Close
Login to Your Account


Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Status
    Offline
    alexx's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Apr 2011
    Posts
    5,460
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Rancangan TV ada sijil halal

    Jakarta: Rancangan televisyen Indonesia akan dicap dengan tanda dagang Halal Majlis Ulema Indonesia (MUI) di bawah satu rancangan yang ketika ini dibincangkan antara MUI dan Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat. Kedua-dua organisasi itu bertemu untuk membincangkan kemungkinan melaksanakan satu tanda halal bagi rancangan televisyen (TV) ‘sopan’ yang tidak memaparkan tema atau imej yang ‘melanggar norma.’
    Undang-undang Penyiaran menyatakan kandungan penyiaran seharusnya menghormati nilai agama”. - Neneng Athiatul, Ketua Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat
    Pensijilan itu akan memastikan penonton televisyen dilindungi daripada program yang mungkin merendahkan moral negara, kata Ketua Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat, Neneng Athiatul.


    “Undang-undang Penyiaran menyatakan bahawa kandungan penyiaran seharusnya menghormati nilai agama. Berikutan itu, kami fikir satu pensijilan halal adalah perlu,” kata Neneng kepada agensi berita Antara.


    Ia satu usaha berterusan oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal selia moral dalam media massa dan kehidupan seharian.


    Kerajaan Indonesia mengharamkan pornografi, menjadikan pemilikan dan pengagihan bahan ‘lucah’ dikenakan hukuman penjara.
    Ia cuba mengawal selia ukuran panjang skirt wanita dan polis enggan mengeluarkan satu permit untuk konsert Lady Gaga yang habis dijual di sini, dalam usaha melindungi moral negara.


    MUI yang ketika ini mengeluarkan sijil halal untuk produk makanan, sedang merangka kriteria untuk rancangan televisyen.


    “Ada persamaan antara makanan yang dimakan tubuh dan program televisyen yang dimakan rohani. Kaedah halal yang digunakan untuk makanan boleh juga dilaksanakan dalam program televisyen,” kata ketua jabatan fatwa MUI Jawa Barat, Umar Salim.


    Beliau berkata, program agama yang bertemakan Halal akan menaikkan kedudukannya. - Agensi






    sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...lhalal/Article



  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    Badr's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Dec 2011
    Posts
    456
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kat malaysia pon patot buat camni...
    “I have no special talent. I am only passionately curious.”
    -
    Einstein
    “Information is not knowledge. The only source of knowledge is experience.”
    -Einstein

  4. #3
    Status
    Offline
    p@rK_NoNe's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Sep 2011
    Posts
    134
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    “Ada persamaan antara makanan yang dimakan tubuh dan program televisyen yang dimakan rohani.


    menarik ayat dia.....btol gak apa dia cakap......




  5. #4
    Status
    Offline
    ABEYIE's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Jan 2010
    Posts
    157
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Yes... good idea... molek gok buat ke malaysia ni... tv dh jd cam ntah ape2 ntah...

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •