Close
Login to Your Account


Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Status
    Offline
    Syahz's Avatar
    King Of Gempak
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    "What U Give U Get Back"
    Posts
    19,058
    Mentioned
    3 Post(s)

    Default Kenali Apa Itu Penyakit Aids

    Semenjak mula dilaporkan pada tahun 1981, penyakit AIDS terus membimbangkan seluruh dunia terutamanya di negara-negara barat dan Afrika. Kebimbangan ini timbul kerana penyakit AIDS telah merebak dengan luasnya dan sehingga sekarang belum ada lagi rawatan khusus untuk penyakit ini. Kebanyakan pesakit AIDS berkesudahan dengan kematian.

    Walaubagaimanapun, penyakit AIDS boleh dicegah dengan berkesan. Ini memerlukan kerjasama dan penglibatan setiap individu dan lapisan masyarakat. Selain daripada itu, apa yang yang mendukacitakan ialah seorang pesakit AIDS itu bukan sahaja terpaksa menghadapi akibat serangan kuman AIDS tetapi terpaksa pula berhadapan dengan tekanan-tekanan sosial yang disebabkab kurang fahaman tentang penyakit AIDS.


    Adalah diharapkan segala informasi yang terdapat di dalam laman web ini dapat mengurangkan kebimbangan keterlaluan orang ramai, memperbaiki perspektif terhadap pesakit AIDS, dan memberi panduan kepada mereka yang berisiko tinggi khususnya dan amnya kepada orang ramai dalam mencegah dan mengawal penyakit AIDS.

    Apa itu AIDS?


    AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus (Human immunodeficiency virus-HIV atau virus AIDS) yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan di dalam melawan penyakit. Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka yang dijangkiti virus AIDS akan terdedah kepada:-
    Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidak membahayakan
    Beberapa jenis barah yang biasanya jarang berlaku

    Bagaimana AIDS Merebak?


    AIDS merebak melalui darah, air mani dan cecair faraj daripada orang-orang yang telah dijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh merebak daripada seseorang ibu yang telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.


    Berdasarkan kepada cara-cara virus AIDS berjangkit, anda mungkin terdedah kepada virus AIDS sekiranya anda melakukan perkara-perkara berikut:-
    • Hubungan seks sejenis (Homoseks)
    • Hubungan seks dengan berbilang pasangan
    • Hubungan seks dengan pelacur
    • Berkongsi menggunakan jarum suntikan untuk penagihan dadah.
    • Bolehkah AIDS Dijangkiti Melalui Pendermaan Darah?
    Tidak. Ini adalah kerana semua alat yang digunakan untuk pengambilan darah adalah bersih daripada kuman dan ianya hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tidak terdedah kepada AIDS adalah digalakkan untuk terus menderma darah.


    Bolehkah Anda Dijangkiti AIDS Melalui Pemindahan Darah?


    Ini tidak mungkin akan berlaku kerana setiap unit darah yang diderma di negara ini diuji untuk antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan-bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan seseorang yang dijangkiti oleh virus AIDS. Sekiranya terdapat Antibodi AIDS, darah itu akan dimusnah dan tidak digunakan.


    Bolehkah AIDS Berjangkit Dengan Menyentuh Pesakit AIDS?


    Tidak. AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan dan juga cara-cara lain seperti:-
    • Sentuhan
    • Bersalaman
    • Bersukan
    • Berhimpit-himpit di tempat yang sesak
    • Bekerja dengan seorang pembawa AIDS
    • Berciuman
    Bolehkah AIDS Berjangkit Melalui Pinggan, Mangkuk, Sudu dan Gelas yang Digunakan oleh Pesakit AIDS?


    Tidak. Virus AIDS tidak dapat hidup di luar tubuh manusia. Membasuh pinggan, mangkuk, sudu dan gelas seperti biasa dapat membunuh kuman tersebut.
    Bolehkah anda mendapat AIDS dengan memakan makanan yang disediakan oleh pesakit AIDS?


    Tidak. Kerana AIDS tidak merebak melalui makanan


    Bolehkah AIDS berjangkit dengan menggunakan tandas awam, telefon, dan kenderaan awam?
    AIDS tidak boleh dijangkiti dengan menggunakan kemudahan awam di atas oleh kerana ia tidak merebak melalui:-
    • Air
    • Udara
    • Makanan
    • Menyentuh dan memegang barang-barang kepunyaan pesakit AIDS.
    Bolehkah AIDS merebak melalui kolam renang?


    Tidak. Virus AIDS akan dimatikan oleh klorin yang dicampurkan ke dalam air di kolam renang.


    Bolehkah AIDS berjangkit melalui mencuba pakaian di kedai pakaian?


    Tidak. Oleh kerana AIDS tidak boleh merebak melalui udara atau dengan menyentuh barang-barang yang telah disentuh oleh pesakit AIDS.
    Bolehkah AIDS berjangkit melalui gigitan nyamuk?


    Tidak. Sehingga sekarang tidak ada bukti saintifik menunjukkan bahawa gigitan nyamuk boleh merebak AIDS.
    Bagaimanakah anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS?


    Anda boleh mengetahui yang anda telah terdedah kepada virus AIDS dengan mendapatkan ujian darah di hospital-hospital kerajaan yang berhampiran. Semua keputusan adalah rahsia.
    Apakah maknanya jika ujian darah itu negatif?


    Ini bermakna antibodi AIDS tidak dikesan. Biasanya ini menunjukkan yang virus AIDS tidak ada dalam badan anda. Walaubagaimanapun, antibodi tersebut hanya dapat dikesan selepas enam minggu hingga tiga bulan anda terdedah kepada virus AIDS. Dalam keadaan begini, ujian darah ulangan adalah diperlukan.


    Apakah maknanya jika ujian darah itu positif?


    Ini menunjukkan antibodi terhadap virus AIDS itu telah dapat dikesan. Ini bermakna anda telah terdedah kepada jangkitan virus AIDS. Walaubagaimanapun, satu lagi ujian darah perlu dijalankan untuk mengesahkan anda benar-benar dijangkiti virus AIDS.


    Bilakah anda akan disahkan sebagai pesakit AIDS?


    Anda akan disahkan sebagai seorang pesakit AIDS sekiranya anda mempunyai ciri-ciri berikut:-


    1. Ujian pengesahan darah anda adalah positif.
    2. Mempunyai sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala penyakit AIDS seperti berikut:-
    • Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu.
    • Cirit-birit yang berlarutan.
    • Demam yang berpanjangan (sekali-sekala ataupun berterusan)
    • Batuk-batuk yang berterusan.
    • Bengkak-bengkak kelenjar di leher, ketiak, atau pangkal peha.
    • Penyakit herpes zoster yang berulangan. Herpes zoster adalah sejenis jangkitan urat saraf yang kelihatan sebagai lepuh-lepuh di kulit.
    • Penyakit kandidiasis di bahagian mulut dan farinks. (tekak) Kandidiasis adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat.
    • Penyakit herpes simplex yang merebak dan berulangan. Herpes simplex adalah sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatan sebagai lepuh-lepuh di sekitar mulut atau kemaluan.
    3. Mempunyai penyakit-penyakit bersabit lumpuhnya keupayaan badan melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman AIDS seperti:-
    • Jangkitan paru-paru (Pneumocytis carinii pneumonia).
    • Barah di kulit atau mulut (Kaposi’s sarcoma)
    • Jangkitan-jangkitan lain yang jarang berlaku di kalangan orang yang sihat.



    Positive Attitude In
    Negative Situation

  2. The Following User Says Thank You to Syahz For This Useful Post:


  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  4. #2
    Status
    Offline
    taikoman's Avatar
    Gempak Hardcore
    Join Date
    Jun 2011
    Posts
    1,325
    Mentioned
    1 Post(s)

    Default

    bagus good info...
    Hidden Content
    Sokong Bukan Kerana Bangsa, Tapi Kerana Agama
    Apa Gunanya Bangsa, Jika Agama Dipijak
    Apa Maknanya Hidup Tanpa Agama

  5. #3
    Status
    Offline
    L0rd_N0bunaga's Avatar
    Gempak SuperStar
    Join Date
    Jul 2010
    Location
    Owari no Kuni
    Posts
    731
    Mentioned
    0 Post(s)

    Default

    aik cium x brjangkit ke?
    btw nice info

  6. #4
    Status
    Offline
    adiyakuza's Avatar
    Gempak Lover
    Join Date
    Dec 2011
    Location
    area malaysia ja...
    Age
    23
    Posts
    355
    Mentioned
    2 Post(s)

    Default

    aik cium x brjangkit ke?
    btw nice info
    hahaha mcm suka ja bila bcium x berjangkit

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

User Tag List

Bookmarks

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •