Close
Login to Your Account


Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    Status
    Offline
    ahoyhoi's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    nevada
    Posts
    6,547
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default Solat Tarawih 100 Rakaat Di Yemen




    BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

    Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut. Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia.
    Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

    Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan. Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

    “Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

    “Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

    “Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah,” jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja’far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

    Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba’alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.
    Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana’a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

    SOLAT tarawih hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan dan ini menjadikan ia satu solat yang eksklusif. Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada.(petikan dari Kosmo!)







  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    fifi89's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    May 2011
    Posts
    80
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Subhanallah! hebatnye... solat tarawikh smpai subuh~ mudah2an dpt lar g sne dn join diorng sekaki

  4. #3
    Status
    Offline
    bubukpfr's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    penang
    Posts
    343
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    kt tmpat aku,mula2 teraweh ada la lebih kurang 7 saf tpi pas rakaat le 8,tggl 2 saf je..

  5. #4
    Status
    Offline
    fivzal's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    1,329
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Quote @ahoyhoi View Post
    Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja’far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.
    pergh.. khatam secara talaqqi dgn 2 riwayat

  6. #5
    Status
    Offline
    iwe89's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Kuala Terengganu
    Posts
    337
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    hebat... mudah2 dpt pegi kesana...

  7. #6
    Status
    Offline
    aniq.rukaini's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Jul 2012
    Location
    Damansara Utama
    Posts
    113
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Besnye...
    Boleh pilih bila kita nk solat terawih sbb kat masjid sentiasa ada org terawih..
    Bukan mcm kat mesia.. lpas terawih masjid kunci..
    Peniaga2 terpaksa la terawih kat rumah,,
    pastu masyarakat pandang serong kat peniaga yg x terawih masa org terawih di masjid..
    ouh.. JELES


  8. #7
    Status
    Offline
    anep@achik's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Mar 2012
    Location
    budak ipoh :D
    Posts
    208
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    subhhanallah..

  9. #8
    Status
    Offline
    sirvand8ta's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    lupe alamat....
    Posts
    12,617
    Mentioned
    7 Post(s)

    Default

    Thread ini telah menyertai
    .:Top Thread Raya:.


    Terima Kasih kepada Tuan Rumah

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •