Close
Login to Your Account


Results 1 to 1 of 1
  1. #1
    Status
    Online
    Anak Pakman's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Kepala Batas, Pulau Pinang
    Posts
    10,326
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default 10 terbunuh dalam nahas bas pelancong

    BANGKOK: Seorang pelancong India antara 10 penumpang yang mati dan beberapa warga asing cedera selepas sebuah bas merempuh tiang elektrik di selatan negara ini semalam, kata polis.

    Bas pelancong itu dalam perjalanan dari Bangkok ke pusat peranginan popular Phangan merempuh tiang elektrik itu sebelum terbalik pada awal pagi, menurut siasatan polis.


    Siaran televisyen menunjukkan penduduk tempatan mengangkat mangsa yang cedera dan terkorban keluar dari bas di daerah Kanchanadit di wilayah Surat Thani, 650 kilometer dari Bangkok. “Seramai 10 orang mati ditempat kejadian iaitu lima lelaki dan lima wanita serta 17 lagi cedera,” kata pegawai polis daerah Kanchanadit, Superintendan Suriya Nakkeao.

    “Saya dapat mengesahkan seorang pelancong India terbunuh,” katanya.


    Pegawai polis pelancongan Surat Thani mengesahkan jumlah kematian itu sambil menambah “dua rakyat Brirain, dua warga India dan dua dari Luxembourg” antara 17 yang cedera parah. Phangan adalah pulau peranginan di Teluk Thailand, berjiran dengan Koh Samui yang menarik ribuan pengunjung menyertai parti bulan penuhnya yang popular. Imej mesra pelancong Thailand tercemar baru-baru ini ekoran satu siri kematian pelancong, termasuk pembunuhan seorang ejen pelancongan Australia di Phuket pada 20 Jun lalu dalam percubaan ragut. - Bangkok Post





  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •