Results 1 to 10 of 14
-
08-07-2012, 12:43 AM #1Status
- Offline
-
Gempak Lover
- Join Date
- May 2011
- Posts
- 401
- Mentioned
- 0 Post(s)
Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook!
Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.
Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.
Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.
Credit : http://zaag2010.blogspot.com/
Latest Entries
- Pesawat MAS dirampas dan terhempas di Johor (1977)
- Kesan Duduk Atas Dompet Dalam Jangka Masa Yang Panjang
- The Legend of Mat Cincang
- Infografik Fakta Mengenai Teksi Di Kay El
- Infografik Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu
- Waaa!! Otak Kita!!
- Proses Pengundian Pos PRU Oleh SPR
- 10 Perkahwinan Paling Pelik di Dunia
- 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu
- Jom Shopping Malaysia!
-
The Following User Says Thank You to palembang2010 For This Useful Post:
-
08-07-2012 12:43 AM # ADS
-
08-07-2012, 12:45 AM #2
-
08-07-2012, 01:14 AM #3
jiran aku.. hari jumaat malam tu g pos kt fb.. malam ni sorang2 je kt rumah.. housemate semua balik kampung..
lps tu ade org tulis.. x lame lagi perogol perompak datang rumah.. haha.. cian laki tu kne maki..
lps tu ade la 2-3org perempuan nasihat baru dia boleh terima hakikat kegeniusan tahap ikan dia tu
Hidden Content | sampah | scammer
sebarkan
-
08-07-2012, 01:37 AM #4Status
- Offline
-
King Of Gempak
- Join Date
- Aug 2011
- Location
- Kepala Batas, Pulau Pinang
- Posts
- 10,326
- Mentioned
- 1 Post(s)
ada betulnya...
-
08-07-2012, 01:41 AM #5Status
- Offline
-
Gempak Hardcore
- Join Date
- Sep 2011
- Location
- Penang
- Age
- 20
- Posts
- 1,382
- Mentioned
- 0 Post(s)
bgus tips ni..igtkan org..tp nk senang..add org yg btul2 knl jer dlm fb..bg private profile..kdng2 rmai manusia ska kumpul kwn2 kt fb tuh cm kumpul setem..beribu2 da tp ta knl
-
08-07-2012, 07:20 AM #6
satu bnde pon ak x bt... ak pnyer tarikh lahir pon ak hide...
slalunye pompuan suka sgt la bt bnde2 cmni..Hidden Content
Sokong Bukan Kerana Bangsa, Tapi Kerana Agama
Apa Gunanya Bangsa, Jika Agama Dipijak
Apa Maknanya Hidup Tanpa Agama
-
08-07-2012, 07:39 AM #7
ramai perasan diva, semua benda nak post kat fb. paling penting bagi wanita atau laki, jgn post gambar yg x berpakaian mematuhi syariat. sia2 je dpt dosa yg berpanjangan selagi org duk tgk
-
08-07-2012, 09:33 AM #8Status
- Offline
-
Banned
- Join Date
- Nov 2011
- Posts
- 729
- Mentioned
- 0 Post(s)
Apa kauorg cakapa diatas tu semuanya betul betul belaka....maaf andai kata aku ni menyakitkan hati....pada pandangan aku , kebanyakkan kaum wanita, perempuan yg banyak bercerita, mengeluh, meluahkan segala bentuk kecewa, menonjolkan diri, mencari publisti murahan, sehingga hal2 rumahtangga yg tak patut berkongsi dengan semua org tambah lagi kita tak kenal siapa DIA dlm facebook...Aku berani katakan kaum inilah seperti xde maruah..tak tahu erti maruah, ****h dengan tindakan yg tak menggunakan akal yg allah kurniakan akhirnya memalukan diri sendiri...perpecahan rumahtangga dan kes2 main kayu tiga dan membelakangkan suami secara xlangsung didedahkan pada umum..
Bagi kaum lelaki, allah jadikan sebagai pemimpin dan pimpin ler kaum hawa...xlepas juga kaum lelaki yg b0doh bercerita hal2 yg bod0h juga..allahualam
-
09-07-2012, 02:35 PM #9
paling rasa menyampah bila utk satu benda pn post sapa 4-5 kali..boleh ker pg ckp nak kuar tgk wyg...pastu post kt member xsapa lagi...pastu plak post ramai yg bratur...siap ambik gbr lagi....tetiba kuar plak post gbr tiket br beli....then gbr bli makanan....last abis tkg wyg post komen citer dia tgk plak...kalo ppn ok kot...ni LELAKI prangai mcm ni...raso nak tampo pn ada...wall aku pnuh ngan post dia jer hari2...


-
09-07-2012, 02:36 PM #10
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote
~[ BeBy ]~
PrincekayL






Bookmarks