menaiki lori untuk melawat mangsa banjir di Besut, berjanji akan memberi bantuan segera kepada dua keluarga terbabit.

    Ahmad dalam sidang akhbarnya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, berkata rumah kedua-dua mereka akan diganti dengan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dalam kadar segera.

    Besut merupakan daerah paling teruk dilanda banjir di Terengganu. Tiga lagi daerah yang terjejas dalam banjir musim tengkujuh ini ialah Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun dan sehingga kini lebih 1,400 orang dipindahkan.

    Ahmad berkata pihak berkuasa juga akan menghantar bot bagi menyelamatkan 10 keluarga di Kampung Pasir Akar, di sini, yang terputus hubungan sejak pagi ini.

    "Kita harap orang ramai, terutama yang tinggal di kawasan rendah lebih berhati-hati memandangkan keadaan banjir dijangka bertambah buruk.

    "Penduduk juga diingatkan tidak menunggu arahan untuk berpindah, jika lihat keadaan perlu untuk mereka berpindah, kita harap mereka berpindah segera...dari segi kelengkapan, kita telah menyediakan keperluan yang mencukupi,” katanya.

    Beliau juga mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu mengkaji kemungkinan menaikkan aras jalan Jerteh-Hulu Besut yang sering ditenggelami air setiap kali banjir menyebabkan penduduk di sekitarnya terputus hubungan.

  10. #9
    Status
    Offline
    nazrilnajmi's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    533
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    apa dah jadi dengan rakyat terengganu kesian mereka

    sama2 lah kita hulurkan bantuan

  11. #10
    Status
    Offline
    ledzappelin88's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    UKM BANGI
    Age
    25
    Posts
    248
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    emm..xpala...sabar jak la..suma tu ujian...

Page 1 of 2 12 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •