Close
Login to Your Account


Results 1 to 2 of 2

Thread: Usah takut

  1. #1
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default Usah takut

    PETALING JAYA: Penuntut universiti yang termasuk dalam senarai individu dikehendaki kerana disyaki menimbulkan kekacauan sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 dinasihatkan segera tampil membantu siasatan polis.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka tidak perlu takut dan perlu bersedia menyerah diri bagi melicinkan siasatan polis.


    “Kementerian akan bekerjasama dengan polis mengenal pasti dan mencari penuntut terbabit. Jika pihak universiti menemui pelajar itu, mereka dinasihatkan menyerah diri bagi membantu siasatan polis. Mereka tidak perlu takut,” katanya selepas merasmikan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak di Damansara Damai di sini, semalam.

    Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan Pengarah Eksekutif Educate To Learn Sdn Bhd, Farah Mahami Mustapha Kamal.


    Polis semalam menyiarkan gambar 49 individu yang dikehendaki kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 di beberapa lokasi sekitar ibu negara.


    Semua individu itu termasuk seorang wanita dan penuntut universiti diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh turut dilaporkan berkata, setakat ini, jumlah keseluruhan tangkapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah 513 individu dengan 22 daripadanya adalah pelajar.


    Berhubung status 22 pelajar itu, Mohamed Khaled berkata, pihak universiti akan mengambil tindakan yang perlu selepas polis selesai menjalankan siasatan.

    “Tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan polis,” katanya.


    Sementara itu, mengenai pendidikan awal kanak-kanak, Mohamed Khaled berkata, menjadi matlamat kerajaan memastikan tenaga pengajar prasekolah mempunyai kemahiran termasuk memiliki diploma.


    “Ini kerana sebahagian besar tenaga pengajar untuk kanak-kanak prasekolah tidak mempunyai latihan secara formal sedangkan mereka menyediakan asas kepada anak- anak sebelum memasuki alam persekolahan,” katanya.


    Sehubungan itu, usaha penubuhan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak yang menyediakan latihan kepada mereka berminat menyumbang kepada matlamat kerajaan itu.





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,401
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    1....mereka tidak perlu takut dan perlu bersedia menyerah diri bagi melicinkan siasatan polis.
    2.
    Kementerian akan bekerjasama dengan polis mengenal pasti dan mencari penuntut terbabit
    3...
    pihak universiti akan mengambil tindakan yang perlu selepas polis selesai menjalankan siasatan.

    mula2 tak perlu tkot....lpas kena siasat ngn pihak polis kena la tndakan dari pihak universiti plak...klau yg xbersalah pn kena xtau la...
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •