DAFTAR
Close
Login to Your Account
Page 1 of 3 123 Last
Results 1 to 10 of 23
  1. Gempak Super Hardcore fajar's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    May 2011
    Location
    Kg Raja, Besut
    Posts
    3,637
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #1
    Cara Mengasah

    Cara mengasah pisau ada berbagai cara, terpulang kepada citarasa seseorang. Tiada cara yang spesifik atau khusus bagaimana cara yang betul untuk mengasah mata pisau. Masing-masing dengan cara sendiri.

    Dibawah adalah kedudukan mengasah yang disyorkan. (sebagai panduan sahaja)



    Gambar contoh: mengasah pisau

    Jenis mata pisau yang disyorkan


    Dibawah adalah contoh jenis-jenis mata pisau.



    Sudut mata pisau terlalu nipis (hollow grind)
    Mata pisau mudah 'sumpih' @ 'sumbing' jika terkena tulang atau benda yang keras




    SALAH
    Sudut mata pisau tidak cukup sudut (obtuse) (mencakah)
    Mata pisau tidak cukup tajam @ majal (blunted)
    Mata pisau cepat/mudah tumpul




    KURANG BAIK
    Sudut mata pisau bersudut-V (V @ wedge shape)
    mengurangkan ketahanan (retain) ketajaman mata pisau
    (durability of cutting edge)




    BENTUK DISYORKAN
    Untuk mencapai mata pisau yang sempurna. Mata pisau diasah dengan sedikit separa bulat kearah mata pisau. Dalam bahasa teknikal, kita panggil 'cembung' (slightly convex). Menjadikan mata pisau lebih tahan lama (durability) dan ketahanan (robust) serta ketajaman mata pisau boleh bertahan lebih lama (retain cutting edge). Mata pisau akan lama-kelamaan meningkat naik (haus) akibat daripada penggunaan dan geselan 'butcher steel'.


    Menggunakan Batu Asah

    Terdapat berjenis-jenis batu asah di psaran. Anda kena pastikan anda tahu standard grit yang betulkerana pengeluar batu asah mempunyai standard mereka sendiri. Grit batu asah jepun tidak sama dengan grit batu asah buatan Amerika atau Eropah dll.





    Contoh batu asah




    * Kelas grit disini hanyalah sebagai panduan yang disyorkan sahaja. Pemilihan adalah bergantung kepada perasaan inidividu itu sendiri (personal feeling) dalam memilih grit batu asah.

    Batu Asah Kasar (grit 120) (rough grinding) (to reestablish the shape and edge)
    Untuk tumpul teruk - untuk membuang/canai serpihan/sumbing di mata pisau atau bila bilah pisau sangat tumpul.

    Batu Asah Sederhana kasar (grit 220 - grit 700) (to sharpen) (membentuk mata pisau)
    Untuk tumpul yang biasa (normal) - untuk menajamkan mata pisau selepas membuat kerja. Mata pisau yang tidak terlalu tumpul (ketajaman yang biasa).

    Batu Asah Halus (grit 800 - grit 1200) (to finishing) (menajamkan mata pisau)
    Mata pisau secara amnya masih lagi tajam - cuma nak menambahkan lagi ketajaman. Digunakan untuk mendapatkan balik ketajaman tanpa mengasah pisau secara berlebihan.

    Batu Asah Halus (grit 4000 dan keatas) (to last finishing/polishing) (mengilap)
    Untuk mendapatkan mata pisau yang sangat tajam - digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat dan mata pisau yang sangat tajam. Banyak digunakan pada pisau cukur, pisau sushi dll. dimana memerlukan ketepatan hirisan yang tepat.

    Juga digunakan sebagai 'polishing stone' untuk membuang calar dan 'burr' pada mata pisau yang ditinggalkan oleh batu kasar. Batu grit 2000 keatas digunakan sebagai 'finishing' dalam pengasahan pisau. Tetapi tiada had grit yang menjadi tanda aras untuk 'finishing' asahan. Ia bergantung kepada individu tersebut yang mana seseorang itu suka.

    Grit yang disarankan untuk 'finishing' adalah grit 8000. Tetapi untuk amatur atau pengguna biasa grit 3000 hingga grit 6000 sebagai 'finishing' asahan juga sudah memadai untuk menghasilkan pisau yang sangat tajam.

    Jadi, secara prinsipnya, seseorang memerlukan 3 jenis batu asah.
    1) untuk asah kasar/canai (rough grind)
    2) untuk menajamkan (to sharpen)
    3) untuk mengilap (hone)


    Dibawah adalah contoh-contoh hasil asahan daripada grit batu asah yang berbeza grit




    Grit 120






    Grit 220




    Grit 320




    Grit 400




    Grit 600




    Grit 800




    Grit 1000




    Grit 1500




    Grit 2000



    Grit 3000




    Grit 5000




    Grit 8000




    Grit 15,000


    Lebihan / Sisa logam (Burr) Pada Mata Pisau

    Setelah kita mengasah mata pisau, kalau kita amati betul-betul, terdapat lebihan/sisa besi yang terhasil daripada asahan kita. Lebihan besi ini dipanggil 'BURR'. Selalunya profesional menggunakan 'butcher steel' atau menggunakan batu asah yang ber grit tinggi (polish stone)untuk membuang 'burr' ini.

    Dibawah adalah contoh-contoh 'burr' yang terhasil daripada asahan kita.




    contoh burr - 1




    contoh burr - 2






    contoh burr - 3


    Menggunakan 'Butcher Steel' @ 'Sharpening Steel'


    Ada pengguna yang salah anggap bahawa 'butcher steel' adalah batu asah atau sebagai penanggal lemak pada pisau dll. Tanggapan ini adalah salah !. Tujuan menggunakan 'butcher steel' adalah untuk
    1) membuang 'burr' pada mata pisau selepas asah dan untuk
    2) menajamkan / membetulkan mata pisau setelah digunakan pada satu jangka masa tertentu,
    untuk mendapatkan ketajaman nya semula.




    contoh 'butcher steel' - 1
    Besi penajam mata pisau (sebagai contoh sahaja)




    contoh 'butcher steel' - 2
    Besi penajam mata pisau (sebagai contoh sahaja)


    Tahap kehalusan batang 'butcher steel' adalah penting dalam pemilihan 'butcher steel'. Tahap kehalusan ditentukan oleh nombor lurah yang terdapat pada batang 'butcher steel' itu.


    Jenis 'Fine - butcher steel' mengandungi kurang lurah, lebih dalam lurah.
    Jenis 'ultra-fine butcher steel' mengandungi banyak lurah dan lebih dekat lurah-lurah
    Tetapi semua bergantung kepada ke individu itu sendiri (personal feeling).

    Prinsipnya mudah dalam memilih butcher steel:
    semakin kecil bilah pisau, semakin kecil lurah pada 'butcher steel' yang digunakan


    Contoh jenis-jenis 'butcher steel'




    Butcher steel' digunakan dengan 'menggesel' kan mata pisau kiri-kanan pisau, kebiasaaannya cukup untuk memdapatkan ketajaman pisau dengan beberapa kali 'gesel' (stroke). Tekanan 'geselan' bergantung kepada tahap kehausan mata pisau tersebut (wear). Proses 'geselan' ini hanya dilakukan beberapa 'stroke' sahaja hingga sampai mendapat balik ketajaman mata pisau tersebut. cukup !!.
    Sebarang 'stroke' tambahan tidak membantu untuk menaikan ketajaman pisau tersebut.

    Darjah sudut untuk membuat 'stroke' yang disarankan adalah lebih/kurang 20 darjah




    ika selepas kita membuat 'stroke', tapi masih tidak mendapat ketajaman yang memuaskan, pisau tersebut perlu di asah kembali.


    Walaupun pisau terbaik sekali pun akan tumpul juga bila digunakan selalu (heavy use). Mata pisau yang sudah haus tidak boleh menggunakan 'butcher steel' untuk mendapatkan ketajaman pisau. Pisau tersebut mesti di asah dengan batu asah untuk mendapatkan ketajamannya kembali.

    Renungan :

    There is no butcher tools as valuable as truly sharp knife
    (Tiada yang lebih bernilai kepada seorang bucther, selain memiliki pisau yang tajam)












    Bersyukurlah dengan apa yang ada..

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. Gempak SuperStar Adudu-chan's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2011
    Posts
    669
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #2
    ni tutorial teori yang amali kena tanya atok (org otai)

  4. King Of Gempak Hanx's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Dec 2009
    Location
    Pasir Mas,Kelantan
    Posts
    8,442
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #3
    slalu asah camtu jep,tajam gak...


    Sejarah tetap sejarah itu membuat negara kita menjadi kuat kalau kita memahami sejarah bukan mendengar dijadikan nafsu dendam.

  5. SOL BADGUY
    Guest
    #4
    bagus info nih

  6. King Of Gempak KiuT-MiuT's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    10,837
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    69 Post(s)
    #5
    aku guna batu asah itam tu je

  7. Sid
    Gempak SuperStar Sid's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    bandar mahkota cheras
    Age
    23
    Posts
    592
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #6
    amboi..hang kaji ke ape nak asah pisau? asah pisau rambo ke?

  8. King Of Gempak SchzPutra's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,536
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    24 Post(s)
    #7
    Quote @qedcyxx View Post
    amboi..hang kaji ke ape nak asah pisau? asah pisau rambo ke?
    biarla der...bagus ni ada teknik yg betul hahaha

    http://3.bp.blogspot.com/-Issgg51LEpc/UPDeXfqpiRI/AAAAAAAABr0/gitAf6kEkIk/s320/thanks.gif

  9. Sid
    Gempak SuperStar Sid's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    bandar mahkota cheras
    Age
    23
    Posts
    592
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #8
    Quote @Joe View Post
    biarla der...bagus ni ada teknik yg betul hahaha
    kagum kagum

  10. King Of Gempak Heliza's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Nothing Hill
    Posts
    6,139
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    45 Post(s)
    #9
    guna batu asah yg itam tu dh ok..potong kepala ko pun putus

  11. Gempak Hardcore matain88's Avatar
    Status
    Offline
    Join Date
    Feb 2010
    Age
    25
    Posts
    1,292
    Post Thanks / Like
    Mentioned
    0 Post(s)
    #10
    nice info

Page 1 of 3 123 Last

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List