Results 1 to 3 of 3
Thread: Masjid Al Husna Bandar Sunway
-
23-06-2012, 03:09 AM #1
Masjid Al Husna Bandar Sunway
Isu Lantikan AJK Masjid : Penduduk Pertikai Ketelusan MAIS
PETALING JAYA, 21 Jun 2012 - Kariah Masjid Al Husna Bandar Sunway mempertikaikan tindakan dan ketelusan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah menukar senarai lantikan pengurusan AJK Baru masjid tersebut seperti yang telah dipersetujui melalui undian.
Menurut sumber, kariah Masjid Al Husna telah pun mengadakan pemilihan AJK Baru pada 22 April 2012 melalui undian dan senarai mereka yang terpilih telah pun diajukan kepada MAIS pada pertengahan Mei 2012.
Menurut sumber lagi, penduduk dan kariah bagaimanapun terkejut dengan senarai perlantikan baru yang dikeluarkan MAIS, berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012, tidak mengikut senarai yang telah dipersetujui dan dipilih melalui sistem undi seperti mengikut kelaziman.
KLPOS yang menghubungi salah seorang ahli kariah Masjid Al Husna berkata beliau dan penduduk setempat amat terkejut dengan senarai yang telah dikeluarkan dan mula mempertikaikan kewibawaan dan ketelusan MAIS.
Menurut ahli kariah masjid ini, senarai baru yang dikeluarkan oleh MAIS bertarikh 14 Jun 2012 mendapati separuh (7 dari 14 senarai nama yang telah dipersetujui) dari AJK yang dilantik tidak mengikut pemilihan yang dilakukan secara adil pada 22 April 2012.
Menurut beliau lagi, kariah Masjid Al Husna ini hairan bagaimana MAIS boleh memilih semula nama-nama yang telah tersingkir dan kalah sewaktu pemilihan diadakan dan mereka yang sepatutnya layak mentadbir dan terpilih pula tersingkir.
Justeru beliau turut memberitahu MAIS tidak pernah memberikan sebarang penjelasan secara bertulis mahupun secara penerangan melalui senarai perlantikan yang telah dikeluarkan.
Menurut sumber, pemilihan asal yang dilakukan pada 22 April 2012 didakwa telah ditolak oleh Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berikutan itu, kariah yang dihuni hampir 2,000 orang telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Anak Kariah Masjid bagi membantah secara rasmi berkenaan perlantikan AJK baru itu.
Bantahan aman tersebut akan diadakan pada hari esok Jumaat, 22 Jun 2012 selepas solat Jumaat di perkarangan masjid berkenaan.
Latest Entries
- Soalan SPM Untuk Pakatan Rakyat Yang Syok Sendiri
- Apa Khabarnya Kutipan Derma Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu...
- Bob lokman pemegang lesen murtad di malaysia.
- DAP pertikaikan pembahagian kerusi exco Selangor yg telah...
- Antara Mencintai Tanahair Dan Mencintai Penguasanya - Dr Asri
- Jawapan Kepada Sesiapa Yang Berputus Asa Nak Berdakwah
- Pelan GST BN tekan rakyat bawahan
- WAJIB BACA!! FAKTA BLACK OUT!!! Kantoi Terbesar Cybertrooper DAP...
- Jawapan Kepada Siapa Yang Redha Atas Penipuan Dalam PRU13
- Terbukti Adil Kebebasan Bersuara Di Malaysia
-
23-06-2012 03:09 AM # ADS
-
23-06-2012, 01:28 PM #2
klau institusi masjid un ta bersatu ssh la umat islam nk maju
-
23-06-2012, 10:40 PM #3Status
- Offline
-
Gempak Hardcore
- Join Date
- Dec 2009
- Location
- Sekadar Menumpang Dibumi Allah
- Posts
- 1,506
- Mentioned
- 0 Post(s)
Terukk... sampai politik diutamakan daripada agama dan perpaduan.
Thread Information
Users Browsing this Thread
There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)



LinkBack URL
About LinkBacks
Quote







Apabila Anak Menjadi Artis