Close
Login to Your Account


Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 23
  1. #1
    Status
    Offline
    CoRA_PERsephONE's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    Sabah, Malaysia
    Posts
    365
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default 'Tragedi Double Six' Sejarah Hitam Sabah

    Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, di sini, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.



    Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.


    Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.


    Senarai mereka yang terkorban ialah



    1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
    2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
    3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
    4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
    5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
    6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
    7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
    8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
    9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
    10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
    11. Johari Tun Fuad Stephens

    YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.


    Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.


    Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.


    Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.


    Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..

    • rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
    • YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu????di saat akhir????
    • Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???
    • Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..

    Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah..


    Last edited by CoRA_PERsephONE; 14-11-2010 at 12:12 PM.


    S e K a L i __K u R e B a H . . S e J u T a__K a L i__K u B a N G K i T ! ! !

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Status
    Offline
    zunichie's Avatar
    Gempak Junior
    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    73
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    Konspirasi yang sehingga hari ini masih lagi menjadi misteri....... Yang menjadi mangsanya sekarang adalah rakyat Sabah ....

  4. #3
    Status
    Offline
    SET@N's Avatar
    Gempak Super Hardcore
    Join Date
    Oct 2010
    Location
    kchg city
    Posts
    3,017
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    msti ade smtg nih..

  5. #4
    Status
    Offline
    Ky Kiske's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Feb 2010
    Posts
    267
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    so laupn sabah d anggap negeri trmiskin n kite jgn anggp bnde negatif pd owg sabah k..kite 1 malaysia..jd hormati antra 1 same len k..1 MALAYSIA!

  6. #5
    Status
    Offline
    keirozi's Avatar
    Gempak Senior
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    selangor
    Posts
    217
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ad udang di sebalik batu la ni...
    msti ad rncangan pape la 2....


  7. #6
    Status
    Offline
    CoRA_PERsephONE's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Jun 2010
    Location
    Sabah, Malaysia
    Posts
    365
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    uhuk..mmg..msti ada konspirasi ney


    S e K a L i __K u R e B a H . . S e J u T a__K a L i__K u B a N G K i T ! ! !

  8. #7
    Status
    Offline
    billionairkid's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    (",)~Sentul, KL~(o0o)(>_<)(o0o)
    Posts
    1,172
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    ni la politik malaysia.. dari dulu smpai skang pon same 1 malaysia(srupe ngan slogan 1 israel)


  9. #8
    Status
    Offline
    dean91's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Sep 2010
    Location
    the earth
    Posts
    303
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    sumenye krna dunia... mgkin..

  10. #9
    Status
    Offline
    SchzPutra's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,534
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    24 Post(s)

    Default

    hah...baru tahu ni..nice

    http://3.bp.blogspot.com/-Issgg51LEpc/UPDeXfqpiRI/AAAAAAAABr0/gitAf6kEkIk/s320/thanks.gif

  11. #10
    Status
    Offline
    mp3
    mp3's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    الإسكندرية
    Posts
    17,304
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    75 Post(s)

    Default

    ade udang disebalik mee goreng
    http://www.gempak.org/forum/usersiggy/sigpic28142_4.gif

Page 1 of 3 123 LastLast

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •