Results 1 to 1 of 1
Thread: Lawan peragut
-
13-06-2012, 08:11 AM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,327
- Mentioned
- 1 Post(s)
Lawan peragut
KUCHING: Seorang jurujual cedera di tangan selepas diseret lebih lima meter oleh sebuah motosikal dinaiki tiga lelaki dalam satu kejadian cubaan ragut berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Padungan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, wanita berusia 25 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Petanak di sini, dihampiri tiga lelaki bermotosikal sebelum seorang daripadanya turun dan cuba merampas beg tangan miliknya.
Menurut rakan mangsa yang dikenali sebagai Lily, 35, dia melihat tiga lelaki menaiki sebuah motosikal melalui jalan itu dan menghampiri mangsa dari belakang.
Katanya, motosikal berkenaan lalu di sisi rakannya, sebelum salah seorang daripada pembonceng melompat turun dan merampas beg tangan mangsa.
“Saya tidak sempat menjerit memberi amaran kepada mangsa apabila menyedari niat tidak baik mereka selepas lelaki itu menarik beg tangannya, tambahan pula semuanya berlaku agak pantas.
“Mangsa enggan melepaskan beg tangannya, namun lelaki itu memanggil rakannya sebelum membonceng motosikal itu dengan harapan mangsa melepaskan beg itu,” katanya.
Katanya, walaupun sudah diseret lebih lima meter, mangsa tetap enggan melepaskan beg tangannya dan tindakan itu menyebabkan peragut itu terjatuh bersama motosikal mereka.
“Peragut berkenaan bangun dan cuba melarikan diri dengan membawa beg mangsa, tetapi gagal apabila mangsa dapat merampasnya kembali.
“Mujur mangsa tidak mengalami kecederaan teruk dan berjaya menghalang peragut melarikan beg tangannya, tetapi apa yang membuatkan kami terkilan ialah sikap pelanggan sebuah kedai kopi berhampiran yang hanya menyaksikan kejadian itu tanpa menghulurkan bantuan,” katanya.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Padungan sebelum kes itu dirujuk ke Balai Polis Simpang Tiga untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dijalankan.
Latest Entries
- Tiga Suspek Dera Isteri Ditahan
- Ketua Samun Upah Gula-gula
- Meninggal Dalam Lokap Lepas Mengadu Sakit Dada
- Tak Sanggup Lihat Jenazah
- Nenek 7 Cucu Ditahan Dipercayai Edar Dadah
- Pengawal Landasan Digilis Kereta Api
- RON97 Turun 20 Sen Mulai Malam Tadi
- Azizan: Reda Kaki Dipotong
- Pegawai Kanan Tabung Haji Dicekup Khalwat
- Lampias Nafsu Dalam Kereta
-
13-06-2012 08:11 AM # ADS
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote






Bookmarks