Results 1 to 3 of 3
Thread: ‘Semua habis rentung’
-
13-06-2012, 08:26 AM #1Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,326
- Mentioned
- 1 Post(s)
‘Semua habis rentung’
GEORGETOWN: Seorang warga emas hanya mampu merintih kesedihan apabila melihat rumah kesayangannya musnah dalam kebakaran di Jalan Jelutong, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, dua unit rumah kayu didiami hampir 10 penghuni termasuk sebuah kereta dan motosikal dalam garaj turut musnah.
Mangsa, Teh Tatt Lye, 68, berkata dia tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu keluar menyelamatkan diri bersama isteri, Teh Gaik Chow, 56, dan dua anak lelaki, Teh Kean Yam, 28 dan Teh Keah Heng, 24.
Katanya, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum terdengar bunyi letupan kecil di luar rumah.
“Api mula marak walaupun anak saya cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal.
“Apa yang penting ketika itu hanyalah keluar menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil apa-apa barangan berharga dan semuanya musnah dalam sekelip mata, hanya tinggal baju tidur yang dipakai ini saja.
“Saya tidak mampu berkata apa-apa kerana semua sudah musnah dan apa yang berlaku cukup menyedihkan,” katanya.
Sementara itu, Kean Yam berkata, dia hanya sempat menyelamatkan telefon bimbit dan dompet, manakala yang lain musnah dalam kebakaran itu.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu punca sebenar kebakaran yang berlaku sehingga seluruh rumahnya musnah dan menyerahkan semua kepada polis dan bomba untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yamin Tekor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.
Menurutnya, operasi memadamkan api membabitkan sepasukan 80 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubong selain dibantu lebih 40 anggota bomba sukarela dan polis komuniti.
Katanya, ketika usaha memadamkan api dijalankan turut terdengar beberapa kali letupan kecil hingga mereka terpaksa mendapatkan bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memutuskan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan.
Latest Entries
- Pencuri malang teruk dibelasah
- Ibu pinjam ah long, anak akan dirogol
- Dikelar kerana langgar bahu
- Jangka hayat kaum lelaki pendek
- Padah memandu tanpa lesen
- Lelaki maut selepas mencuri
- Punca orang Kelantan obesiti
- Cubaan kedua curi kibas gagal
- Umcedel: BR1M penyumbang kemenangan BN
- Maut digilis treler 22 tan
-
13-06-2012 08:26 AM # ADS
-
13-06-2012, 10:04 AM #2
...kes litar pintas la ni....xpe ye pakcik, sabar je...nanti mintak yb bg sumbangan
-
14-06-2012, 11:11 AM #3
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote
sara 8087






Image google