Close
Login to Your Account


Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    Status
    Offline
    alexx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    5,468
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Teguk arak secara terbuka




    Sebuah kedai makan kayu di Kampung Air Batang, Pulau Tioman yang dikesan sering menjual minuman keras termasuk kepada individu Islam.
    PULAU TIOMAN – Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin mengingatkan pengusaha kedai makan di Pulau Tioman supaya tidak menjual arak secara terbuka kerana ia hanya menyebabkan gejala itu semakin berleluasa di Pulau Peranginan itu.


    Pegawai Agama Islam Rompin, Adnan Mamat berkata, Paid memandang serius gejala itu memandangkan semakin ramai orang Islam tanpa segan silu meneguk minuman memabukkan itu di depan khalayak.


    Menurutnya, terdapat beberapa lokasi yang sering menjadi *tumpuan penjualan minuman haram itu terutama di beberapa gerai makan di Kampung Tekek dan Kampung Air Batang walaupun sudah beberapa kali Paid menjalankan pemeriksaan di *premis tersebut.


    “Isu penjualan arak di Pulau Tioman semakin serius dan usaha menanganinya sedang giat dijalankan bagi memastikan umat Islam tidak mudah terjebak dengan kegiatan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.


    Adnan berkata, sebagai *contoh, terdapat sebuah kedai makan di Kampung Air Batang sudah di*berikan peringatan sebanyak tiga kali berhubung penjualan minuman keras, namun pengusaha kedai makan itu masih ingkar dengan larangan tersebut.


    “Kami sungguh kesal kerana masih terdapat lagi sesetengah pengusaha yang menjual arak walaupun sudah beberapa kali peringatan diberikan *kepada mereka sebelum ini,” katanya.


    Beliau berkata, penularan *gejala meminum arak dalam kalangan umat Islam di pulau peranginan itu semakin menjadi-jadi terutama pada cuti hujung minggu atau cuti umum *berikutan terdapatnya pertambahan jumlah bilangan pelancong.


    “Mana-mana individu Islam sama ada penjual atau yang *meminum arak adalah salah di sisi Islam dan ada *undang-undang yang boleh disabitkan di atas kesalahan yang mereka *lakukan,” katanya.


    Beliau berkata, umat Islam *diingatkan supaya tidak melakukan kesalahan itu kerana ia bukan saja salah di sisi Islam malah kesalahan itu juga boleh didakwa di mahkamah.


    Menurutnya, individu yang *didapati melakukan kesalahan itu *boleh didakwa di bawah Seksyen 136 yang membawa hukuman denda *sebanyak RM5,000 dan sebat *sebanyak enam kali atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.






    sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-parit-1.47295



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    aidie's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Oct 2011
    Posts
    702
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    tutup je premis tuh..wt nyemak mata je..

  4. #3
    Status
    Offline
    Hanx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,380
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    tau nk untung jep...pdahal kt situ rmai gak pelancong yg dtg,xyah nk ikut sgt klau plncong nk arak ke...
    Hidden Content Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  5. #4
    Status
    Offline
    kuehtiaw's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    May 2012
    Posts
    19
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    saman jerk........

  6. #5
    Status
    Offline
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    erm..yang jual kat orang islam salah..islam yang beli pon salah...

  7. #6
    Status
    Offline
    Syahz's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,057
    Mentioned
    3 Post(s)

    Default

    Quote @kuehtiaw View Post
    saman jerk........
    tak kemana pun kalau saman
    Positive Attitude In
    Negative Situation

  8. #7
    Status
    Offline
    Ghafur's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    Mar 2012
    Posts
    24
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    baka je premis 2..

    Kite bako !! kite bako !!

    (usop wilca )

  9. #8
    Status
    Offline
    zainalzane's Avatar
    Gempak Newbie
    Join Date
    May 2012
    Posts
    16
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ni lah jadinya bila ramai sgt remaja yang rosak kat negara kita ni..jual x jual bukan isu..tp akhlak tu yg main peranan..kalau iman tu ada org jual kat tgn kita pun, kita xbeli..xgitu ?

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •