Results 1 to 1 of 1
Thread: Rumah tangga KD berantakan?
-
27-04-2012, 07:43 AM #1Status
- Online
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,326
- Mentioned
- 1 Post(s)
Rumah tangga KD berantakan?
JAKARTA: Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Krisdayanti (KD) dan suaminya, Raul Lemos dikhabarkan berdepan dengan masalah. KD dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Raul.
Bagaimanapun, penyanyi lagu popular “Mencintaimu” itu menolak khabar angin berkenaan. Malah, dia mengakui hubungan mereka suami isteri sangat mesra dan penuh dengan kasih sayang.
“Siapa yang menyebarkan berita palsu itu? Saya dan Raul saling mencintai dan hubungan kami amat mesra,” katanya kepada wartawan, semalam. Berita mengenai dirinya yang tidak lagi tinggal sebumbung dengan Raul tersebar kerana KD dikatakan memilih untuk tinggal di kediaman barunya di Pejatan. Dia tidak mahu tinggal di apartmen mewah pemberian Raul di Pakubuwono.
Berita mengatakan KD pindah dari apartmen mewah itu ke kediaman barunya di Pejatan diberitahu temannya sendiri, Lis Dahlia. Bagaimanapun, hal itu dinafikan KD kerana dia mengakui masih tinggal di apartmen itu.
“Kami sekeluarga masih tinggal di apartmen itu,” katanya.
Walaupun demikian, KD memberitahu dia sering ditinggalkan dengan anak mereka, Aryana Amora di Dili kerana Raul sibuk menguruskan perniagaan. Tetapi menurutnya, itu membuktikan bahawa Raul seorang suami yang bertanggungjawab.
“Suami saya sibuk menguruskan perniagaan dan dia sejak dahulu perlu berulang alik dari Jakarta ke Dili. Jika dia tidak berbuat begitu bagaimana dia mahu menyara kami sekeluarga. Raul adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab,” katanya. KD tidak membantah kerana sering ditinggalkan oleh Raul. Namun, dia akan menyuarakan bantahan jika ada khabar angin yang mengganggu keharmonian rumah tangganya.
“Berita yang tersebar itu tidak benar sama sekali,” katanya.
KD juga menafikan dia sedang berusaha untuk membeli rumah di Pejatan, Jakarta Selatan. Jika ke Jakarta, dia lebih gemar untuk tinggal di apartmen saja.
“Saya mahu dapat wang dari mana untuk membeli rumah? Semua urusan sara hidup kami ditanggung suami. Kami juga tidak pindah ke mana-mana kerana masih tinggal di apartmen,” katanya. -DH
Latest Entries
- Pekerja kian kreatif beri alasan tidak mahu datang kerja
- Kepala tikus dalam nasi goreng
- Buaya Seberat 363kg Berjaya Ditangkap
- Pasangan kekasih pelihara dua ekor singa
- Video FSA menjamah organ mentah manusia didakwa sahih
- Sekolah ditutup kerana menuai tumbuhan 'viagra' di Nepal
- Kereta sport Maserati dimusnahkan
- Makan serangga boleh bantu atasi obesiti
- Semut boleh kesan gempa
- Lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui
-
27-04-2012 07:43 AM # ADS
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote






Satu lagi masalah